Santai Outing KBBA

Wednesday, May 21, 2014

Salam 




Genap sebulan 2 hari aktiviti santai outing berlalu. Baru ni ada kelapangan untuk nora update. 

Allahuakhbar kalau tabloid sah sah cerita dah basi. Tapi gigihkan juga utk nora kongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 

Alhamdulillah syukur Allah hadirkan insan-insan menemani penyeri hari-hari nora. Hadirkan teman-teman yang selama ini tidak pernah mengenali antara satu sama lain tetapi sudah bagaikan erat seolah kenal bertahun lamanya. 

Sejak nora join group Kelab Blogger Ben Ashaari Lembah Klang, kembali aktif dan ada point untuk nora terus dalam dunia blogging.
 
Masakan tidak sekiranya tiada group ini maka pudarlah kisah 'Monolog Tanpa Suara' 

Ok ok ok sekarang jom nora share dengan korang pasal outing ni. 

Tarikh 19.04.2014

Hari Sabtu

Tempat Taman Tasik Perdana
Theme Santai Outing.



Selain beramas mesra tujuan utama untuk belajar tentang berphotoshoot.. Walaupun dapat belajar serba sedikit seronok sangat. Terima kasih pada Abi Pijut & Abah Potia yang sudi memberi tunjuk ajar cara shoot manual.. Awesome babe..


Part paling tidak boleh lupa tatkala kami makan bersama. Seolah-olah sebuah keluarga besar, santai dan mesra. Makanan pula terlalu banyak macam-macam ada bak hang.. Dengan Meehoon, Nasi Lemak, Sandwich, Bubur Kacang, Rojak Buah, Puding, Sosej, and macam-macamlah. Kenyang giler olssss...




Anak-anak paling meriah paling gembira. Masakan tidak kawasan yang lapang membolehkan mereka bebas untuk berlari. 












Tapi time berjimba terpaksa dipendekkan kerana dek cuaca yang tidak begitu mengizinkan.. Moga suatu hari nanti kita akan bertemu lagi...

p/s:
Gambar semua hasil tangkapan daripada abah Potia Casadelarossa, Eddy Ahmad dan Mummy Sue

You Might Also Like

5 ♥sweetcream♥

  1. Comel mcm ummi dia x Bro?? hehehe

    ReplyDelete
  2. Tikahhhh..
    uhuk uhuk siyesly mmg rindu sgt saat2 cm ni..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿