KONICHIWA CAFE BANGI | MAKANAN JEPUN MUSLIM DAN HALAL

Saturday, March 04, 2017

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Entri kali ini nora nak ajak korang menikmati hidangan makanan Jepun muslim dan halal. Kebanyakan restoran makanan Jepun yang ada di Malaysia adalah berstatus Halal namun kita jarang sekali dengan makanan Jepun Muslim dan halal.



Peminat makanan Jepun korang boleh ke Konichiwa Cafe sebagai destinasi jalan-jalan cari makan korang. Pastinya di restoran ini korang boleh menikmati makanan Jepun yang sedap. Nora akan kongsikan hidangan yang lazat terdapat di Konichiwa Cafe.


Sebelum itu, Nora cerita sedikit latar belakang restoran ini supaya korang tidak berasa was-was untuk menikmati hidangan Jepun di Konichiwa Cafe. Ye la sebelum korang takut nak cuba makanan Jepun di sini kan, sebabnya di hadapan kedai ini tiada letak status halal. Konichiwa Cafe mula beroperasi pada 22 Januari 2017 yang lalu dan pemiliknya adalah pasangan suami isteri melayu muslim. Chef utama di restoran ini merupakan abang kedua kepada pemilik restoran yang mempunyai pengalaman hampir 32 tahun sebagai Japanese Pantry Chef dan juga mempunyai restoran sendiri di Dublin, Ireland.

Haaaa kalau korang nak tahu, Konichiwa Cafe di katakan restoran Jepun muslim kerana kesemua pekerjanya adalah terdiri daripada Melayu Muslim. Walapun taste makanan Jepun di sini tidak 100% sama dengan Jepun, namun Konichiwa Cafe menggunakan barangan yang halal.



Jadi, tidak perlu tunggu untuk pergi ke Jepun, memandangkan di Konichiwa Cafe meyediakan pelbagai hidangan Jepun. Dalam masyarakat Jepun, budaya dan warisan asli dalam hidangan sushi adalah dengan campuran Sake dan Mirin sebagai perasa tambahan. Untuk makluman korang, sebenarnya Sake merupakan miuman beralkohol Jepun yang dibuat daripada beras. Manakala Mirin pula adalah sejenis wine yang menyamai dengan Sake tetapi tidak mempunyai alkohol yang tinggi.

Menariknya sushi dan hidangan Jepun di Konichiwa Cafe ni, semua sajian mereka tidak menggunakan Sake dan Mirin tetapi di ganti dengan bahan makanan halal yang mempunyai rasa yang sama. Chef yang berpengalaman telah menyediakan sushi yang hampir sama dengan Jepun dengan menggunakan bahan yang halal seperti cuka makanan dan bahan perasa yang dibenarkan. Bila makan sushi pastinya di makan bersama Soyu iaitu kicap soya, dan bagi memastikan Soyu yang digunakan adalah Halal, Konichiwa Cafe menggunakan Soyu yang diimport dari China yang mempunyai Sijil HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM.

Assorted Sushi


Konichiwa Cafe menyajikan Assorted Sushi dari pelbagai jenis sushi antaranya Ebi, Tako, Tuna Mayo, Corn Mayo, Inari, Unagi dan banyak lagi sushi yang korang boleh nikmati. Yang tinggi dan besar tu adalah sushi Temaki dan dalam tu ada macam-macam. Standard harga antara RM6.90 - RM8.90.

Tokyo Drift Bento


Selain daripada sushi, Konichiwa Cafe juga menyediakan hidangan makan Jepun dalam set bento. Di restoran ini terdapat 6 jenis set Bento antaranya Tokyo Drift dan Chicken Teriyaki yang didatangkan sekali bersama dengan Green Tea. Kebiasaanya hidangan bento boleh dimakan 2 orang ataupun lebih.


Konichiwa Fried Rice


Terdapat juga hidangan melayu iaitu Konichiwa Fried Rice yang berharga RM(16.90). Dalam set ini terdapat udang, satay, dan telur. Saiz hidangan juga besar. Kira puas hati makan hidangan ini bagi mereka yang suka makanan melayu.

Grilled Chicken Chop


Konichiwa Cafe juga ada menyajikan hidangan western iaitu Grilled Chicken Chop bersama sos black pepper serta dihidangkan sekali dengan homemade Fries, Coleslaw, Butter Corn dan Potato Salad. Serius memang sedap, nora suka hidangan ni.


Cheese Tori Karage
Selain daripada itu, nora paling suka hidangan yang simple seperti Cheese Tori Karaage dengan harga RM10.90. Hidangan ini adalah ayam yang bersalut tepung dengan rasa crispy dan di atasnya curahan Mayonis dan Cheese bersekali dihidangkan dengan Mashed Potato dan Salad. 


Double Bed Cheezy Lovers


Korang juga boleh cuba hidangan Okonomiyaki dan Double Bed Cheezy Lovers sebab kedua-duanya sangat sedap.


Okonomiyaki


Minuman istimewa di Konichiwa Cafe antaranya adalah Coffee 'O' Float, Cucumber Boi dan Strawberry Milk Shake


Cucumber Boi | Coffee 'O' Float | Strawberry Milk Shake


Korang boleh pilih minuman yang korang suka, nora cadangkan untuk kanak-kanak boleh ambil Strawberry Milk Shake sebab rasanya memang betul-betul sedap. Selain itu, restoran ini ada menyediakan minuman untuk family atau korang datang beramai-ramai. 


Set Family


Haaaa tengok tu punya tinggi bekas yang digunakan. Korang boleh pilih Ice Lemon Tea ataupun Watermelon Juice dank orang juga boleh refill.

Konichiwa Cafe merupakan sebuah restoran yang simple tetapi tetap mempunyai ciri ala-ala Jepun terutama mempunyai tanglong yang besar dan logo restoran ini juga jelas muka seorang lelaki Jepun. Korang juga boleh boleh buat event di restoran ini seperti reunion, birthday party dan lain-lain kerana restoran ini boleh muat 60 orang dalam satu-satu masa. Konichiwa Cafe juga menerima tempahan katering secara penghantaran ke premis. Dengan adanya perkhidmatan sebegini, korang boleh mencipta kelainan di majlis peribadi atau meraikan sebarang majlis dengan menikmati hidangan Jepun juga hidangan lain.

Bagi perkhidmatan birthday party, korang yang nak buat majlis di Konichiwa Cafe tak perlu risau untuk set up dekorasi sebabnya ia diberi secara percuma. Secara keseluruhannya, makanan di Konichiwa Cafe memang tidak mengecewakan terutama bagi korang yang suka makanan Jepun wajib cuba nikmatinya. Dah cuba makan di sini pasti nak datang lagi sebabnya semua makanan di sini semuanya sedap-sedap dan yang penting HALAL.

Korang yang nak mencari tempat makan sedap di Bangi, korang boleh menikmati sajian Jepun Muslim dan HALAL. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok detail di bawah :

KONICHIWA CAFE, BANGI

Alamat:
Jalan 6/7b, Seksyen 1, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-200 2090
Facebook: Konichiwa Cafe
Instagram: @konichiwacafe

Masa Operasi:
Selasa-Khamis dari 12 tengahari - 10 malam
Jumaat dari 2 petang - 11 malam
Sabtu & Ahad dari 12 tengahari - 11 malam


You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿