::SELAMAT TINGGAL::

Monday, May 04, 2009

Kau kata padaku

Kau mencintai aku

Sepenuh hati, seluruh jiwa raga

Namun kenapa dibelakangku

Kau melemparkan cerita palsu

Sedangkan di depanku manis belaka?


Kau kata padaku

Kau mencintai aku

Bagaikan pungguk rindukan bulan

Ahhh manisnya kata-katamu bak gula

Namun kenapa dibelakang aku

Kau bercanda dengan dia

Bermesraan ibarat Rumi dan Juli

Adakah kau ingin mencurangiku

Sedangkan di depanku setia lafazmu?


Kau kata padaku

Si dia hanya teman biasa

Tiada yang teristimewa padanya

Tapi akulah satu-satunya kekasih hati

Namun kenapa dibelakang aku

Kau memujinya dan mengejiku

Lagakmu bukan lakonan opera

Tapi sebuah drama sebenar kehidupan

Penuh kecurangan, kepalsuan, pembohongan

Cintamu ibarat kertas

Tidak berharga


Kenapa sayang…

Adakah kerana aku kurang

Dari segi rupa

Dari segi pelajaran

Dari segi harta

Atau kesemuanya?

Adakah kerana itu

kau tak bahagia disampingku??


Sudahlah sayang

Tak perlu kau beritahu aku

Kerana aku sebenarnya sudah tahu

Usahlah berpura-pura sedih

Permainanmu sudah tamat

Tak perlu lagi kau bersandiwara…


Selamat tinggal sayang

Biarlah aku sendiri

Merwat luka di hati

Perasaanku padamu sungguh mendalam

Tak berbohong aku mengakui

Aku masih mencintaimu

Namun pada waktu yang sama

Aku begitu membencimu…


Janganlah kau kembali

Itu hanya menambahkan luka

Pergilah kepada si dia

Untuk kau teruskan permainanmu

Kerana aku bukan boneka

Boleh dipermainkan sesuka hati


Diari cinta kita sudah tamat

Pena ini sudah kehabisan dakwat

Tiada lagi kesinambungan

Tiada lagi penyesalan

Yang tinggal hanya pengajaran

Untuk aku meneruskan kehidupan


Selamat tinggal buatmu

Yang pernah aku panggil kekasih…

Yang pernah aku panggil sayang…

Yang pernah aku panggil pujaan…


Selamat tinggal

Selamat tinggal

Selamat tinggal


Jangan kau kembali lagi…

You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿