Hidup umpama R.O.D.A

Salam sayang sekalian blogger yang berkunjung di Monolog Tanpa Suara Ini.

Kita sedia maklum hidup kita umpama roda, adakala di atas adakala di bawah. Andai roda itu berhenti di manakah kita?

Lama manakah kita di atas dan lama manakah kita di bawah?
Renungkan dan muhasabah diri.

Apa nora type kan ini hanya untuk meperingati diri nora, tentang sesuatu yang hanya nora rasai.
Nikmat yang diperoleh selama mana kita nikmati dan syukuri.
Sungguh andai itu kehendak Allah apapun alasan ia tetap akan terjadi mahu ataupun tidak kita sebagai hamba akur dan redha untuk menerima.

Ya apa yang terjadi dalam hidup nora, pasang surutnya perjalanan ini
Jatuh bangun terlentang dan perlu bertatih kembali
Ini lah yang nora terpaksa lalui
Akur dengan ketentuan
Redha & pasrah
Sakit?

Sudah pasti kerana ia terasa dari dalam sendi-sendi dan juga saluran darah.
Mengigil untuk bangkit
Pada siapa yang mengerti?
Hanya pada DIA perlu merayu. menangis, memohon
Menginsafi diri akan kekhilafan selama ini
kejahilan diri ini.

Bangkit untuk masa depan
Bangkit demi anak kecil
Puteri kesayangan
Walau hadirnya terlalu awal
Namun itulah tanggungjawab yang harus di pikul
Ya anak kecil itu
Tidak tahu apa-apa
Tidak tahu derita perasaan si ibu
Hanya merasa naluri dari dalam kantungan ibu sehingga 9 bulan
Sehingga lahir anak itu masih tidak mengerti
Demi Tuhan Allah maha pengampun maha pengasih
Berikan hambamu ini kekuatan
untuk berdiri, berjalan memimpin tangan si kecil
Mendidik dan membesarkan
Berikan ketabahan
Hanya untuk kami berdua.


-saat ini aku terpaksa melalui fasa turun naik untuk mencari HAK di mukabumi ini.
-seawal pagi sudah berada di IPD Petaling Jaya.
-syukur selesai untuk Part hari ini.

{ 14 comments.. read them below or add one }

airina airina 10 October, 2012 08:47
Kak,
Moga yang terbaik buat akak & baby ;D

Love always!
Mummy Adriana Mummy Adriana 10 October, 2012 09:43
Cinta abadi hanya pada Allah...DIA selalu ada untuk kita! Allah takkan buat sesuatu tanpa sebab! Semua pasti ada hikmahnya..tak semua orang bernasib baik..tak semua yang happy itu adalah happy pada dasarnya..! :) Good Luck sayang
sop sop 10 October, 2012 16:08
Sentiasa beringat sbb kita x sentiasa berada di atas :)
Buatbest Buatbest 10 October, 2012 16:35
yep betul..hidup bkn selalunya indah2 belaka..
nanieybarnieylurviey nanieybarnieylurviey 10 October, 2012 16:54
setuju!!!
dlm hidup kite xselalu berada kat atas.. :) kdg2 kite di bawah. tp kite bangkit utk berada kt atas kembali. ituylah kehidupan..
hainom OKje hainom OKje 10 October, 2012 17:30
Setuju sesangat....sentiasalah beringat walaupun kita diatas
Aimi Syahirah Aimi Syahirah 11 October, 2012 15:30
Salam. Wah your blog sgt menarik & ohsem! =) Jom join.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html
boni kacak boni kacak 12 October, 2012 12:43
walau apa pun kekhilafan kita dahulu, walau pun kesilapan kita dahulu, itu bukan alasan untuk kita berada di tempat yang sama... manusia tiada yang sempurna, baik dan terbaik.. tetapi kekhilafan itu akan membantu kita menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini..yang penting kita belajar daripada kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.manfaatkan kesilapan dan kekhilafan kita dahulu dengan menjadikan ia iktibar dan pengajaran untuk diri kita.. InsyaAllah....kekhilafan dan kesialapan adalah guru yang terbaik di dalam kehidupan kita..jika kita berusaha sedaya upaya ke arah kebaikan, kita mungkin akan jadi lebih baik daripada orang lain. cuma jangan diulangi kesilapan yang sama.. dan, Allah juga Maha pengampun. Sentiasa letak Dia di dalam hati kita.. InsyaAllah kehidupan kita akan lebih bersinar selepas itu.. saya juga pernah melakukan kesilapan..yang sangat teruk..begitu juga orang lain..jadi, sama2 kita berusaha menjadi lebih baik daripada semalam.. :)
B.u.n.g.a.O.r.k.i.d.z B.u.n.g.a.O.r.k.i.d.z 12 October, 2012 12:54
mummy adriana :
terima kasih mummy. yupsss DIA ade utk sy meneruskan kehidupan :)

sop :
yupssss kita xslalu di atas :)

nanieybarnieylurviey :
yupssss inilah kehidupan kan :)

boni kacak :
terima kasih bro dgn kata2 yg diberi. yupsss bile sedar itu ada maka kite berusaha utk yg terbaik. Moga Allah memberi kekuatan utk meneruskan kehidupan :)

aku HaniAsyira aku HaniAsyira 12 October, 2012 21:04
esok lusa mana tahu ada bahagia kan.. kalau bukan kat sini kat sana kelak.. =)

senyum2.. baru cantik macam tuh.. hee~~
Ayie Abas Ayie Abas 15 October, 2012 11:13
itulah resam kehidupan nora...ada kala di atas adakalanya pula kita berada di bawah.

apapun yg penting jgn rasa keseorangan dlm menghadapi saat2 di bawah itu..kerana masih ramai yg menyayangi awk
Alin Marlini Alin Marlini 16 October, 2012 10:12
betul tu...adakala kita diatas adakala kita dibawah...

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿