T.E.R.U.J.A

Wednesday, October 31, 2012

Salam sayang blogger sekalian.. Muacsssss

Macam mana sambutan AidilAdha baru2 nie? Mesti seronok dan meriah kan.
Bagi nora syukur kegembiraan tu dpt dirasai apa tak nye sebab nora dpt luangkan masa bersama my baby zarra.

Ok, dikesempatan itu nora yang teruja untuk Homemade Solid Food utk zarra akhirnya berjaya jugak buat.
Akhirnya dapat laksanakan apa yang nora pelajari dan mencari menu yg sesuai untuk zarra.

Nora banyak belajar dari forum dan group mommies yang ada dan dpt jugak dari laman web yang sedia ada juga nora pelajari dari buku khas utk makanan baby.

Hari ini zarra dah berumur 10 Bulan 1 Hari. Love u zarra.. Dalam keterujaan terselit rasa sedih sebab nora lambat utk bertindak menyediakan makanan yang berkhasiat utk zarra.. Tapi bukan bermakna sebelum ni nora xsediakan makanan terbaik utk dia tapi kurang keperihatinan.

So kat bawah nie nak share sket menu yg nora buat mase cuti baru2 nie.

Stock untuk seminggu :

Brokoli di potong2 dan direbus sehingga lembut kemudian di blend menjadi puree. Simpan kt peti sejuk (freezer)

Lobak merah dan potato di potong dadu kemudian direbus sehingga lembut dan di blend menjadi puree. Simpan kat peti sejuk (freezer)

Rebus tulang ayam dan ikan bilis untuk dijadikan stok. Rebus atau mereneh sehingga pekat paling lama 1 jam. Tapis dan air itu di simpan di dalam peti sejuk.

 Brokoli (Puree)

Menu :

Bubur+Vegie+Ayam+Susu

3/4 beras (dibasuh bersih)
1 ulas bawang putih (dipotong dadu or di chop)
Sedikit Butter untuk menumis
Sayur campuran (lobak/kacang pis/jagung)
Dada ayam (dipotong dadu or dicarik2 dan dibasuh bersih)
Sedikit susu ibu / susu formula (yang baby minum bkn mommy minum ok)

Panaskan periuk dan cairkan butter tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan beras dan dada ayam bersama air yang secukupnya. Masak hingga nasi menjadi bubur kemudian masukkan sayur campuran. Bila dikacau2 bahan tadi didapati akan hancur. Masa nak bagi baby makan baru campur kan bancuhan susu.



Bubur+Brokoli+Jagung Manis+Cheese

Ambil sesudu nasi yang kita dh masak
Brokoli yang telah menjadi puree
Sesudu jangung manis (di stim)

Masukkan semua bahan di dalam periuk. Kacau2 sebati kemudian masukkan jagung yg dah di stim dan kacau. Last sekali masa untuk dihidangkan campurkan sedikit cheesedale. Mase nak bg kat baby jagung tu dilenyek2 kan ye :D


Jagung nampak kasar tapi lembut jadi sebelum suap pastikan lenyek2 jagung tu dulu ye. Kalo x nnti poo poo dia kuar jagung :D

 ok kat sini ada sikit gambar buat tatapan :D


 inilah soft book Twinkle Bedtime untuk zarra


susut badan zarra kan sebab zarra asyik tak sihat selesema & batuk. Hope vitamin Appeton Infant Drop danJus delima dapat membantu zarra cepat sembuh.

You Might Also Like

10 ♥sweetcream♥

  1. best kan masak utk anak? my baby dh 1yr, lg banyak main dr makan...op! nak komen, cheese elok bg yg jenis buku mcm bega. cheesedale masin sgt utk baby...just sharing!

    ReplyDelete
  2. akak cha pun buat macam tu.. berbekas dalam peti..kehkeh..carrot, brokoli, ubi. penuh..

    ReplyDelete
  3. YanaHime:
    yupsss best sgt2 sy rugi sbb lambat mulakan. kalo sy tau keseronokan awl2 lg sy dh blajar. :d now sy ajar kt my mom bcoz dia yg jge ank sy :D
    ouch ye ke ermm thanks ur info eh next time sy xbg cheese dale lg :D

    ReplyDelete
  4. LoveBug:
    haaaaaaaa :o
    cha pon bt utk baby cha ke?
    heheheheh umo baby cha bpe?
    ermmm bekas yg cha gune tu same mcm bekas akk gune or bekas khas yg ade BPA?

    ReplyDelete
  5. Wahh...sy yg da besar ni pon terliur tengok makanan baby zarra.zarra super comel.menarikla buku bedtime story versi kain tu.boleh beli utk anak buah ni.mane nk cari ye?

    ReplyDelete
  6. alaaa my anak dara ni susah betul nak makan! kalo buat bubur tu maknanya mummy yang kena makan...last2 mummy yg gemok :P

    ReplyDelete
  7. resepi tuh...saya plak yang terliur...

    ReplyDelete
  8. nak blaja jgk r...sbab tak lama g krole da jd ayah hihihi~

    ReplyDelete
  9. salam sayang kat blogger tu..hehe

    saya dah update :)

    ReplyDelete
  10. http://wanwidget.com/

    wah boleh jadi ibu terbaik nih

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿