JOM DAFTAR COWAY RUN 2017 YANG AKAN DIADAKAN PADA 7 MEI 2017

Saturday, March 11, 2017

Jom sihat!!!



Semua orang inginkan kesihatan yang baik. Untuk dapatkan kesihatan yang baik perlulah menjalani gaya hidup yang sihat. Dulu nora rajin juga jogging dan masa zaman sekolah nora merupakan olahragawati wakil sekolah. Selain itu, nora juga aktif dengan wataniah dan untuk perjalnan 25km berjalan kaki nora dah pernah lalui. Tapi bila dah besar dan dah tua ni, nak berlari tu selalu banyak alasan. Jogging pun kadang-kadang.

Sempena sidang media Coway Run 2017 baru-baru ini, tiba-tiba nora rasa ingin sertai untuk pertama kalinya bila umur dah mencecah 30 tahun dan ke atas. Bersemangat untuk cabar diri sendiri untuk lari kali ini. Mampukah?


Encik Kyle Choi Ki-Ryong (kanan), Pengarah Urusan Coway (M) Sdn Bhd. Dan Encik Ryan Jung Tae Seung, Ketua Pemasaran Bahagian Coway (M) Sdn. Bhd merasmikan pelancaran Coway RUN 2017 dan mendaftar sebagai pelari pada 7 Mei 2017

Coway Run 2017 yang di anjurkan oleh Coway (M) Sdn Bhd akan membuat acara ini julung kalinya pada 7 Mei 2017 di Starling Mall, Uptown Damansara, di mana semua orang akan berjalan bersama-sama untuk mencapai gaya hidup yang sihat dan pada masa yang sama, memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengikuti jejak seperti mereka menjalani kehidupan yang sihat.

Untuk pengetahuan korang, larian ini bukan soal untuk mendapat tempat pertama, sebaliknya adalah untuk menunjukkan keberanian diri dalam menghadapi kebimbangan dan kesediaan kita membuat perubahan, peningkatan dalam hidup supaya menjadi lebih kuat dan berkeyakinan ketika menghadapi kesusahan.

Selain daripada itu, Coway Run mahu memupuk minda semua masyarakat bahawa setiap langkah yang diambil adalah permulaan kepada kehidupan yang lebih baik. Ini kerana jelas terbukti apabila tubuh badan cergas ia membantu mengatasi cabaran yang tidak di jangka dalam kehidupan masing-masing.

Coway Run 2017 terdiri daripada jarak larian 5KM dan 10KM di sekitar kawasan pusat membeli-belah Starling dengan 4 kategori iaitu :

  • Lelaki Vateran (40 tahun ke atas)
  • Wanita Vateran (35 tahun ke atas)
  • Lelaki Terbuka (18-39 tahun)
  • Wanita Terbuka (18-34 tahun)
  • Fun Run (18 tahun ke atas)
LARIAN BERSAMA JORDAN YEOH DAN CAREY NGJordan 



Apa yang menariknya nanti, korang boleh berlari bersama para peserta yang lain bersama-sama dengan model kecergasan Malaysia yang terkenal iaitu Jordan Yeoh dan bekas Miss Universe Malaysia iaitu Carey Ng yang turut serta berjalan bersama pelari lain. Kehadiran dua jemputan istimewa ini adalah untuk bersama-sama merasai kegembiraan dan memberi motivasi kepada mereka pada setiap langkah.

Korang dah bersedia untuk gaya hidup sihat? Jom sihat dan cabar diri dengan sertai Coway Run 2017
Jom daftar segera di  http://www.myraceonline.com/

Untuk info lanjut boleh layari facebook



You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿