بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Drama Lara Cinta Ameena - Gambar Kredit Myinfotaip
Baru-baru ini nora sering mendengar lagu-lagu cinta di radio. Berkenan sangat lagu Segalanya dari Haqiem Ruslee. Jenuh mencari akhirnya temui juga siapa empunya lagu ini. Haaa rupa-rupanya lagu Segalanya merupakan OST bagi drama Lara Cinta Ameena.

Drama Lara Cinta Ameena merupakan episod drama terbaru slot Samarinda TV3 bermula 30 November 2016 yang lalu. Drama Lara Cinta Ameena adalah terbitan Tanah Beris Film Production yang diarahkan oleh Suahaimi Lua Abdullah.

Pelakon Drama Lara Cinta Amneena menggandingkan Tiz Zaqyah dan Raja Afiq sebagai pelakon utama serta dibarisi pelakon-pelakon seperti Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq dan ramai lagi.

SINOPSIS DRAMA LARA CINTA AMEENA

Kisah konflik rumahtangga Radhuan (Raja Afiq) dan Ameena (Tiz Zaqyah) disebabkan tentangan daripada Puan Kirana (Fazlina Ahmad Daud) yang merupakan ibu kepada Radhuan. Ikuti kisah cinta Radhuan dan Ameena yang sering diuji sehingga Ameena membawa hati yang lara.



SEGALANYA - Haqiem Ruslee

Hampir Pernah Ku Cuba Sesali
Kerna Telah Memberikan Segalanya
Siapakah Diriku Sebenarnya Di Hatimu

Atau Sekadar Sandaranmu

Saat Ku Mulai Menyedari
Perasaan Ku Tak Pernah Dipeduli
Salahkah Diriku Mengemis Cinta Darimu
Apa Ku Tak Punya Harga

Segala Apa Yang Telah Ku Berikan
Masih Lagi Tak Memadai
Hampir Ku Tersungkur Menuntut Janji
Dari Mu

Saat Ku Mulai Menyedari
Perasaan Ku Tak Pernah Dipeduli
Salahkah Diriku Mengemis Cinta Darimu
Apa Ku Tak Punya Harga


1 Comments

  1. OST cerita nih best.. hee~ walaupun budak kecik yang nyanyi.. adoi lahai !!

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿