Pisang Goreng Cheese

Salam Sayang...

Sudah menjadi bualan di kalangan rakan-rakan di facebook mahupun di mana saja.

Terkeliur masa mula-mula nampak di facbook. Mula berfikir bagaimana rasa dan keadaan pisang goreng cheese yang meletop sekarang ni kan. Sedapkah, rasa apakah.. Maklumlah nora ni peminat cheese..

So hari ni cuti deepavali nora dan zarra ke rumah abang di Hulu Langat. Itupun sebab bangun pagi zarra merengek ajak pergi jumpa uncle. Huhhh apa ingat asal cuti sahaja mesti jumpa uncle ke zarra. Puas pujuk kata uncle kerja nanti uncle balik boleh jumpa. Sedia maklum bahawasanya zarra bukan faham bila ummi said tak boleh and bla bla bla bla....

So bila dia dah reda menangis dan merengek dia sendiri ajak ke rumah kakak, rumah abang, rumah ayah, rumah ibu. So anak punya pasal ummi pun bersiaplah.

Bila tiba di sana macam biasa zarra akan bermain bersama cousin dia. Bergaduh, memgamuk, bersuka ria tu dah semestinya berlaku.

Dalam tengahari akak ipar ajak nora ke Nanding untuk mencari barang. Lalu saja di kawasan deretan kedai mata terus ternampak gerai Pisang Goreng Cheese.

Serta merta nora berhentikan kereta. Masa tu hujan turun dengan lebatnya. Gigih nak juga beli dan rasa pisang goreng cheese ni. Ada banyak pilihan pisang goreng cheese original, add coklat, add oreo, add brown sugar, add coklat rise dan banyak lagi kot. Tak pula nora snap gambar sebabnya keterujaan itu melampaui segalanya.

So nora pilih yang original nak rasa kesedapannya..
Bila masuk mulut panas-panas perghhhhhh memang sedap rasa manis pisang, rangup pisang, manis susu dan lemak masin cheese yang di parut..

Tak cukup satu otw balik kami beli lagi...

3 comments.. read them below or add one

Maya Maya 24 October, 2014 12:31
Fevret saya juga...Tapi kalau yang kt kl/selangor punya mmg xsesedap yang kt sabah punya. Setahu saya, asalnya dari sana.

http://prettilyrare.blogspot.com/
Ummi Zarra Ummi Zarra 24 October, 2014 12:34
Maya:
Uitsss really???
Mungkin jenis pisang yang digunakan dan kerangupan pisang itu yang membezakan rasanya sedap or tidak kan.. hehehe

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿