بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 


Sekarang ni tengah viral Kuih Keria Gula Melaka di media sosial. Bila dah viral mestilah semua orang nak mencuba sama ada mencari beli dah siap ataupun berusaha untuk buat sendiri kuih viral ni.

Sementara bercuti di kampung ni, nora pun ajak mak buat resepi viral kuih keria gula melaka. Bahan-bahan memang sedia ada di rumah mak cuma perlu beli keledek sahaja.

So dengan semangatnya nora pun tanya mak macam mana nak buat keria. Hehehe bukanlah tak tahu langsung tapi memandangkan dah lama tak buat kuih muih banyaklah yang lupa. Tapi dalam masa yang sama nora guna resepi dari blog rakan blogger nora iaitu Julia Johari.


RESEPI VIRAL KUIH KERIA GULA MELAKA PALING MUDAH

Bahan-bahan kuih:

Ubi Keledek
Tepung Gandum
Tepung Ubi
Sedikit Garam

Bahan-bahan sira:

Gula Melaka/Gula Merah
Gula Pasir
Sedikit Air


Cara-cara:

Rebus ubi keledek sampai empuk kemudian lenyek-lenyekkan sampai lembut. Biarkan sejuk seketika. Bila dah sejuk masukkan tepung gandum dan ubi keledek yang telah dilenyek tadi bersekali dengan garam. Uli sampai sebati. Pastikan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.


Bulat-bulatkan seperti kuih donat. Macam biasa masa nak bulat-bulatkan memang tangan dan bekas dah di tabur tepung bagi mengelakkan kuih keria melekat.

Goreng kuih keria ke dalam minyak panas.

Untuk Sira:

Masukkan gula melaka/gula merah, gula pasir dan air ke dalam kuali. Masak sehingga gula cair dan likat.


Akhir sekali apabila gula dah likat masukkan terus kuih keria yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Kemudian boleh dihidangkan untuk santapan seisi keluarga sebagai minum petang ataupun sarapan pagi.


Taraaaaaa.... siap sudah KUIH KERIA GULA MELAKA.

Jemput makan. om nom nom nom

0 Comments