Imaginasi

Salam Sayang...

Selamat petang. Sejak akhir-akhir ini musim tengkujuh hujan setiap petang. Hari ni hari jumaat maka time rehat tadi nora pergi ke tesco sekejap sebab teman cikgu zamna cari barang.

Dalam masa tu sempat juga nora ambil plastic box RM10.90 size 455*355*310. Sebabnya nora rasa sangat perlu memandangkan permainan zarra dah banyak dan dan yang penting tak sanggup nak kutip dan susun mengikut tray pada rak princess zarra...

Sebenarnya dah banyak permainan zarra nora masukkan dalam plastik kononnya nak buang bila zarra tak mahu mengemas. Makanya plastik sampah jalan penyelesaian. So bila dah ada box ni senang semua sumbat dalam box ni je. Ruang pun menjadi luas.

Sampai rumah layan zarra tengok tv sambil masukkn permainan dia ke dalam box. Ummi leka main hp boleh pula zarra angkat basikal letak atas box. Kononnya zarra nak betulkan tayar. Katanya lah...
So memang sometime rasa lucu sebab zarra selalu bercakap sendiri dia lah empunya barang dia lah kawan. Heheheh kesian anak ummi.

So sekarang ni rak princess dah keliar dari permainan set masakan, doh, dan lain-lain. Tinggal nak clearkan box buku-buku pula.



Layankan saja apa yang anak dara ni nak buat...

2 comments.. read them below or add one

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿