Pelancaran Nescafe Gold Barista Machine
  NescafeGold Blend Barista Machine merupakan sebuah mesin sistem kopi moden yang menggunakan kopi yang dilarut untuk menawarkan menu kafe hanya dengan menekan satu butang. Nestle dengan kerjasama Nescafe memperkenalkan Nescafe Gold Blend Barista Machine dalam membantu penggemar kopi mengalami keseronokan menyediakan kopi gaya kafe hanya dengan satu sentuhan. Ia amat memudahkan bagi penggemar kopi kerana hanya dengan menggunakan Nescafe Gold Blend bersama-sama Barista Machine ia mampu menghasilkan kopi yang digemari.

5 Gaya Kopi dengan hanya Satu Sentuhan

  Dengan memiliki Nescafe Gold Blend Barista Machine, semudah dihujung jari untuk anda menikmati kopi menu kafe yang terdiri daripada 5 gaya kopi yang berbeza. 5 pilihan gaya kopi yang boleh dinikmati dengan lengkap aroma hitam pekat kopi dari Nescafe Gold Blend dengan tambahan krimer untuk dapatkan aroma Latte' mahupun Cappucino dengan lapisan yang direka mengikut kesukaan dengan hanya satu sentuhan. Manakala bagi penggemar kopi pekat dengan aroma yang menyamankan dan menyegarkan boleh memilih untuk merasai Espresso, Lungo dan Americano.

Satu Sentuhan dengan Hanya Satu Minit untuk menikmati Kopi
Untuk pengetahuan korang, Nora dah cuba Nescafe Barista Machine di rumah. Rezeki mak dan abah untuk menikmati 5 kopi yang mereka sukar untuk rasai. Ia sangat mudah dengan hanya satu sentuhan untuk anda merasai kopi pilihan hati. Di bawah ini nora akan kongsikan video penyediaan kopi dengan menggunakan mesin ini.




Kredit Video : Fieza Sani (Blog) & Fieza Sani (Youtube)

Mudah bukan, jadi bagi nora dengan adanya mesin ini ia dapat membantu penggemar kopi di luar sana untuk menikmati aroma kopi dengan 5 pilihan gaya kopi kegemaran. Hanya dengan satu sentuhan, korang boleh pilih kopi kegemaran korang. Macam nora memang suka sangat Latte' ataupun Capuccino. So ia sangat mudah dan membantu nora tanpa mengeluarkan wang yang lebih untuk miliki kopi gaya mewah ini.


  Seronok tak korang tengok? Hehehhe haaaa so kalau korang juga nak miliki mesin seperti ini, korang boleh layari LAZADA sebab mesin ini akan dilancarkan secara esklusif dan promosi Lazada.


Promosi Nescafe Gold Blend Barista Machine di Lazada dengan Harga RM239

Nescafe Gold Blend Barista Machine akan dilancarkan di pasaran Malaysia secara Ekslusif di Lazada.

Promosi di Lazada : NESCAFE Gold Blend Barista Machine + 1 NESCAFE Gold Blend  (200g) + NESCAFE Gold Blend Refill Pack

Tarikh Promosi : 14 September 2016

Harga : Hanya RM239.00
(Normal Price : RM399.00)

  Cepat rebut peluang untuk memiliki Nescafe Gold Blend Barista Machine di Lazada dengan harga yang murah kaw kaw. Sila layari laman web Lazada.


0 Comments