Dugaan saat ingin berbuka

Salam 11 Ramadhan...

Dah lama nora tidak share ceritera kehidupan.

Dugaan untuk hari ini di mana sangat memerlukan kesabaran buat diri ni.
Dalam keadaan kelam kabut memasak di dapur anak dara nora juga nak turut serta.

Biasalah bila sel otak mula berkembang lagaknya seperti orang dewasa. Dia juga nak tolong kupas bawang dan tumbuk bawang.

Dalam hati lega alhamdulillah...

Hilang sabar bila dia menangis nak guna pisau untuk kupas bawang. Hulurnya pisau mainan pandai pulak memilih menangis menjerit2 habis dilambakkan bawang. Puas ditegah.. Mana tahan telinga dengar suara teriak. Pantas nora hulur pisau yg slalu untuk potong steak or chicken chop.

Ok done dia leka bermain dan sudah dipesan hati2 pisau tajam. OK jawabnya.

Tung tang tung tang. Siapkan juadah.
Tetiba zarra menjerit sakit. Sekali tengok masyaAllah menitik2 darah.. Cepat2 angkat dia ke bilik air...

Bila dh basuh dan tekap guna tisu dia menangis sambil berkata
"ummi salah zarra..
Zarra sakit..
Ummi darah"
Nak marah melampau2 bulan puasa. Jadi cepat2 sapukan minyak dan balut dengan handplaste.

Osah eh merengek nak suruh ummi duduk. Mujur lah kuih buah melaka done kuah mee hailam done. Tinggal nak celur mee je.

Sangat menguji kesabaran untuk besarkan insan kecil ini. Walau agak sukar namun perlu ku gagahi juga demi menjaga amanah Allah ini.

Moga Allah sentiasa memberi kesabaran dalam diri nora untuk membesarkan anak kecil ini sendirian..

2 comments.. read them below or add one

Sue Sopian Sue Sopian 10 July, 2014 07:40
Ummi..

next time jgn kasi zarra main pisau lg.. biar la dia menangis..jgn kita yg menangis kemudian.. huhu..

sabar eh ummi.. zarra sedang membesar.. mmg memerlukan kesabaran..
yatiadam yatiadam 10 July, 2014 16:36
Anak2 tenga ligat membesar... sabar yr...
Jemput ke blog yati.

www.yatiadam.com

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿