Warna ~ Warni Syawal 2014

Friday, August 01, 2014

Salam Aidilfitri

Dikesempatan ini nora ingin mohon maaf atas keterlanjuran kata terkasar bahasa kepada teman yang mengenali nora.


Mohon Keampunan pada Mak & Abah

Kasih Ummi pada Zarra ke Syurga

Kemain Zarra Kiss Ummi

Terima Duit Raya dari Mak Su

Alhamdulillah masih diberi nikmat beraya bersama mak dan abah.

Seperti tahun-tahun sebelum ini mak akan masak rendang. Biasalah mesti ada rendang ayam cili padi, rendang daging cili kering, rendang rusa, kuah lodeh, ketupat, kuah kacang, cake dan pelbagai jenis hidangan lagi.

Meriahkan....

Raya pertama kami sambut di rumah kami di Palong, Gemas Negeri Sembilan. Saban tahun beginilah keadaan rumah mak bila raya pertama. Penat melayan tetamu yang tidak henti kunjung tiba.
Tiada istilah beraya baju sedondon pada raya pertama. Apa tidaknya sekejap sahaja pasti tukar baju biasa. Sebab ambil turn untuk basuh pinggan & gelas. (Ginilah bila adik beradik tidak ramai)

Hanya Kami

Along tak balik kidnap anak dia pun jadilah

Kami Sayang Mak Abah


Raya kedua baru kami berkesempatan untuk bergambar family sedondon gitu. Raya kedua kami akan gerak balik ke Sagil, Tangkak Johor. Kunjung mengunjungi sanak saudara dan balik rumah atok. Alhamdulillah masih dapat meraikan bersama mereka.

Raya tahun ni abang nora yang sulung tak balik. So rumah tu terasa sunyi sikit. Maklumlah kami adik beradik hanya bertiga sahaja.

Disamping itu juga sempat adik beradik mak sambut ulang tahun kelahiran atok yang ke75. Semoga atok cepat sihat dari demam.

We Love You Atok...

Ok cerita seterusnya sambung lagi nanti. Chawww dulu...

You Might Also Like

4 ♥sweetcream♥

  1. zarra sangat comel, terpikat aunty...he he he...

    ReplyDelete
  2. Sweet. Maksu bagi duit raya kepada anak buah.

    ReplyDelete
  3. Farah Waheda Wahid:
    Terima kasih aunty Farah...

    ReplyDelete
  4. akubiomed:

    Kannn.. kemain cara mengadap terima duit raya.. :)

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿