.: Kisah Hujung Minggu :.




Tak ada apa yang menarik pun...
hehehehe
Hari sabtu aku pergi kenduri kahwin di Bangsar.
Balik tu aku pergi baiki hanset, habis duit aku... uuwwaaaaaaaa melayang RM100.
Malam tu aku bad mood.. aku call insan yang aku rindu, aku nak berborak nak epy2 tapi aku
terasa sakit ahti.. sebal sangat, tapi aku tak tahu kenapa aku jadi mcm tu.. Menitis air mata aku tapi cover lagi lar.. hehehehe, sebenarnye tetibe perasaan takut menerjah saat aku berbual dgnnya, tambah lagi masa tu ada something yang tak best.. gram jugak tapi aku terus memutuskan panggilan kerana aku takut si dia mendengar sedu tangisan aku.
Aku tak keruan dengan tak semena2 aku menangis teresak2. Aku pun tertidur dalam keadaan yang.....................???? hanya aku yang tahu heheheheh :)
Hari ahad pula aku bangun awal basuh baju, selepas itu aku sambung semula lena ku. Bangun dari itu aku berminat nak membaca novel, sambil membaca aku mendengar HOT.FM(carta 30).
si dia menghantar sms bertanyakan perihal ku, ikutkan aku tak mau hantar, malu, konon2 nak ego, tapi aku tak pandai nak wat cam tu, lalu aku pun membalas dengan memberitahu sebenarnya aku sunyi.. Kemudia terus sepi.....
** Aku baca sebuah novel yang tak terfikir bahawa buku itu best. Awal aku baca terus aku berminat, dalam telaan pembacaan aku, aku menagis, aku ketawa mengiakan apa yang tertulis. Aku menangis kerana apa yang tertulis sama dengan apa yang berlaku ke atas diri aku, seolah2 masalah dalam novel itu adalah aku, cuma berbeza sedikit sahaja tetapi motifnyer tetap satu, kecewa, kesunyian, terluka, tak tahu untuk membuat keputusan, confused, n semualah.. walau pun akhir cerita indah tetapi nasib aku, aku pun tak tahu, adakah kebahagiaan ada untuk diriku ataukah aku akan terus begini... Cara penyampaian seolah aku sendiri yang berdialog, antara aku denagn keluarga dan bekas kekasih ku.. Terus aku sms pada cik Diela menyatakan aku sedih, menyatakan buku yang aku baca adalah kisah ku, luahan hati ku yang orang lain boleh sampaikan, yang aku sendiri tak mampu untuk bukukan.. uhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Yahhhh 'Kau Laksana Bulan' sebuah novel dari Aina Emir keluaran Alaf 21. Walaupun tajuknya tak berapa kene dgn kisah ku tapi plot ceritanya sama dalam kamus hidupku. Moga apa yang di kecapi oleh Addrianna mampu aku perolehi jua, walaupun masa itu mungkin terlalu jauh sekali...

**Aku syorkan pada teman2 bacalah buku ini kerana anda pasti akan merasa kesakitan yang aku rasa sehingga kini..
**Umur ku menjangkau 24, sepatutnya pada umur sebegini aku bersosial, aku enjoy dgn hasil titik peluh ku, tetapi pada usia sebegini aku buntu, aku patah, kerana tak mampu utk gembirakan hatiku sendiri. Dulu aku bayangkan alam pekerjaan seronok kerana semua boleh dilakukan dgn wang sendiri, tetapi hakikatnya aku kesunyian dari teman2, dari insan istimewa, sudah tentu aku berasa sedemikian karena aku hanya seorang wanita yang tak boleh lari, tak boleh tepis akan kehadiran perasaan seperti itu, yang inginkan belaian, tempat bermanja, yahhh aku tak pernah rasa kesunyian sebegini.......
**uhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, Ya Allah bantulahhambamu ini.
**Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….


2 comments.. read them below or add one

BlurBlur 26 February, 2008 02:12
semekom,ada org tak?mcm tak da jeee.ni knp sedih2,bila call org yg dirindu.siapa yg bersalah ni,adakah aku,dia,engkau,atau tiada siapa yg bersalah?tp,bukan itu yg aku nak tanya,boleh aku tahu kenapa kau tertido dlm keadaan hanya engkau je yg tahu?Knp aku tak boleh nak tahu?dan kenapa org lain tak boleh nak tahu?Tp,bukan itu yang aku nak tanya sebenarnya.Sebenarnya,sudikah kau mendengar ceta kisah hujung minggu ku?jika kau sudi,sila layari laman web aku di www.layari lah sebentar lagi.klik di sini.kau akan jumpa aku disana.wawawawawawaaaa.GURAU jeee.tak da idea nak komen pun.jd saja2 je usik,boleh kan?PEACE...
B3rrY B3rrY 26 February, 2008 13:12
hye blurrrrr....
tak ada saper yg salah.. hy diri mrk sndiri yang mengerti..
hehhehehe
alar samer lah nie pon duk blurr jugak..
hehehehehhhe
shi fu lama menyepi lah...
tk dgr lg lawak dr dia...
uhhhhhhhhhhhhhhhh
rindu.........

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿