Movie Day Out : [Preview Screening] Filem Animasi SuperSquad




Salam sayang ols...


Alhamdulillah akhirnya berjaya untuk update entry tentang movie day out bersama Bloggers & Keluarga..


Haaaa meriah olssss.. Macam tak percaya sangat happening. Terutama nora rasa seronok sangat sebab tambah kenalan antara blogger. Wieeeeee


Ok jom baca..

Tayangan Perdana Khas Bersama Blogger bagi Filem Animasi SuperSquad

Tarikh : 17 Mei 2014
Tempat : Cathay Cineplex, e@Curve Damansara
Anjuran : Bro Framestone & NetCarbon Sdn. Bhd


Sabtu (17.05.2014) nora diberi kelapangan join preview screening utk filem animasi melayu. Terima kasih Bro Framestone sebab invite nora dan rakan-rakan join event ni. Seperti yang kita ketahui asal sebut filem animasi melayu hanya famous Upin-Ipin saja. Tapi sekarang kita juga mampu mengorak langkah dan bersaing secara sihat. Oleh itu makin banyak anak tempatan menghasil filem animasi.

Supersquad merupakan filem animasi melayu hasil daripada anak tempatan. Sudah pastinya suatu hari nanti filem animasi Supersquad menjadi kegilaan ramai terutama bagi kanak-kanak. Maka akan tercetus satu lagi fenomena animasi melayu selain dari Upin Ipin & Boboiboy iaitu SuperSquad.


Sinopsis :

Animasi Super Squad berkisahkan tentang ketabahan dan kecekalan sekumpulan 5 adiwira muda iaitu Kapten Danny, Elly, Blinq, Sasha dan Alan yang berjuang untuk mempertahankan negara dan planet bumi daripada serangan armada makhluk asing dan sekaligus untuk menyelamatkan bapa mereka. 


Kisah Supersquad The Movie bermula sekitar tahun 2413 yang mana Supersquad merentas masa ke tahun 2013 apabila sebuah armada makhluk asing menyerang bumi. Walaupun pasukan tentera bumi yang diketuai Laksamana Aaron pada mulanya berjaya menumpaskan armada itu, namun ratu makhluk asing sudah menukar taktik dengan membuka portal ke zaman kini menyebabkan pasukan tentera bumi dihapuskan oleh tsunami masa. Pasukan Supersquad berjaya merentas masa ke tahun 2013 sebelum sempat dimusnahkan oleh tsunami masa. 


Pada zaman kini, mereka terhempas di pinggir sebuah kampung dan terpaksa menyamar sebagai sebuah kumpulan rock kapak yang tersesat ke kampung sambil menunggu kapal dibaiki oleh robot mereka. Di sini, Supersquad berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah mereka jangka iaitu hidup cara kampung. Supersquad bertemu dengan Mat yang menceritakan kepada mereka mengenai satu ramalan purbakala empayar Nagasakti iaitu apabila langit menjadi hitam, makhluk dari kegelapan angkasa akan memusnahkan bumi.

Pada masa sama, ratu makhluk asing membuat persiapan terakhir untuk menetaskan berjutajuta telur yang mengandungi askarnya. Apabila Mat diculik oleh makhluk asing, Supersquad bergegas ke KLCC dan menyaksikan kapal induk makhluk asing sedang turun dari langit. Apakah kaitan Mat dengan ramalan purba itu? Dapatkah Supersquad menyelamatkan bumi dan ayah mereka daripada kemusnahan makhluk terbabit? Saksikan filem animasi ini kelak untuk mengetahui kesudahannya.



Ramai-ramai terjah pawagam untuk saksiakan Filem Animasi Supersquad pada 5 Jun 2014 ini. Jangan lepaskan peluang sempena cuti sekolah ini.


Antara artis yang terlibat menyumbangkan suara dalam Filem Animasi Supersquad adalah Aaron Aziz (Laksamana Aaron), Dafi (Kapten Danny) dan Diana Danielle (Elly) sebagai pelakon utama.

Selain daripada itu, turut terlibat adalah Radhi Khalid (Blinq), Marina Tan (Alan), Elza Irdalyna (Sasha), Amran Ismail (Mat &Dragon Lord), Megat Shahrizal (Zeeboz, Maya Arissa(Ratu).
















p:s/
Terima kasih pada Mummy Sue
sebab sudi teman ummi dan menjoinkan diri dalam majlis ni.

3 comments.. read them below or add one

Atikah Sismoon Atikah Sismoon 28 May, 2014 14:40
Always be with u umi..... Next time kalo ad preview movie lg jgn segan ajak kami lg yeeee :-)
Nora Nasran Nora Nasran 29 May, 2014 11:07
Bereh tikah...
same2 lah kite kan..
tikah pn de preview pape jgn lupe ummi.
ekekkekekeke
Mahamahu Mahamahu 30 May, 2014 16:56
Best ker movie tu tak sempat nak tgk hari tu hehehe..

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿