Bila Anak Mengamuk (Tantrum)

Salam Sayang....

Di sini nora nak kongsi tentang anak yang mengalami Tantrum. Tapi sebelum tu meh baca kisah nora dahulu..


Sumber : Mrs. Google

Hari ini pagi ini nora terpaksa berhadapan dengan perangai zarra yang sangat-sangat mencabar kesabaran nora.

Bermula pada malam lagi zarra dah menunjukkan tanda-tanda protes dan mood dia yang nampak tak ok. Macam biasa nora akan layan kerenah dia selepas balik kerja. Tonton tv rancangan kegemaran dia Upin dan Ipin then akan bermain dengan dia seketika sebelum nora memulakan kerja-kerja rumah.

Tetapi malam tadi serba tak kena. Sekejap nak makan, sekejap nak mandi, sekejap nak susu. Zarra tahu mengarah dan bila nora tidak melayan dia akan menangis. So memang stress juga di buatnya sebab kita pun ada kerja juga nak dibuat.

Bila dah slowtalk dengan dia terangkan ummi nak mandi, nak masak, nak kemas, nak sidai baju dia diam. Tapi bila nora bangkit untuk beredar dia mula lagi. Menjerit-jerit suruh nora duduk sama-sama dengan dia, menjerit kata tak payah mandi tak payah masak. Ya Allah hilang sabar rasanya.

Maka dengan tanda protes dia mula menyelongkar barang mainan dan minta benda yang ummi pun tak tahu di mana. Minta bateri, minta baju anak patung dan macam-macam lagi. Masalanya semua permainan dia dah berterabur dan tidak di nafikan memang banyak nora buang. Sebab semak rimas dengan main yang kecil-kecil.

Habis mainan di terlambankkan oleh zarra. Mengamuk menangis. Lama nak ambil hati dia nak pujuk dia, dan sesekali nora memang tinggikan suara, memang naik juga tangan. Seriusly ini memberi tekanan pada nora.



Bila zarra tidur, nora usap dia, minta maaf dengan dia and respon dapat respon dari dia. Peluk dan rapatkan badan dengan nora. Sayu pula hati ini. Tetapi ummi terpaksa juga untuk tegas di depan zarra. Dan pagi tadi dia sambung lagi buat perangai. Menangis tak bagi mandi, suruh tidur dan suruh pakai baju tidur semula. Sedangkan waktu itu nora dah kelam kabut untuk bersiap ke sekolah.

Puas memujuk si zarra dan terpaksa dukung sampai ke parking kereta. Dalam kereta pujuk dengan cerita upin ipin dan bila sampai rumah pengasuh zarra buat hal lagi. Dia mula tak nak turun dan menangis. Bila dukung dia peluk bukan kuat tidak mahu beralih tangan kepada mama (pengasuh). Dengan berat hati lepaskan juga walaupun masa tu zarra tengah sedu sedan.



Ok untuk pengetahun korang nora ada baca beberapa blog berkenaan cara hadapi anak tantrum. Dan nora nak berkongsi maklumat ini dari blog Mama Safura.


Sumber : Mr. Google

Punca Anak Mengamuk :


  • Anak keliru tentang apa kehendak dan kemahuannya dan tidak memahami apa yang diterangkan oleh ibu bapa.
  • Anak berasa kecewa bila permintaan/kehendak/percakapan tidak diketahui/tidak ditunaikan oleh ibu bapa
  • Anak mingkin tidak cukup tidur / rehat
  • Anak mungkin tidak sihat
  • Anak mungkin berasa tertekan dengan keadaan sekeliling ataupun perubahan persekitaran
  • Anak mahu perhatian yang lebih
  • Anak tidak mampu melakukan perkara yang ingin dilakukannya
Terdapat banyak lagi punca anak mengamuk. Seringkali terjadi bila di pasaraya dan nora seringkali berhadapan perkara yang sama kerana zarra bukan seorang budak or anak yang reti duduk diam sebaliknya dia seorang yang suka explore semua perkara.

Bagaimana Hadapi Anak yang Tantrum :

Bila anak mengamuk penting untuk ibu bapa bertenang dan mengawal kemarahan. Menjerit atau memukulnya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Ini akan mengakibatkan anak menjadi pendendam dan tidak mendengar kata. Apa yang lebih baik sebagai ibu bapa perlu lebih beralah dan biar senyap seketika kerana ia akan membuatkan anak anda reda dan diam dari menarik perhatian anda.


  • Alih perhatiannya 
  • Dakapnya, belai rambutnya, tenangkan dia
  • Jangan marah sebaliknya cuba bertenang dan senyum 
  • Fahami punca si kecik mengamuk

Tiada cara atau kaedah mengelak anak mengamuk tetapi masalah ini boleh ditangani dengan menggalakkan sikap positif kepada anak.


  • Konsisten – Adakan rutin harian yang tetap bagi memudahkan jangkaan anak seperti waktu tidur mengikut waktu ditetapkan.


  • Buat perancangan awal – Jika perlu membeli-belah barangan keperluan, lakukan seawal mungkin iaitu pada waktu pagi ketika anak tidak lapar atau keletihan. Bawa sekali bekalan snek atau permainan untuk anak jika ada kemungkinan anda perlu beratur panjang.


  • Kreatif – Galakkan anak anda bercakap. Jika dia masih belum boleh bertutur, gunakan kreativiti anda dengan mengajarnya bahasa isyarat ringkas dan mudah difahami bagi merujuk perkataan seperti ‘Saya Mahu’, ‘Cukup’, ‘Sakit’ dan ‘Penat’. Lebih mudah komunikasi anda dan anak, lebih kurang anda berdepan masalah anak mengamuk.


  • Buat pilihan – Benarkan anak kecil membuat pilihan bagi membolehkannya berasakan dia juga boleh memilih. Ini seperti menyuruhnya memilih antara baju warna putih atau biru, jenis buah-buahan yang diingininya atau mainan pilihan.


  • Beri pujian – Pujilah anak anda jika dia berkelakuan baik seperti berkongsi mainan, patuh dan mendengar arahan.

  • Bila Zarra mengamuk dia akan tunjuk protes dengan memanjat atau menendang



    Dan diharapkan dengan adanya perkongsian sebegini kita dapat menangani masalah yang di hadapi...


    { 7 comments.. read them below or add one }

    el el 15 October, 2014 16:48
    ooo ni dinamakan tantrum eh..baru k.el tau..setahu k.el..k.el igtkan kategori hyper

    susah jugak nak handle kanak2 tantrum ni eh..tambah2 kalau berlaku kat luar..huhu

    tp dah ada tips2 mcm ni hope ummi nora dpt tangani zara ngan sebaiknya..alo comey2 zara xmau xmau gitu ngan ummi k :)

    Ummi Zarra Ummi Zarra 16 October, 2014 15:52
    el:
    Same2 lah kita sharing kak. hehehe sy pn baru tau..
    hope sy bleh tangani mslh zarra ni.. heheh tq kak..
    Rosmiza Ali Rosmiza Ali 16 October, 2014 22:54
    Aduh, pening jugak kepala bila anak bertantrum ni.. Kena banyak sabar.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™
    Hanim Hashim Hanim Hashim 17 October, 2014 08:19
    hohoho nak meredakan tantrum anak kecil bukan mudah...kena ada 'seni' baru menjadi.

    Sekarang ni pun anim berhadapan dengan tantrum anak walaupun mereka dah besar, memang kena banyak bersabar ... walau kadang rasa nak meletop! hehe :)
    Ummi Zarra Ummi Zarra 17 October, 2014 08:27
    Rosmiza Ali:
    Yupsss betul betul betul kena banyak bersabar... sob sob sob
    Ummi Zarra Ummi Zarra 17 October, 2014 08:28
    Hanim Hashim:
    Waaahhhh tau xpe memang perlu ade seni untuk hadapi anak tantrum ni...
    Tapi kadang-kadang tak terikut pun step yg diberi.. Terlepas juga kemarahan..

    ✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
    ✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
    Muacssssssss!!!✿