Pages

  • Home
Facebook Instagram Twitter

mOnOLoG tAnpA sUaRa

    • HOME
    • REVIEW
    • EVENT
    • FOODIE
    • TRAVEL
    • BEAUTY
    • PETUA
    • DAPUR UMMI
    • CONTACT
    Salam Jumaat...

    Hari ni ada benda yang nora nak share.
    Korang tau tak gelang getah? Alaaaa kalau dulu kita selalu guna gelang getah warna-warni tu untuk main zirofa. Kita sambung-sambungkan gelang tu kan..

    Itu permainan zaman dulu. Sekarang punya cerita wujud dah gelang diperbuat daripada gelang getah. Berwarna-warni, cantik, dan sangat senang untuk di pakai.

      
    Ok actually nora nak cerita kisah pagi tadi. Selepas perhimpunan GPK Koko masuk pejabat dan tunjuk satu tool kit. Bila tengok wahh menarik.. Macam warna gelang getah yang comel-comel. So bila tengok siap ada kit untuk menganyam.

    Haaaa korang tau tak Bloom Bands Kit ni benda baru di Malaysia. Benda ni digunakan untuk mengahasilkan gelang yang berwarna warni dan pelbagai bentuk. Nora baru tau nama benda alah ni sebenarnya Bloom Bands Kit.

    Sumber : Mr. Google

    Sumber : Mrs. Google

    Sekarang dah menular dikalangan remaja malaysia terutama budak sekolah. Masalahnya benda ini mengganggu mereka semasa sesi pembelajaran. Manakan tidak sebab masing-masing tunjukkan tool kit masing-masing. Senang kata siapa yang ada dia paling up to date.

    Memang tidak dinafikan hasil dari gelang getah ni cantik. Bloom Bands Kit ni ada yang mahal ada yang murah. Bezanya kualiti pada getah tersebut dan kit yang disediakan.

    Haaaa korang tak nak mencuba ke? Hehehehe hasil rampasan Bloom Bands Kit masih ada di bilik GPK. Sebab pelajar masih belum tuntut. Yang pasti mereka kreatif dan jual kepada rakan-rakan yang lain.


    Tetiba teringat zaman sekolah dulu...
    Continue Reading
    Salam sayang...

    Semalam punya cerita.

    Habis kerja terus ambil zarra sebab ummi rindu sangat. Walhal selalu je bergaduh dengan zarra bertekak bergurau dan apa sahaja membuatkan kami bahagia.

    Alhamdulillah semalam mood zarra sangat ok sangat mendamaikan hati ummi. Sesama kami tengok tv, ummi melayan kerenah zarra tengok kartun.

    Tiba masa untuk ummi solat asar cepat-cepat zarra nak ikut.

    Zarra : Ummi zarra nak mayang (ambil air sembahyang)

    Ummi : Ok cepat sini

    Zarra : Bismillahirrahmanirohim... Dia mula basuh muka, basuh tangan, basuh telinga dan basuh kaki. Lepas tu siap tadah tangan ntah apa dia baca.

    Ummi : Dah siap?

    Zarra : dah

    So kami bersama masuk bilik. zarra pun minta dipakaikan telekung.
    Alhamdulillah sejuk hati ummi bila zarra sudah mula belajar sesuatu menginginkan apa yang dilihat melakukan apa yang dia rasa suka.

    Ummi belum sempat pakai telekung dia dah mula Allahuakhbar.





    Step by step dia buat walaupun dia tak tau baca apa-apa. Sekadar Bismillah, Allahuakhbar, Doa makan, Al-Fatihah tapi tak habis setakat dia tau sebut Alhamdulillah sahaja.

    Bila dia perasan ummi dia tak mula sembahyang lagi terus dia cakap "haishh ummi ni cepat lah.. Zarra pandai ummi tak pandai eh"
    Haaaaa gitu sekali dia bersuara. Kemain anak dara ummi ni bila bercakap. Siap gaya bagai. Macamlah dia dah besar sangat.

    Apa pun ummi bangga dengan sayang ummi. Ummi sayang kamu ummi rindu kamu setiap masa setiap detik...

    Syukur Ya Allah kerana Kau anugerahkan insan cilik ini.
    Walaupun agak payah untuk membesarkannya namum akan ummi cekalkan hati ini demi anak ini seorang.
    Moga Allah sentiasa memberi perlindungan kepada kami.
    Limpahkan rezeki buat kami.
    Continue Reading



    Gambar ni pada 2012.
    Waktu ni telah bermulanya detik zarra tanpa seorang ayah.
    Tidak kau merasai kasih sayang seorang lelaki
    Namun diri ini akan pastikan kau tidak akan rasa sedikit pun kekurangan kasih & sayang.

    Kaulah nyawa ummi Nur Izarra Qistina.
    Amanah buat ummi yang telah Allah kurniakan.
    Continue Reading
    Salam sayang...

    Hari ni nora ambil cuti rehat. Sebab hari ni hantar cousin pergi interview di Dataran Sunway, Kota Damansara.

    Good Luck for her!!!

    Sementara tunggu cousin nora interview dan memandangkan hari ni nora dah ambil cuti makanya bawa lah si ciputet pergi check up.

    Check up area sini sahaja sebab senang nak pick up my cousin nanti...

    So check lah tayar check lah minyak dan sebagainya... Lepas ni fefeeling happy bawa ciputet. Sambil-sambil tu beborak dengan mekanik tanya pasal selalu bunyi.


    Ok mekanik ni cakap memang selalu bunyi. Nama benda alah yang bunyi tu cliper. Patutlah xsyok bawa ciputet macam kereta lama pula. Dia cakap lagi selalunya 6 bulan sekali tukar. Itu pun bergantung pada kekerapan bawa dan keadaan jalan.

    So nampak gayanya next check up memang perlu tukar. Ok kena ingat dan perlu start menabung. Hehehehe

    Settle check up ciputet nora bawa zarra ke Giant memandangkan anak dara ni dah memgamuk ajak berjalan. Owhhhh stresss mak nokkkkk!!!!!

    Nampak je giant zarra terus cakap

    yeay
    yeay
    yeay

    nak jumpa aken...

    Erkkkk perasan pula anak dara ni.


    Ok ikut je la anak dara ni. So ummi pun sempat update entry.



    Continue Reading

    Salam sayang...


    Selasa lalu 19.08.2014 nora telah menghadiri satu event.

    Ok sebenarnya event ni untuk mencari bakat si manja di dalam pentas Dugrostar sama ada menyanyi, menari, bermain alat muzik atau kombinasi bakat-bakat ini.
    Sila layari laman web di http://www.dugro.com.my/dugrostar


    atau click gambar di bawah ni.

    http://www.dugro.com.my/dugrostar



    Sesiapa yang ada anak dan ada talent untuk beraksi bolehlah layari laman web seperti yang tertera. Mana tahu rezeki anak korangkan. Untuk maklumat lanjut jangan lupa click yang nora bagi di atas ye.

    Ok sambung cerita pasal zarra...

    Selepas balik kerja nora terus ambil zarra dan balik rumah. Actually agak kelam kabut sebab mood zarra sangat tak ok. So ummi dia pun jadi kalut dan disebabkan itu ummi capai apa sahaja baju untuk zarra pakai.

    Sampai je di Kidzania nora jadi blur maklumlah nora tak kenal siapa pun. So register macam biasa. Dapatlah gift dari pihak penganjur.


    Nora ajak adik untuk teman nora sebab ini pertama kali nora join event kidz.


    Excited Zarra di make up


    Zarra suka and happy


    Touch up rambut



    So masuk je kawasan untuk event ni zarra dah teruja. Ummi dia pa lagi kan. Dalam hati berdebar-debar risaukan zarra ok atau tidak. Sebab masa ni terpaksa lepaskan zarra kepada pengurusan untuk di make up & make over rambut. Risau sebab zarra tak pernah lalui begini. Dari jauh nora lihat disebalik cermin. teruja sangat bila tengok zarra excited di make up

    Alhamdulillah lega rupanya zarra sangat suka dan dia excited. Nora pula yang rasa tidak percaya. Selepas di make over masa untuk zarra makan. Maaflah disebabkan keterujaan nora terlupa nak snap gambar zarra cantik-cantik. Hahahahahha dan disebabkan kekalutan tu snap gambar zarra masa dia makan. Hamikkk comot sangat kan.

    Makanan untuk kidz


    Makanan untuk Mommy, Dad and guest..
    Haaaa comot habis..
    Ok lepas makan take time ambil gambar zarra di mini stage.

    Teleng kepala si zarra sebab nak gayakan bunga besar

    Hahahah my sister kata buruk baju dia pakai.

    Sorilah sebab nora kalut sangat and tak tau baju apa yang sesuai. So nampak tak yang ummi dia ni pandai nak menggayakan anak dara. Hehhehe Bila tngok semula memang buruk tak comels langsung. Muakakkakak..

    So dalam pada itu ada talk dari pakar dan wakil Dugro. So terdapat juga sesi soal jawab mengenai Dugrostar dan mengenai pemakanan anak.
    Haaaaa seronokkan. Semua boleh kita tahu. Nora pun suka.





    Panel semasa sesi soal jawab
    So saat dinantikan untuk kidz beraksi di atas pentas. Masa ni siapa sangka zarra boleh follow abang-abang & kakak-kakak. Lucu juga sebab zarra paling kecil dikalangan kidz yang lain.

    Excited zarra hentak kaki





    Haaaaaaa teruja si zarra kat atas pentas. Kelakar pun ada sebab dia hanya hentak kaki. Hahahah haihh tak boleh lupa nak. Siapa-siapa nak tengok video zarra boleh add nora di Instagram : @zarraqistina

    Walaupun agak kecewa sebab ada video berdurasi panjang yang tidak cantik sebab gegar. Haaaaa ni keje my sister. Bila tanya kenapa video goyang dia cakap sebab di pun follow menari.. Bikin panas sungguh.

    Ok sayang semua jangan lupa untuk sertai Dugrostar ye. Hadiah menarik. Cepat-cepat hantarkan peraduan korang ye.

    Continue Reading
    Salam sayang...

    Korang ingat tak bulan lalu nora ada cerita pasal drama SELUDUP dan Ujibakat Drama Seludup ni?
    Kalau korang tak ingat apa kata korang flashback semula kat sini SELUDUP.

    Korang dah ingat semula?


    Drama bersiri SELUDUP mempunyai tiga belas episod yang diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti masyarakat.


    Untuk pengetahuan korang ujibakat untuk drama SELUDUP telah pun tamat dan pemenang telah diumumkan. Sebanyak 130 penyertaan melalui video yang telah dimuat turun di laman sosial Facebook 'SELUDUP' bermula pada 25 Jun 2014 yang lalu. Pemenang #masukdramaseludup telah dimenangi oleh seorang jejaka dan seorang gadis.


    Pemenang bertuah kerana berpeluang berlakon & bergandingan bersama-sama dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.




    Pemenang peraduan #masukdramaseludup dimenangi oleh Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur. Mohd Andika merupakan seorang pekerja restoran manakala Nur Afieqah merupakan seorang pelajar. Ini merupakan peluang untuk mereka dalam bidang yang mereka minati iaitu bidang lakonan.


    Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.

    Tahniah kepada pemenang.

    Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup

    Ini untuk maklumat tambahan korang ye..

    Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
    Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

    Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:   
    Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com         

    Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com                                                      








    Continue Reading
    Gara-Gara Monopod Ini Hasilnya.

    Continue Reading
    Salam kakasi hati...

    9 Ogos 2014 (sabtu) yang lalu 1 majlis telah di adakan di sekolah iaitu Sambutan Merdeka Raya 2014. Sebenarnya hari itu adalah sekolah ganti untuk cuti Deepavali nanti.

    Sebahagian Guru SKSP 2014


    Macam biasalah sejak 2012 nora kat sini sambutan raya sangat meriah. Tapi tahun ni sangat Meletops hasil gandingan kerjasama daripada guru-guru.
    Backdrop yang sangat owsem... Decoration daripada hasil tangan gandingan mantap Cikgu Pemulihan Dan AJK yang terlibat. Kerlasssssss siap ada ketupat, api, lemang dan Mini Gazebo.

    Excited : Faizal, Dewi, Me

    Posing di Gazebo

    Kelab Kesatuan Guru & Staf menguruskan sepenuhnya majlis ini supaya berjalan dengan lancar.
    Tempahan makanan seperti satay, mee hoon sup, nasi lemak, mee hoon goreng, mee goreng, lemang, rendang, dan air. Manakala guru perempuan masing-masing bawa 2 biji ketupat segera yang siap direbus.

    Sementara tunggu makanan sampai kita posing dulu

    Sambutan merdeka dilaksanakan pada hari yang sama menampilkan fesyen patriotik dan juga para pelajar menyanyi lagu patriotik.

    Macam selalu bila guru jumpa camera atau dihadapan lensa macam-macam ragam, cara, posing akan dilihat..

    Enjoy and sempoi. Semua posing sakan... Makan Tak hengat donia...

    Sakan semua makan leher ayam. Hahaha

    So Sweet

    Gadis a.k.a Wifey

    Meriah

    Comel kan kami

    Guru Disiplin

    Havoc


    Continue Reading
    Salam sayang semua
    Selamat berhujung minggu.

    Hari ni nora tiada ke mana-mana. Memang plan nak duduk rumah sahaja. Rasa nak rest nak memeram maklumlah hujan kan..
    Sedang sibuk nora lipat baju hanger baju memang nora biarkan zarra apa yang dia nak buat.




    Memang habis bersepah tapi sabarkan sahaja maklumlah malas nak dengar dia menangis dan bosan. Biarlah apa yang dia nak main.

    Tiba-tiba berlaku saat yang mencemaskan bila zarra terkunci di dalam bilik. Dia pula dah menangis menjerit-jerit.

    Panik seketika. Puas nora pujuk suruh dia senyap and dengar apa nora cakap. Tapi biasalah zarra akan menangis bila pintu tertutup sebab dia takut dan sebenarnya bukanlah zarra tak pandai nak buka pintu.

    Tapi hari ini.....

    ummi : adik diam dengar cakap ummi, tunduk bawah sini. ummi kat bawah pintu ni. (dia pun datang tunduk hulurkan jari, menangis suruh buka pintu)
    Sayu hati ummi..

    zarra : ummi bukak pintu ummi (nangis dan menjerit)

    ummi : adik dengar cakap ummi ni. adik lap tangan adik dekat towel. Ambil towel adik dan bukak pintu ni.

    Nampak dia terkedek2 ambil towel dan berusaha pusingkan tombol pintu.

    Zarra : Ummi tak boleh ummi (menjerit nangis)

    Ummi : adik boleh buat.. pusing kuat2.. buat banyak kali...

    Nora nampak dia berusaha walaupun masih menangis.

    Zarra : Tak boleh ummi.. Bukak pintu ummi (menangis tanpa henti)

    Panik risau sebab tak tahu macam mana nak buat memandangkan kunci berada di dalam bilik.

    Ummi : adik amik kerusi adik letak dekat pintu. Amik towel adik pusing kuat2. Jangan nangis syg. adik boleh buat. Ummi tunggu ni.

    Zarra : jap ummi..

    Masih dengar sedu sedan dia. Berusaha ambil kerusi dan panjat. Nora nampak bayang2 dari bawah pintu.

    Ummi : pusing kuat2 dik. Pusing lagi dik. Adik boleh cepat dik..

    ------ tick ----- 

    Cecepat pegang tombol pintu dan tolak sedikit sambil bagi arahan pada zarra suruh alihkan kerusi.

    Dapat je pintu buka terus terpa peluk dia. Basah lencun baju anak ummi.

    Ya Allah syukur... Kesian anak ummi. Terus dia peluk kuat menangis kuat. Mungkin dia rasa takut.. Kesian anak ummi.

    Sambil peluk dan riba dia nora bagi susu and slow talk bagi tahu pada dia kepas ni jangan buat lagi macam ni. Sayu je dia angguk kepala..

    Bahana bila dia main baby oil dan pintu terlock dari dalam.


    Alhamdulillah serba sedikit zarra boleh menerima arahan walaupun pada mulanya dia menangis menjerit...

    Syukur Ya Allah dalam keadaan sebegini hanya kami berdua Kau beri jalan dan permudahkannya untuk kami..
    Continue Reading
    Salam sayang bloggerian...




    Ok kali ni nora nak share sedikit tips kepada mummy, ibu, ummi, mama yang berada di luar sana.
    Actually dulu nora banyak join group tentang pemakanan baby. Sebab teruja untuk menghasilkan or buat makanan sendiri untuk anak. Alhamdulillah berjaya nora lalui. Masa zarra umur dah mula makan dulu nora follow apa yang nora baca selama ni. Homemade makanan untuk zarra seperti puree, snack dan lain-lain.

    Tapi lama nora tinggalkan blog ni. 2012 & 2013 hanya 24 story je nora ada. Sob sob sob sedihkan. Ok Ok Abaikan. Kembali pada topik kita ye. Untuk pengetahuan korang sekarang ni zarra berumur 2 tahun 7 bulan. Tapi kalau ikutkan tahun zarra dah masuk 3 tahun. Haaa sekejap je masa berlalu. Ummi rindu nak belai zarra masa bby suapkan zarra makan dan sebagainya. Tapi sekarang zarra dah tak perlu ummi suap or mandikan sebaliknya zarra mencuba sendiri seperti orang dewasa lakukan.




    Bila umur zarra makin membesar maka makin banyak kerenah dan ragamnya. Seronok dan sometime hilang sabar juga. Masa umur macam sekarang nora perlu banyak bersabar dan perlu standby untuk hadapi sebarang perlakuan, pertanyaan yang akan di lakukan oleh zarra. Maklumlah sekarang ni mulut dia macam bertis jagung. pot pet pot pet. 

    Ayat paling dia suka cakap " zarra pandai ummi tak pandai " & " ummi kecik lagi"
    Selain itu zarra juga ingin mencuba bancuh susu sendiri. Bila dia minta nak susu terus dia cakap "zarra buat ummi" So dia akan pilih botol susu yang dia nak, isi air masak dan ummi isi kan air panas. Susu pula dia akan tanya "berapa ummi" maksudnya berapa sudu nak disenduk. So bila cakap 5 dia akan kira. 
    Tapi selalunya nora akan pantau sebab sebab sebab kalau tidak dipantau habis bersepah susu berterabur dibuatnya. Lastly zarra akan kata "ok mi dah. ummi buat cam ni cam ni" maksudnya dia dah siap dan suruh kita shake.

    Apa yang ummi buat dia nak buat. Senang kata aa yang dilihat didengar akan cuba untuk diaplikasikan sendiri. Haaaaaa dasyat budak zaman sekarangkan





    Alhamdulillah sekarang dia pun dah pandai baca doa makan, selalu nak ikut ummi sembahyang. Moga menjadi anak solehah.

    Kat sini nora nak share bahan bacaan nora hasil daripada Pa & Ma. Tips ni sangat berguna. Moga boleh menjadi panduan untuk kita para ibu untuk melalui fasa anak berumur 3-4 tahun.

    Kanak-kanak yang sedang membesar iaitu pada peringkat usia tiga atau empat tahun memiliki tabiat-tabiat pelik dan kadang kala ia memeningkan kepala ibu dan ayah. Tabiat tersebut perlu dipantau dan dibetulkan. Bahkan pembetulan tersebut bukan hanya boleh sekali, ia mesti kerap diingatkan kepada kanak-kanak ini.


    Antara 20 tabiat pelik yang sering dilakukan kanak-kanak usia 3 – 4 tahun adalah seperti berikut:

    *Suka menghisap/menggigit hujung kain/pakaian.

    *Masih menyusu walaupun susu ibu sudah tiada serta menggentel puting payu dara ibu.
    *Menggigit kuku.
    *Merasa najis hidung.
    *Memakai kasut atau baju secara terbalik.
    *Membutangkan baju secara senget.
    *Menghantukkan kepala ke dinding andai kehendak tidak dipenuhi.
    *Makan dengan tangan kiri.
    *Makan bersepah-sepah.
    *Cakap terbalik dengan ayat tidak tersusun.
    *Menggaru atau menyentuh alat sulit.
    *Kelam kabut.
    *Suka menyampuk.
    *Menunjukkan perangai bukan kebiasaan di hadapan orang lain.
    *Tidak boleh duduk diam.
    *Membaca atau menulis dengan posisi kepala di atas lantai.
    *Menonton televisyen dalam jarak dekat.
    *Suka bermain dengan tali dan membuat ikatan.
    Sebenarnya dalam perkembangan si manja, memiliki tabiat yang sukar dikikis bukanlah kesalahan yang besar pada peringkat usia tersebut. Ketika ini mereka sedang meneroka dan mencuba bermacam perkara baharu.
    Jangan risau, kerana ia adalah perkara normal bagi kanak-kanak usia tiga hingga empat tahun memiliki tabiat-tabiat pelik. Ketika ini mereka sedang mempelajari pelbagai perkara seperti kemahiran mengurus diri dan membantu diri sendiri.
    Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh mengharapkan anak untuk melaksanakan semua perkara dengan baik dan sempurna kerana mereka masih dalam proses pembelajaran. Mungkin tip berikut boleh membantu anda mengurangkan rasa pening kepala menghadapi kerenah pelik mereka.
    1. Berikan masa untuk belajar.
    2. Jangan menghukum sebaliknya disiplinkan.
    3. Teruskan mengajar dan bersabar.
    4. Penerangan sebab dan akibat.
    5. Berikan pujian kepada anak.
    Semoga kita semua mampu menjadi ibu bapa yang terbaik dalam melahirkan anak-anak yang cemeralng.  

    untuk maklumat lanjut korang boleh buka laman web Pa & Ma...
    Continue Reading
    Salam Kakasi Hati Nora....


    Bersama Rakan Blogger : Photo by Ayue


    Pada Isnin yang lalu 11.08.2014 nora join Pra tonton filem melayu berkonsepkan komedi seram iaitu Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa atas jemputan Bro Framestone di Cathay Ecurve, Mutiara Damansara.

    Siapa yang mati?
    Kawan aku atau kawan korang?

    Ok jom baca sinopsis filem ni.

    Filem ini menceritakan tentang 3 orang rakan baik iaitu Rudy, Akhirrudin dan Remy yang tinggal bersama di rumah sewa. Rudy (Acey) merupakan seorang pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem yang diperolehinya. Manakala Akhirrudin (Abam) pula adalah seorang pekerja di sebuah stesen minyak dan Remy (Fad) merupakan seorang pengilap kasut. Mereka menyewa di rumah Pak Cik Osman (Yasin SYJ) dan tidak membayar sewa rumah selama 3 bulan. Tidak berapa lama kemudian hadir seorang teman iaitu Saipol (Epy Kodiang) merupakan anak saudara kepada Pak Cik Osman.

    Seterusnya haaaaaa korang mesti tonton filem ini yang akan ditayangkan pada :


    Tarikh : 14 Ogos 2014 (Khamis)
    Genre : Komedi seram
    Penerbit : Hashim Rejab
    Terbitan : Mangkin Prestij


    Pertama kali nora tengok cerita komedi seram yang sangat owsem. Mana tidaknya sepanjang cerita dipenuhi komedi, memang tidak kering gusi dibuatnya. Zarra pula memang tidak tidur dia pun excited tengok filem ni. Cuma bila part hantu zarra akan tutup mata..



    Filem hasil Hashim Rejab kali ini tidak mengecewakan walaupun baru pertama kali menghasilkan filem dalam bentuk komedi seram. Gandingan mantap daripada pelawak yang memenangi tempat ketiga di dalam Maharaja Lawak Mega ini sangat membuahkan hasil. Diharapkan filem melayu ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

    Bersama Acey (rudy)

    Bersama Julia Ziegler

    Bersama Fad (remy)

    Acey



    Bersama Dato' David Teo (MIG Production)
    Actually nora sampai lambat di sana. Mujur masih belum mula Majlis Pratonton ni. So ada beberapa pelakon sahaja nora sempat bergambar. Yang best dapat juga bergambar dengan Pengarah MIG Production iaitu Dato' David Teo.

    Sedih juga sebab tidak sempat nak beramas mesra dengan blogger yang lain.
    Blogger yang selalu jumpa Namia, Sue Sopian, Atikah, Bro Framestone.
    Tapi tidak berkesempatan dgn blogger lain seperti Rosmiza, Tengku Syukri & lain-lain
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile

    Monolog Tanpa Suara

    | ummizarra|


    Dari Satu Laman Blog,

    Terungkai Seribu Satu Macam Ruwetnya Kehidupan.


    Let's work as a part time blogger and all blog about:

    PERSONAL | LIFESTYLE | REVIEW | EVENT | ADVERTORIAL | COLLABORATION


    Kindly contact me at :

    Email : ummiezarra@gmail.com

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram

    Like us on Facebook

    Come Follow Me

    Google+ Followers

    Awsome Blogger

    • Lifestyle, Parenting, Family Retreat - HASRULHASSAN.COM
      Jangan Biar Sakit Lutut Jadi Kronik, Baca Tips & Rawatan Yang Ada
      2 hours ago
    • BEN ASHAARI
      Jangan sibuk hal orang!
      6 hours ago
    • Mawardi Yunus
      PENGALAMAN RAWATAN PEMULIHAN RAMBUT : PRP HAIR SCALP 头皮护理 DI PREMIER CLINIC
      7 hours ago
    • SURIA AMANDA
      Keenakkan Air Kedondong & Air Kelapa Laut Man Java Enterprise
      10 hours ago
    • Hafiz Rahim
      Pengalaman Bermalam Di Okish Edge Ketika Bercuti Di Legoland
      11 hours ago
    • Sistem Guru Online
      Bank Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 KSSR Tahun 6
      11 hours ago
    • Bro Framestone
      Nasi Lemak Cajun Buat Peminat Makana Laut di Just Seafood, Sunway Giza
      21 hours ago
    • Julia Johari
      Buffet Ramadhan 2018 - Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur
      1 day ago
    • irrayyan.com
      Tengok Dinasour di 99 Wonderland, Selayang
      1 day ago
    • Kitepunye Dot Com
      Blue Cafe Bandar Mahkota Cheras Pizza Rendang Terbaik !!!
      1 day ago
    • MamaJue Story
      COCO2U Nature's Miracle | Skincare Yang Selamat Dari Virgin Coconut Oil
      1 day ago
    • Yoorin
      Nikmati Percutian Mewah 5 Bintang di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur
      1 day ago
    • Azlinda Alin Malaysian Parenting Lifestyle Beauty Blogs
      Karaoke Bersama Family dan Cousins!
      1 day ago
    • Shuhaida Kabdy
      Jalan-Jalan Ke Kaison Melawati Mall
      1 day ago
    • Nukilan Kenit
      Sukan Tahunan Sekolah
      2 days ago
    • ERRA KYRA HEADLINES
      Hotel Fairmont Jakarta bersama SISESA 3r Annual Fashion Show 2018
      2 days ago
    • Que Achmad menulis...
      Apa Itu Kereta Recon?
      2 days ago
    • Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger
      Jenis-Jenis Janji Manis Masam Pahit Ibu Bapa Sering Gunakan Pada Anak
      3 days ago
    • safura.online.diary
      Lain Juga Anak Jantan Ni Kan
      3 days ago
    • fizafantagirO
      Resepi Ayam Goreng Percik
      3 days ago
    • Catatan Sue Izza
      Tema Studio Jalan Ampas di Buffet Ramadhan Puri Pujangga,UKM Bangi.
      3 days ago
    • LEKAT LEKIT STORY
      DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. DAH SETAHUN!
      5 days ago
    • Fazrol Dot Com
      Promosi Annual Pass Legoland! Berbaloi atau tidak?
      5 days ago
    • Dapur Tanpa Sempadan...
      RESIPI PECAL SAYUR - PENGUBAT RINDU
      6 days ago
    • Qaseh Dalia
      Mee Rebus Tulang Restoran ZZ | Tempat Makan Wajib Singgah di Johor
      6 days ago
    • Ceritera FatinBella
      Bmama Maternity Review
      1 week ago
    • * ......Bicara Hati Ini...... *
      ALHAMDULILLAH
      3 weeks ago
    • Yan Ty
      Minggu Keempat- Bermula Kemucak Program Jom Kurus 1 Malaysia Musim Ke-10 Dengan Coach Cem
      3 weeks ago
    • katanajeeb.blogspot.com | cerita apa saja
      Lokasi 'Shooting Stars' atau 'Meteors Showers' Di Malaysia
      3 weeks ago
    • ERAZ FADLI
      Perdana Street Food Kembali Dengan Pelbagai Menu Baru
      3 weeks ago
    • Blogger2u
      RAJA PALING RAMAI ANAK 867 ORANG | INFO MINDA
      5 weeks ago
    • Galaksi Viral
      PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BAHASA THAILAND.
      2 months ago
    • BONI KACAK
      Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Gombak Sangat-Sangat Selesa
      4 months ago
    • Contengan Awi!
      Rumah Sewa hampir terbakar!
      1 year ago
    • ieyra.com
      Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Titian Kaseh di The Federal Kuala Lumpur
      1 year ago
    • ::Blog Abah Careno::
      Brolly Crab Factory Restoran Yang Unik & Menu Yang Menarik
      2 years ago
    • CK
      Bila di'review' , kite plak kene lenting
      2 years ago
    • Kelab Blogger Ben Ashaari

    Lovely Friend

    • Abam Korie
      Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018
      4 hours ago
    • Mia Liana
      Ranking Alexa 21.4.2018
      5 hours ago
    • sayidahnapisahdotcom
      Check gula, blood pressure & tahap kolestrol. What's the result?
      6 hours ago
    • MUMMYSUPPLEMENTSHOP.BLOGSPOT.MY
      10 RESEPI MAKANAN UNTUK BAYI 6 BULAN YANG MUDAH
      8 hours ago
    • 5 Little Angels
      Seafood for Kids at Just Seafood
      1 day ago
    • sensasi2020
      PRU14: Menang Bendera Kalah Pilihan Raya
      1 day ago
    • Blog by Ana Suhana
      Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside, PWTC
      1 day ago
    • Kisah Si Dairy
      Cara kira fidyah bagi yang lambat ganti puasa
      1 day ago
    • Enchanted Life Begins
      5 Sebab Kenapa Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Untuk Tahun 2018 Pilihan Terbaik
      1 day ago
    • Miza Talib
      Jaga Tiga Perkara jika mahu Syurga
      1 day ago
    • Ini Adalah Bellarina Natasya
      Rampage (2018)
      1 day ago
    • MALAYSIAN MODEL & BLOGGER
      LYNDA RAHIM Presents Moonlight Mile Inspirasi Cinta !
      1 day ago
    • RUBY
      Bufet Ramadan 2018 Di 5 Cawangan Felda D’Saji & D’Saji Delivery
      2 days ago
    • SyafieraYamin.com
      2 hari 1 malam Superior room @ Berjaya Times Square
      2 days ago
    • My Mom's Best
      Meet Fisher-Price's Child Development Expert to talk about play and learn
      2 days ago
    • KongsiBersamaNora
      Stress giler pakai produk Althea's Bare Essentials ini
      3 days ago
    • Penselduabee
      Had Great & Fun Night At Dataran Warisan Taiping & Bazaar Cross Street
      3 days ago
    • Nurfuzie.com
      Capati Lembut dan Kari Kambing Sedap Di Capati Corner Tapah
      4 days ago
    • Ceritera Sang Puteri
      Singgah nak lap2 habuk je
      4 days ago
    • Eirna Nurasikin
      Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa
      4 days ago
    • MIZI SEMPOI
      Menteri makan nasi bungkus demi pilihan raya
      4 days ago
    • Best Lifestyle Blog Malaysia
      Untuk bahagia jangan jauh-jauh dengan Allah , sabar dan solat.
      6 days ago
    • YanieYusuf
      Jualan Barangan Raya Festival Ramadan PUTRAJAYA 2018
      1 week ago
    • Si Ketam Kecil
      Bukan Tak Nak Balik Raya Tapi Risau Orang Tanya Bila Nak Ada Anak..
      1 week ago
    • DAUS REDSCARZ
      MAGGI Pedas Giler Challenge oleh DAUS REDSCARZ Channel
      1 week ago
    • Dkna Abza
      Annual Pass Legoland Memang Menarik
      1 week ago
    • Ceritaku Untuk Mu
      Sinurambi Tambunan
      1 week ago
    • Saya bukan cikgu
      Kita kena ada kabel, baru senang
      1 week ago
    • Saya Blogger
      Siapa yang kena buat blog?
      1 week ago
    • Shamiera Osment
      Bella Booo Baby Care Range from Natural Ingredients
      1 week ago
    • Onlajer.com
      Bandung antara tempat yang harus dilawati Lembang Floating market
      1 week ago
    • Sumijelly Weblog
      Gadget Dapur – Oven 42L
      1 week ago
    • Allene
      LEGOLAND® - Percutian keluarga yang sangat menakjubkan
      1 week ago
    • The Other Side of Me
      Cara Menempah di Bookme.co.nz
      1 week ago
    • Uncle Zuan
      Jom Follow Malaysia Travel Couple SyaShaTravel
      1 week ago
    • Wacanaku
      Hikayat Kedai Kopi - NAK PILIH CALON MANA? | PRU-14
      2 weeks ago
    • Mek Ila JV | Shaklee Semenyih
      Nak Buat Surprise Untuk Tersayang? Jom Tempah Pakej Bouquet Murah Dengan Kak Cla Semenyih
      2 weeks ago
    • Adinda Baizura Mazlan
      AKU INGIN MENJADI ORANG KUAT ITU.
      2 weeks ago
    • YunFila
      Lelaki Jumpa Kentang Goreng Dalam Air Fryer Baru Beli
      3 weeks ago
    • mrspuex
      Be A Star At Kidzania Kuala Lumpur
      5 weeks ago
    • liyliz yusof
      TEMPAT MAKAN LAGI BUKIT JELUTONG | MOZER'S RESTAURANT
      1 month ago
    • wafijamaluddin.com
      Semakan Keputusan SPM 2017
      1 month ago
    • Alongxp.com
      Tawaran Menarik Unifi tahun ini?
      2 months ago
    • Azrul Azman
      Kenangan 2017
      3 months ago
    • BloggerBar
      Akhirnya ‘Rumah Paku’ di tengah lebuh raya diruntuhkan selepas 14 tahun
      6 months ago
    • ♥♥Mama Maszull♥♥
    Show 5 Show All

    Popular Posts

    • Kebaikan Evening Primrose Oil (EPO)
    • Wordless Wednesday: #27 | Sentap Ke?
    • Monolog Hati Hanya DIA yang Tahu.
    • Resepi Peria Katak Goreng Telur Sedap Dan Berkhasiat
    • Neffos X1 Telefon Pintar Untuk Yang Suka Selfie
    • Western Food Cafe Di Cheras
    • DIY Hadiah untuk Insan Tersayang Hanya Di Printcious
    • KADAR BAYARAN PARKING DI NU SENTRAL

    Blog Archive

    • ►  2018 (17)
      • ►  April 2018 (4)
      • ►  March 2018 (8)
      • ►  February 2018 (2)
      • ►  January 2018 (3)
    • ►  2017 (124)
      • ►  December 2017 (3)
      • ►  November 2017 (7)
      • ►  October 2017 (6)
      • ►  September 2017 (14)
      • ►  August 2017 (18)
      • ►  July 2017 (7)
      • ►  June 2017 (11)
      • ►  May 2017 (14)
      • ►  April 2017 (9)
      • ►  March 2017 (10)
      • ►  February 2017 (12)
      • ►  January 2017 (13)
    • ►  2016 (66)
      • ►  December 2016 (11)
      • ►  November 2016 (6)
      • ►  October 2016 (12)
      • ►  September 2016 (10)
      • ►  August 2016 (10)
      • ►  July 2016 (2)
      • ►  June 2016 (2)
      • ►  May 2016 (2)
      • ►  April 2016 (1)
      • ►  March 2016 (2)
      • ►  February 2016 (5)
      • ►  January 2016 (3)
    • ►  2015 (9)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  June 2015 (3)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  January 2015 (2)
    • ▼  2014 (93)
      • ►  December 2014 (3)
      • ►  November 2014 (3)
      • ►  October 2014 (12)
      • ►  September 2014 (22)
      • ▼  August 2014 (19)
        • Loom Band Kit
        • Sejuk Perut Ibu Mengandung
        • Wordless Wednesday #22: Bermula Episod Di Tinggalk...
        • Check Up Ciputet
        • Serlahkan Bakat Si Manja Di DUGROSTAR
        • Pemenang Ujibakat Drama SELUDUP
        • Wordless Wednesday #21 : No Caption
        • Riang Ria Aidil Fitri SK Sungai Penchala
        • Saat Mencemaskan...
        • Tabiat Anak Umur 3-4 Tahun : Perlu Di Pantau
        • Pra-Tonton Filem : Kawan Aku Mati Dalam rumah Sewa...
        • Wordless Wednesday #20: S.E.L.F.I.E by Nur Izarra ...
        • Limpahan Rezeki Mu Allah
        • Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa
        • Bila Sel Otak Berkembang
        • Menu Zarra
        • Wordless Wednesday #19 : Don't Lose Hope
        • Reunion Aidilfitri 2014
        • Warna ~ Warni Syawal 2014
      • ►  July 2014 (9)
      • ►  June 2014 (9)
      • ►  May 2014 (4)
      • ►  April 2014 (4)
      • ►  March 2014 (7)
      • ►  February 2014 (1)
    • ►  2013 (26)
      • ►  December 2013 (1)
      • ►  November 2013 (5)
      • ►  October 2013 (4)
      • ►  September 2013 (3)
      • ►  July 2013 (1)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (4)
      • ►  March 2013 (3)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (3)
    • ►  2012 (24)
      • ►  December 2012 (3)
      • ►  November 2012 (3)
      • ►  October 2012 (6)
      • ►  September 2012 (2)
      • ►  August 2012 (1)
      • ►  July 2012 (1)
      • ►  May 2012 (2)
      • ►  April 2012 (3)
      • ►  March 2012 (2)
      • ►  January 2012 (1)
    • ►  2011 (24)
      • ►  December 2011 (1)
      • ►  November 2011 (3)
      • ►  October 2011 (4)
      • ►  August 2011 (1)
      • ►  July 2011 (2)
      • ►  June 2011 (4)
      • ►  May 2011 (1)
      • ►  April 2011 (3)
      • ►  March 2011 (2)
      • ►  February 2011 (1)
      • ►  January 2011 (2)
    • ►  2010 (169)
      • ►  December 2010 (12)
      • ►  November 2010 (9)
      • ►  October 2010 (4)
      • ►  September 2010 (3)
      • ►  August 2010 (6)
      • ►  July 2010 (14)
      • ►  June 2010 (31)
      • ►  May 2010 (22)
      • ►  April 2010 (17)
      • ►  March 2010 (23)
      • ►  February 2010 (17)
      • ►  January 2010 (11)
    • ►  2009 (162)
      • ►  December 2009 (7)
      • ►  November 2009 (6)
      • ►  October 2009 (9)
      • ►  September 2009 (6)
      • ►  August 2009 (8)
      • ►  July 2009 (10)
      • ►  June 2009 (15)
      • ►  May 2009 (21)
      • ►  April 2009 (26)
      • ►  March 2009 (27)
      • ►  February 2009 (14)
      • ►  January 2009 (13)
    • ►  2008 (140)
      • ►  December 2008 (21)
      • ►  November 2008 (12)
      • ►  October 2008 (6)
      • ►  September 2008 (7)
      • ►  August 2008 (8)
      • ►  July 2008 (9)
      • ►  June 2008 (11)
      • ►  May 2008 (14)
      • ►  April 2008 (15)
      • ►  March 2008 (4)
      • ►  February 2008 (17)
      • ►  January 2008 (16)
    APDM SAPS

    Total Pageviews

    facebook Twitter instagram

    Created with by BeautyTemplates . Distributed By Gooyaabi Templates | mOnOLoG tAnpA sUaRa © . Edit by MaisarahSidi.com

    Back to top