Flower Chimp Mengakhiri Tahun 2018 dengan Kempen Berganda Dengan Bang Bang Bloom

Wednesday, November 07, 2018


”Lafazkan dengan bunga!” Ya, Flower Chimp berbangga dengan seni tersendiri menzahirkan ucapan menerusi bunga. Sama ada ucapan kasih sayang, terima kasih, semoga cepat sembuh, mahupun sambutan perayaan, bunga adalah cara paling mudah untuk menzahirkannya.

Semakin kita menghampiri penghujung tahun 2018, Flower Chimp melancarkan beberapa kempen secara berterusan untuk memenuhi keperluan pelbagai sambutan yang berlangsung sepanjang suku akhir ini. Rentetan daripada kejayaan promosi dalam bulan Oktober yang menumpukan terhadap kempen kesedaran barah payudara, pelanggan pasti teruja dengan koleksi dan potongan harga terbaharu yang dilancarkan untuk mereka.


Kami menerima maklumbalas yang memberangsangkan daripada pelanggan kami lanjutan daripada promosi Oktober ini dan kami teruja untuk melancarkan kempen terbaharu sepanjang bulan November dan Disember. Tempoh ini merupakan antara jangka masa yang paling penting bagi perniagaan secara umumnya. Dari perspektif usahawan, kami mensasarkan pertumbuhan 100% berbanding suku akhir tahun lepas, kata Maximilian Lotz, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif, Flower Chimp.

Dari perspektif pelanggan, mereka perlu membuat perancangan awal sebelum penghujung tahun kerana kebanyakannya akan mengambil cuti panjang sehingga awal tahun 2019.

Bermula dari November, Flower Chimp akan melancarkan kempen baharu yang membolehkan pelanggan untuk terus menikmati bunga-bungaan segar pada harga berpatutan dengan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara di semua pasaran - Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura.


Solo Pun Seronok, sambutan 11.11!
Negara: MY, ID & PH

Walaupun belum berpunya, tidak semestinya anda tidak boleh menikmati bunga kegemaran anda untuk menceriakan suasana di rumah, tempat kerja mahupun menceriakan rakan anda. Sambutlah status solo anda penuh kegembiraan tahun ini dengan potongan harga 11% di platform kami.



Solo atau tidak, siapa kata anda tidak boleh membeli bunga ros merah. Hadiahi diri sendiri sebagai ganjaran selepas hampir setahun bekerja keras. Jangan lupa untuk melihat jambangan klasik seperti Jade (Harga pasaran/RRP: RM179) atau 12 Red Roses Korean Style (RRP: RM159). Kurang gemar warna merah? Bagaimana dengan Purple Hues (RRP: RM99) dan Pink Blush (RRP: RM129)? Ingat, sayangi diri anda!

Promosi ini sah dari 1 hingga 11 November 2018 di Malaysia dan dari 5 hingga 11 November 2018 di Indonesia dan Filipina.

Pancarkan Cahaya Sempena Deepavali
Negara: MY sahaja

Sempena perayaan Deepavali ini, ceriakan musim sambutan ini dengan gubahan dalam pasu yang akan menyambut kedatangan tetamu sempena rumah terbuka anda.


Sesuai dengan warna-warni Deepavali, anda pasti jatuh hati dengan gubahan Kensington (RRP: RM189) yang akan menceriakan ruang tamu anda. Seimbangkan hiasan dalaman anda yang berwarna-warni dengan bunga berwarna putih seperti Carina (RRP: RM259) dan Rise and Shine (RRP: RM199). Anda juga boleh memberikan sentuhan lembut dengan Loyalty (RRP: RM189).

Flower Chimp menambahkan kemanisan tawaran sempena Deepavali ini dengan membariskan pilihan hamper hadiah dalam anggaran harga RM189 hingga RM649. Anda juga boleh menghantar hadiah dengan pilihan makanan vegetarian! Promosi ini sah dari 1 hingga 7 November 2018.

Keajaiban Krismas!
Negara: MY, ID, PH & SG



Tahun ini Flower Chimp mencetuskan keajaiban pada sambutan Krismas dengan pilihan pokok Krismas DIY. Dapatkan satu daripada lima pilihan pokok tersebut dan sempurnakan dengan perhiasan kegemaran anda untuk menceriakan lagi ruang tamu. Jangan lupa untuk mendapatkan sepohon yang renek untuk tempat kerja anda untuk menaikkan semangat musim perayaan tahun ini.


No
Rekaan
Ketinggian
Harga (RM)
1
Santa Baby
4 hingga 5 kaki
799
2
Christmas Carol
5 hingga 6 kaki
899
3
The Fir Tree
6 hingga 7 kaki
999
4
Letter from Santa
7 hingga 9 kaki
1,399
5
Papa Panov
9 hingga 10 kaki
1,699


Promosi ini sah dari 28 November sementara stok masih ada.


Rakan Kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa berkata, Menghampiri penghujung tahun, kami mahu menambah keriangan menerusi tawaran bunga kami di rantau ini. Oleh itu, kami melancarkan kempen khas ini bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mempunyai citarasa tersendiri. Demografi pelanggan terbesar kami adakah golongan wanita berkerjaya yang tinggal di bandar besar yang menyumbang lebih separuh daripada pesanan harian kami. Sebab itu kami mencuba pendekatan spesifik untuk mengembangkan pengkalan data pelanggan dengan mensasarkan pasaran lain termasuklah golongan lelaki yang juga mempunyai kuasa membeli yang kukuh.




Jangan lupa untuk gunakan kod promo: BIGBANG20 untuk mendapatkan potongan harga sebanyak RM20 ke atas semua pembelian tanpa had minimum. Terhad pada satu tebusan bagi setiap pelanggan. Tidak boleh digabungkan dengan promosi lain. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2018.



Untuk maklumat lanjut hubungi :

Flower Chimp di Malaysia
Instagram : @flowerchimp

You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿