BUANG LEMAK TANPA RASA SAKIT DENGAN ZIMMER Z LIPO DAN Z WAVE

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ





Setiap wanita pastinya inginkan bentuk tubuh yang ideal serta miliki kulit yang cantik. Bila berat badan naik pastinya merungsingkan kepala dan stress bila nampak lemak bagaikan spare tyre ada di badan. Siapa rasa macam tu? Haaaa masalah yang sama berlaku pada nora, bila berat badan naik secara mendadak dan lemak makin menebal bagaikan sukar untuk diusir.

Bila lemak mula mengumpul di badan terutama di perut, pinggang, pinggul dan bawah lengan pastinya bentuk badan tidak ideal dan cantik malah ada pula timbul selulit melekat di kawasan lemak berkenaan. Semestinya kita sebagai perempuan berasa malu kerana tidak mempunyai kulit yang cantik dan bentuk badan yang ideal.


Bersama Doktor Mellisa, Medical Aesthetic Consultant Esadsa House
Oleh itu, satu revolusi baru untuk miliki kulit cantik dan buang lemak dengan menggunakan rawatan terapi kombinasi Cryo-Lipolysis dari Zimmer Z Lipo dan Z Wave pilihan paling tepat untuk mengurangkan lemak pada badan dan rawatan selulit. Ini merupakan teknologi baru dari Jerman dengan kombinasi terapi sejuk untuk rawatan dan kesan yang lebih cepat tanpa rasa sakit.

Cryo-Lipolysis dari Zimmer Z Lipo


Paparan dari Zimmer Z Lipo semasa proses rawatan
Zimmer Z Lipo selamat digunakan dan sangat berkesan kerana rawatan Z Lipo adalah melalui proses penyejukkan yang membolehkan lemak yang disasarkan dapat dikurangkan secara kekal dan tidak invansif. Sistem ini menggunakan kaedah menyejukkan lemak dalam tempoh masa yang lebih lama mengikut suhu yang terkawal dan selamat bersesuaian dengan masalah badan seseorang. Rawatan Z Lipo tidak menyakitkan, selamat digunakan dan ia mesra pengguna.

Pengalaman nora menjalani rawatan Zimmer Z Lipo di Esadsa House Sdn Bhd, Mid Velly. Rawatan Zimmer Z Lipo berdasarkan masalah yang dihadapi oleh tubuh badan yang berlemak terutama part di perut, pinggul, pinggang dan bawah lengan. Nora cuba rawatan ini di bahagian perut dan memang terus terang tidak rasa sakit malah kaedah menyejukkan lemak yang digunakan sangat selesa. Proses ini bertindak secara perlahan menyejukkan lemak dengan cara yang terkawal dalam tempoh yang lama dan memusnahkan sel-sel lemak pada badan. Kajian menunjukkan, sel-sel lemak lebih sensitif dengan suhu yang sejuk.

Bersama Doktor Mellisa
Cryo-Lipolysis mensasarkan lemak dan menyejukan dengan cara terkawal dalam tempoh yang panjang. Penyingkiran lemak ini menggunakan kaedah sejuk menyebabkan apoptosis sel-sel lemak dan sel-sel lemak mati secara semulajadi akan dikeluarkan melalui lymphatic system yang mengambil masa kira-kira 10- hingga 12 minggu. Sel-sel lemak yang keluar melalui sistem limfa ini adalah tindak balas tisu-tisu lemak yang membantu menyingkirkan toksin dan bahan buangan dalam badan kita yang dianggap selamat, lembut dan tidak invansif. Bagi mengelakkan rangsangan kulit rosak, rawatan ini menggunakan gelpad khas diletakkan di kawasan yang hendak dibuat rawatan.

Bagi nora yang telah menerima rawatan Zimmer Z Lipo ini, memang tidak ada kesan sampingan. Pada awalnya nora takut juga maklumlah ada operation di bahagian perut, namun Dr. Mellisa yakinkan nora bahawa rawatan ini tidak sakit dan tiada kesan sampingan. Bila gelpad di letakkan di bahagian perut, terasa amat sejuk kemudian Zimmer Z Lipo diletakkan dikedua-dua belah perut nora dan hanya rasa seperti dicubit kemudian terus rasa selesa. Ini bergantung pada badan individu dan tahap lemak dalam badan untuk menerima rangsangan daripada rawatan ini. Selepas proses rawatan ini selesai, perut nora rasa seperti daging beku dan kita akan rasa kebas di kawasan rawatan

Cryo-Lypolisis dari Zimmer Z Wave


Doktor Mellisa akan memulakan proses mengunakan Zimmer Z Wave
Selepas menerima rawatan Zimmer Z lipo selama satu jam, diteruskan pula rawatan Zimmer Z Wave iaitu rawatan untuk lembutkan kulit dan contouring bentuk bandan supaya lebih kelihatan cantik. Haaaa ini merupakan proses memperbaiki struktur kulit dan tisu atau lebih dikenali proses membuang selulit yang ada pada badan. Proses ini juga dapat membantu menganjalkan kulit dan membantu pertumbuhan semula kolagen untuk tubuh badan.

Apabila Dr.Melissa hidupkan Z Wave nora rasa cuak sangat, tapi Doktor tenangkan nora dengan memberi tahu nora tidak akan rasa sakit cuma bunyi mesin sahaja kuat macam machine gun. Hehehehe.. Apa yang penting rawatan ini mengembalikan struktur kulit dan bentuk badan tanpa rasa sakit, tidak downtime, bukan invansif dan keputusan boleh dilihat secara nyata.

Dengan Zimmer Z Wave, korang boleh merawat masalah selulit, pulihkan struktur kulit, hilangkan parut, meningkatkan keberkesanan lymphatic system, masalah stretch mark dan masalah kelemahan otot dan tisu. Rawatan ini menggunakan kaedah gelombang radial untuk menegangkan kulit, selulit dan tisu kulit di bahagian perut, lengan dan punggung.

Kajian telah menunjukkan bahawa akan kelihatan perbezaan keadaan peha sebelum dan selepas rawatan iaitu sebanyak 1 hingga 7 cm dan perubahan yang lebih nyata boleh dilihat selepas menjalani 2 hingga 3 sesi rawatan. Terdapat juga kajian yang dibuat membandingkan rawatan urutan tangan dengan shockwave technology ternyata selepas menjalani rawatan Cryopolysis boleh dilihat pengurangan lapisan lemak sebanyak 44% lebih besar berbanding menggunakan rawatan secara manual iaitu urutan tangan.

Untuk dapatkan result yang terbaik dan lebih cepat korang boleh membuat rawatan Cryopolysis dengan kedua-dua kombinasi Zimmer Z Lipo dan Z Waze untuk miliki bentuk badan yang idea dan kulit yang sempurna cantik. Info lmengenai rawatan ini layari zimmer-aesthetics.com

Kurus tanpa rasa sakit korang boleh cuba rawatan ini di 

Esadsa House Sdn Bhd
Lot 51, 7th Floor, Signature Offices,
The Boulevard, Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur

Tel : 03-2287 8569
Fax : 03-2201 1686
Email : esadsahse@gmail.com


Untuk info lebih lanjut boleh juga layari zimmer-aesthetics.com.sg 

2 comments.. read them below or add one

Bro Framestone Bro Framestone 05 March, 2017 19:42
Rajin dia nie.... Tak lama lagi, nampak macam anak dara la dia.

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿