Cuti hujung minggu baru-baru ini nora balik ke kampung. Wahhh rindu sangat sebab sebulan lebih nora tak balik sejak Aidilfitri hari tu.

Balik kampung kali ni saja nora masakkan untuk family. Nora plan nak buat ayam bakar. Sebab senang guna sahaja bahan yang ada dan campak-campak. Bukan ayam bakar golek madu tu ye, ni ayam bakar/grill resepi sendiri. Mak pula beri cadangan lumurkan ayam tu dengan rempah ratus dari Mak Siti. So bersemangat nora untuk mencuba resepi ni dan makan bersama keluarga.

Antara Rempah Ratus Mak SIti

Kalau korang nak tahu, Mak Siti adalah jenama serbuk rempah ratus yang terdiri daripada Rempah Kari Daging, Rempah Kari Ikan, Rempah Kurma, Rempah Rendang, Rempah Daging Masak Kicap, Rempah Ikan Masak Kicap, Rempah Makanan Laut dan Rempah Sup Kepala Ikan. Mak Siti adalah Jenama Islam yang diusahakan oleh Syarikat Nasuha Enterprise Sdn. Bhd yang berpengkalan di Muar, Johor Bharu

Haaa ini merupakan produk anak tempatan orang melayu yang beragama islam. Sebenarnya rempah Mak Siti ni dah lama berada di pasaran cuma kurang mendapat perhatian pengguna mungkin disebabkan marketing kurang terutama tiada iklan-iklan besar di adakan. Dan kalau korang nak tahu, sebenarnya mak nora ada menggunakan rempah Mak Siti ni, seperti Sup Kari Kepala Ikan, Sup Soto dan Serbuk Kunyit. Kebiasaannya mak guna yang ini. Rupa-rupanya banyak lagi rempah keluaran Mak Siti.

Gebus Ayam untuk di bakar


Bahan-bahan seperti di bawah :

Sebelah ayam
Bawang Besar (Belah 4)
Bawang putih (Potong dadu-dadu)
Kicap Pekat
Kicap Manis
Rempah Soto Mak Siti
Sos Tiram
Sos Black Pepper
Perasa
Mangga (add on suka hati saja nora letak)
Lobak (potong ikut suka)
Kentang
Black Pepper
Herbs

Cara-cara :

Ayam basuh dengan bersih, lumurkan ayam dengan segala bahan. Terutama Rempah Soto Mak Siti, lumurkan di setiap celah ayam tu ye. Macam nora, nora suka black pepper lebih so, sos black pepper tu mmg banyak nora bubuh. Agak-agak citarasa korang je.

Letak ayam bersama bahan tadi ke dalam bekas pembakar, tabur kan lobak, mangga dan kentang. Pastikan bahan tidak kering, macam nora akan tambah sedikit air. Haaaa jangan lupa bahan perasa ok.

Bakar ke dalam oven dengan suhu 180 selama 1 jam @ sehingga masak.

Ini adalah rupa sebelum masuk dalam oven.
Ermmm bau aroma tu je dah buat perut rasa lapar. Zarra pula tak sabar nak makan.

Sorry gambar keluar dari oven tak sempat nak snap. Ralit makan tak ingat kiri kanan. Abah paling suka meratah, abah kata terasa rempah ratus SOTO dari Mak Siti.

Rupa-rupanya rempah Mak Siti dah lama berada di pasaran dan mak nora selalu juga gunakannya sebagai bahan memasak.

Mana nak dapatkan Rempah Ratus Mak Siti???

Korang boleh beli online.

FB : https://www.facebook.com/rempahratusmaksiti/

IG : @restoranrempahkarimaksiti

Website : http://maksiti.com/

Selain itu, korang boleh beli di pasar raya seperti Tesco, Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo, CS Brother dan kedai-kedai runcit yang berhampiran kawasan anda.





7 Comments

  1. Sedapnya masakan ni mesti selera. Nak cuba lah nanti hehehe TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba je maha. hehehee kadang nora lumurkan ayam dengan perencah nasi goreng jerk.

      Delete
  2. sedap nampak.. kalau bakar guna pemanggang ajaib boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh... Nora bakar tapi tak kering, sbb nora suka ada kuah² sikit...

      Delete
    2. Boleh boleh... Nora bakar tapi tak kering, sbb nora suka ada kuah² sikit...

      Delete
  3. Kat mana nak cari rempah ni semua eh Nora?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat kedai² runcit banyak kak. Dekat pasaraya mcm tesco pun ada.

      Delete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿