Assalammualaikum,

"Maafkan saya jika coretan ini mengganggu situasi awak. Saya tak tahu dimana silapnya perhubungan kita. Adakah salah saya, atau sebaliknya. Inilah yang saya takutkan ketika kita mula-mula menjalinkan perhubungan dulu. Daripada sebagai seorang sahabat, teman mesra dan seterusnya bercinta. Tapi sekarang entah dimana silapnya sekelip mata kau berubah.
Saya tak tahu dimana berakhirnya perhubungan kita? Masih bercinta? Kawan? Sahabat ? atau apa sahaja. Semua jawapan terletak pada tangan awak. Apa salah saya? Sehingga awak berubah sebegini rupa?

Memang dari mula perhubungan kita, saya rasa amat gembira kerana awak terlalu mengambil berat, dan segalanya manis belaka. Malah untuk bekerja saya rasakan amat bersemangat kerana awak berada dekat dengan saya. Tetapi sekarang dah lain. Dah berubah. Kenapa ??????


Tolong! Tolong! ……………. Jelaskan semua kekusutan ini. Adakah awak dah jemu, bosan, boring atau menyampah dengan saya, tolonglah jelaskan. Biarlah hubungan kita jujur. Jujur seperti dulu.
Walau apapun keputusan awak saya tetap terima. Jika keputusannya baik, alhamdulillah. Gembiranya saya. Saya lah orang yang paling gembira. Tetapi jika keputusannya sebaliknya, entahlah, saya pun tak tahu untuk berdepan dengan awak. Tetapi mungkin kita tak akan serapat dahulu, walaupun sekadar teman biasa.

Inilah yang sering bermain di dalam fikiran saya. Inilah masalah yang saya tidak mahu terjadi diantara kita. Tetapi tolonglah, tolong fakir sebaiknya. Siapa saya disisi awak sekarang. Adakah sebagai teman, sahabat,kawan atau KEKASIH.????????????"



hakikatnya ia sudah berakhir.. rayuan yg pernah dilontarkan tidak memberi hasil yg +ve..
kenapa nora masih terasa sakitnya?? hanya sebab bertahun xbercinta sekali terbuka hati ini
ia terjadi lagi... luka yg dulu sembuh seakan kembali berdarah.. ye ini cerita lama cerita yg dh hampir setahun berlalu.. namun kesannya masih dirasai... yahhhh i'm looser.. sekuat mana pon nora laungkan i'm ok i'm epy hakikatnya tidak.. kegembiraan hy biasa2 saja.. senyuman pengubat kelukaan.. tak siapa tahu derita yg dirasa, tekanan yg dialamai... jika dulu perkara ini tidak kisah sgt tapi sekarang ia semakin mengganggu fikiran... memandangkan umur makin menginjak... Tapi cekalka hati think +ve bahawa satu hari nanti pasti ada yg terbaik Allah akan beri pd diri nie... semoga kesabaran yg ada nie akan kekal malah akan dipertingkatkan.. insyaAllah...

huk huk huk sedey2 bulan posa nie.. nak raya yeh yeh yeh nak raya.. now i'm really bz.. ngn keje n persiapan raya.. maklomlah langsir tak siap jahit lagi.. rumah xhabis mengecat lg.. bju abah, bju mak, bju ank2 buah masih lg xcari.. uhhh bilalah ade kesempatan mahu shopping.. huwaaaa...
harap sgt ade mse utk membeli belah... yeh yeh yeh balik kampung ooooo balik kampung oooo balik kampung hati girang...
(tapi now mmg dh dok ngn mak abah nak balik kmpung apanya)

6 Comments

  1. salam...
    wut happen beb?
    huhuhu....

    ReplyDelete
  2. errr... adakah ini cerita betul?

    apa pun, semoga ketabahan n keredhaan hati menguatkan semangat..

    pasti ada kegembiraan yg menanti =)

    ReplyDelete
  3. jgn cedey2..ingt kte still ade famili yg lebih sygkan kte~ :)

    P/S: pas bace entri ni terus follow kamu.

    ReplyDelete
  4. atie:
    mcm biase yunk... fahamkan... uwaaaa T_T

    ReplyDelete
  5. salam kenal..tabahkna hati...ade yang lebih baik menanti..

    ReplyDelete
  6. cayok3...kuatkn dri..tabahkn hati okay^_^

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿