Belajar Untuk Redha, Allah akan ajar untuk Bahagia

Tuesday, August 23, 2016

Jadi perempuan itu...
Kena jiwa kental.
Kuatkan hati.
Jangan asyik melayan emosi sampai lembik pucat lesi.

Cukup...

Saat kau mengharap. Tapi tak diendah.

Pujuk Hati...

Jangan gundah. Buatlah seperti tak kisah

Syukurlah dan Ucaplah Alhamdulillah

P A S T I  B A H A G I A

Happy Zarra bila dapat anak patung Upin

Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk nora bersama zarra. Hampir sebulan lebih nora tak berjumpa dengan zarra. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Hari-hari yang dilalui penuh hiba walaupun senyuman tetap terukir di bibir. Itulah nora, hanya mampu meluah rasa pada FB, Instagram berkenaan hati dan perasaan ni.. Mesti korang bosan dan jemu kan???
Doa di setiap sujud tidak pernah nora lupakan untuk titipkan doa buat buah hati nora moga sentiasa dalam lindungan Allah.

Kemain merah bibir zarra. Teman ummi cari barang hantaran


Hari jumaat selepas event bersama InvolveAsia nora terus pulang ke Cheras. MasyaAllah bergetar hati ni dapat jumpa anak. Semahu-mahunya nora dakap zarra. Dalam hati sampai berkata, dah besar rupanya my daughter. Dapat tahu mak abah nak datang ke KL nora mula runsing sebab zarra dah pesan dia hendak anak patung Upin. Masa ni belum gaji, anak patung berharga hampir RM50, sedih rasa hati bila memikirnkan perkara itu.


Namun, syukur alhamdulillah bila uncle zarra ingin belikan anak patung Upin untuk zarra. Itupun dengan syarat zarra lulus membaca dan mengaji depan uncle dia (melalui voice note whatsapp). Bila uncle kata belikan juga anak patung tu bergegas mencari, mujur ada jual di Stesen Petronas Sungai Penchala yang berdekatan dengan rumah nora.

Berangan zarra... Buat-buat tidur. Pandai nau berlakon.

Konon-konon nak tidur macam ni

Terharu, serius terharu. Type entri ni pun sambil mesat air mata. maklumlah nora tak mampu nak sediakan apa yang ank mahu dalam masa terdekat. Bila dapat belikan apa zarra mahu dan bagi pada dia. Ya Allah muka kegembiraan zarra buat hati ni tersentuh. Allahuakhbar, dia sanggup berusaha menghafal dan membaca semata-mata nak dapatkan anak patung Upin. Dan perangai zarra dia akan bersemangat bila uncle dia yang suruh. Everything is uncle.

Buah hati pengarang jantung ummi sampai akhir hayat

Sepanjang weekend tu nora banyak habiskan masa dengan zarra. Terus terang nora kata, dalam masa 2 hari itu, memang tidak cukup dan tidak puas dapat bau dia, masakkan dia, makan dan suap dia.. Terutama bila part tidur.. Ya ALlah rindu sangat-sangat. Tak puas.

Gambar bertiga, abah ntah mana hilang
Saat untuk berpisah berderai air mata ni. Tak mampu nora nak elak dan tahan dari menangis di hadapan dia. Cuba kuatkan hati saat tu, cuba ceria namun bila dengan bisikan dia "zarra nak duduk dengan ummi" halus sayu je suara dia.. Allahuakhbar hiba sangat-sangat. Terus nora dakap dan menangis sambil pujuk dia.. Suruh zarra banyak-banyak berdoa minta permudahkan urusan ummi balik negeri sembilan. Dan janji pada dia cuti sekolah nora akan ambil...

Yakinlah hati, semua akan menjadi lebih baik ketika hati berhenti mengeluh. InsyAllah

Makbul tak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Jangan pernah jemu berdoa, sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa.

You Might Also Like

10 ♥sweetcream♥

  1. Semoga ummi zarra tabah... Matahari pasti akan muncul kembali

    ReplyDelete
  2. Sebak pula hati ena ni baca.. semoga akk kuat ye.. Lebiu kak

    ReplyDelete
  3. zarra mmg anak yg bijak..terus kuat yunk..insyaAllah segalanya akan dpermudahkan..

    ReplyDelete
  4. Smg dipermudahkan semuanya utk awak dan anak

    ReplyDelete
  5. Zarra anak yang kuat dan bijak. Nora pun mesti macam tu kan. keep faith n stay strong!

    ReplyDelete
  6. zati faham macam mane perasaan tu.. baca sambil bergenang air mata.. =(
    Harap awak kuat. Insyaa Allah.. doa yang terbaik untuk anak anak kita.
    Nanti jasmeen jumpe kakak zara ea.. lepas ni panggil auntiey nora =)

    ReplyDelete
  7. zati faham macam mane perasaan tu.. baca sambil bergenang air mata.. =(
    Harap awak kuat. Insyaa Allah.. doa yang terbaik untuk anak anak kita.
    Nanti jasmeen jumpe kakak zara ea.. lepas ni panggil auntiey nora =)

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan.Ujian Allah utk orang2 yang kuat .:)

    senyum selalu

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿