Salam Sayang...
Sebenarnya no idea nak tulis apa tapi sementara kebosanan melanda saja nak merapu di sini.
Sepanjang tahun ini asal tiba hujung minggu aktiviti nora dan zarra terisi dan tiada lagi rasa kebosanan dalam diri.
Sebelum ini selalu juga nora joint event bersama blogger. Dan hujung minggu penuh dengan aktiviti. Selain event bersama blogger nora dan zarra juga kerap ke Seremban. Maklumlah sejak uncle zarra dah pindah ke Seremban aktiviti hujung minggu kami lebih banyak dihabiskan bersama.
Zarra paling seronok sebabnya ada yang sudi melayan dia bermain dan bawa dia berjalan.
Alhamdulillah tiadalah hujung minggu kami terbuang begitu sahaja. Seronok juga sesekali bawa zarra ke lake garden untuk bagi ikan makan, zarra main basikal, bermain di taman permainan, bermain bubble and paling seronok main bubble giant.
Dan diharapkan hujung minggu kami akan datang terisi seperti sekarang...