Limpahan Rezeki Mu Allah

Salam kakasi hati nora...

Alhamdulillah...

Murah rezeki beberapa hari ini. Semalam start puasa. Dalam pada itu sorang cikgu bagi beberapa makanan untuk juadah.
Rezeki hakak okeh.
Laksam, Pulut, Rendang, Ikan Masin, Rojak Petis...
Haaaa kan sekali rezeki datang banyak puas nak perabihkan...
Syukur Alhamdulillah terima kasih pada kak iza (cikgu sksp) sebab bekalkan makanan ni.


Dan hari ini ada open house di rumah Pn Jamilah bekas GPK SKSP. Semua guru SKSP yang berkesempatan pakat pergi menjamu selera. Tapi hakak ko ni terpaksa duduk dekat office. Sebab sebab sebabnya hakak ko ni puasa.
Tak pelah bukan rezeki hakak nak join menjamu selera kat sana.. Hanya kirim salam sahaja..

Tapi

Tapi

Apabila bos, cc, pa, gpk balik office nah dia bagi.
Hamek dalam paper bag yang cantik dia bekalkan. So sekali tengok Alhamdulillah rezeki hakak hari ni. Pn. Jamilah bagi nasi kerabu. Homemade kauuu.. So settle untuk juadah berbuka hakak untuk hari ni.

Sila jamu mata ye. Poyo tak?
Hahaha ok saja nak share...

Bagi nora rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Tidak kira dari segi makanan, duit, anak dan sebagainya.

Nama pun rezeki Allah kan. Bila kita buat baik dengan orang InsyaAllah orang akan ingat...

Ini namanya rezeki untuk nora dan zarra...

0 comment... add one now

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿