Di Sangka Jinak Rupanya

Wednesday, October 08, 2014

Salam Sayang...

Lambat sungguh nora update entri kan. Haaa jangan marah naaa..

Pada minggu lalu sebelum Hari Raya Aidil Adha, nora dan zarra tidak kemana-kemana seperti selalu.

Selalunya asal hujung minggu nora akan ke Seremban. Wahhh jauhkan mengisi hujung minggu nora.

Maka pada minggu berkenaan nora penuhi permintaan zarra untuk ke taman. Sebenarnya pada awalnya nora ajak zarra ke Taman Tun Dr Ismail untuk pergi ke Maxis Centre. Rupanyabdalam fikiran zarra taman tun is taman permainan. Memang nak tergelak rasanya.

Puaslah dia merengek cakap nak ke taman tun. bila slowly nora terangkan dia masih blur. Bagi memenuhi permintaan zarra nora sekadar bawa dia ke Lake Garden di Taman Tun Dr Ismail 2.

Tengahari panas terik hokeh. So korang bayangkan macam mana keadaannya. Mujurlah kawasan tu redup dan ada pokok yang banyak.

Ini pertama kali nora ke sini. Bila syok jalan dengam zarra ada segerombolan monyet. Kami ingat monyet yang tu jinak. Jadi zarra excited tengok monyet secara dekat.

tapi

tapi

tapi

tapi

Tak sangka pula monyet tu hampir terkam ke arah zarra. Bila nora nampak monyet tu dah mula berbunyi dan menunjukkan gigi cepat-cepat nora dukung zarra nak bawa lari. Dalam hati hanya Allah yang tahu.

Dalam cuba untuk melarikan diri rupanya monyet tu masih mengejar kami. Dalam hati berdoa moga kami tidak di apa-apakan.. Bila sudah jauh dari situ baru lega dan kami terus ke kawasan permainan zarra.

Rupanya seronok juga lepak kat sini. Kawasan yang redup dan nyaman rasanya...

So next time nak bawa zarra jogging di sini..

Gambar ini tiada kaitan dengam cerita di atas.
Harap maklum.. ^_^


You Might Also Like

8 ♥sweetcream♥

  1. Bahayanya.. Nasib baik tak diterkamnya si zarra.. Agaknya diorang lapar tu kot.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. Ha'a kot. Sebab masa tu tengahari and mmg monyet2 tu tengah racik2 kertas. Kelaparan maybe...

    Cuak gilerrrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdua aje ke? Lenkali ajak omak skali na...

      Delete
  3. hati2 dgn monyet. nampak jinak tapi ganas. kalau kita terkejut, dia terkejut pastu dia serang kita.

    ReplyDelete
  4. sari:
    Iyooo omak berduo je ha. hehehhe

    ReplyDelete
  5. zulhilmitempoyak:
    Tu lah Alhamdulillah sangat tak ada yg jadi lebih teruk..

    ReplyDelete
  6. joehaz:
    Haaa betul betul betul.. sebenarnya zarra dah mengejutkan monyet2 tu so mmg automatik monyet tu nk serang zarra.. scary sgt masa tu..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿