Drama Patah Sebelah Sayap telah mula ditayangkan pada 20 September 2016 yang lalu dan tinggal beberapa episod sahaja lagi berakhirnya drama ini. Nora bukanlah pengikut drama ini, tetapi bila episod ke 26 nora tengok terus nak mengikuti drama ini. Jadi best dan mendebarkan.




PATAH SEBELAH SAYAP mengisahkan seorang gadis bernama Alisha yang menghadapi konflik percintaan bersama Amzar sehingga berlaku suatu kemalangan mengakibatkan Alisha dituduh sebagai suspek langgar lari dan dipenjarakan selama 2 tahun. Setelah dibebaskan Alisha bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat milik Kuzairi yang merupakan suami kepada mangsa langgar lari.

Bagaimana jalan cerita Alisha bersama Kuzairi dan Amzar? Adakah gadis bekas banduan terbela dan bagaimana masa depannya?

Drama Patahnya Sebelah Sayap
15 Episod
Hari & Masa : Isnin - Rabu 10.00 malam
Pengarah : Ayie Mustafa
Terbitan : Creative Skill Solution Sdn Bhd
Para Pelakon : Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, 
Faiz Hak, Zainab Othman, Syamiera Farha, Helvera Susanti, Norzila Abu Samad, Iskandar Zulkarnaian, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Siti Mili, Arash Mohd, Nur Amisah Abdullah, Mohd Syuk, Aman Shah


LAGU TEMA / OST PATAHNYA SEBELAH SAYAP



Tajuk : Hancur Aku

Artis : Estranged feat Fazura
Video & Lirik : Link


Apa khabar teman

Ku perlu bicara

Kerna aku hilang

Tanpa kamu

Apakah ertinya
Ketemuan ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Apa khabar teman
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari
Diri aku

Apakah ertinya
Kesudahan ini
Patutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku


2 Comments

  1. Tak pernah follow drama ni.. Tapi ramai yg update pasal drama ni kata best..

    ReplyDelete
  2. alaaa...ada citer baru..akak ni x tgok tv la..weekend tgok la..tp tu la..citer katun...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿