بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Hye korang!

Percutian tanpa dirancang ke utara. Ini merupakan kali pertama nora menaiki perkhidmatan keretapi ETS ke Utara iaitu ke Alor Setar.


Percutian ni secara tak sengaja apabila mr.arrogant tiba-tiba suruh cek tiket ETS dan dia ajak pergi sekali. Wahhh orang dah ajak siapa yang tak sudi kan lagi-lagi kesayangan kann.. So nora pun booking tiket secara online menggunakan e-ticketing KTMB. Namun beberapa kali cuba nora frust sangat sebab tak boleh nak select seat. Mujur ada rakan blogger yang membantu untuk booking ticket ETS menggunakan easybook.

Dan dengan itu dapatlah tiket untuk dua orang dari KL Sentral ke Alor Setar iaitu berjumlah RM73 seorang dan sehala menaiki ETS-Gold. Terus terang nora kata, rupanya ramai yang mnggunakan kemudahan ETS ni berdasarkan pada seat yang penuh.

Untuk Tiket ETS, korang perlu booking online sebab permintaan yang tinggi dan memang susah dapat seat. Bayangkan masa nora booking hari selasa tapi seat untuk hari sabtu pagi tu tinggal 5 seat sahaja yang kosong. Debau-debau juga kalau tak dapat tiket.

Kalau korang nak senang booking tiket secara online, nora suggestkan korang guna aplikasi easybook. Aplikasi yang menyediakan perkhidmatan booking tiket samada kereta, bus, keretapi dan banyak lagi. Korang boleh pilih destinasi yang korang nak pergi.

Disebalik cerita untuk pertama kali nora membeli tiket ETS secara online, sebanrnya terdapat beberapa masalah. Maklumlah last minit punya planning, dan ini pertama kali nora booking tiket online. Masalah yang nora hadapi adalah bayaran telah dibuat tetapi tiket masih tidak diterima. Gelabah juga nora masa ni, tetapi rakan blogger Neyra betul-betul banyak membantu. Akhirnya nora terima email dari easybook. Alhamdulillah syukur bila telah terima email ticket untuk perjalanan nora ke Alor Setar, Kedah.

Dengan ETS Gold, harga tiket dari KL Sentral ke Alor Setar adalah RM73 sehala dan nora beli untuk dua orang total semua RM288.86 untuk pergi dan balik iaitu pada 14.01.2017 pergi dan balik pada 15.01.2017 kadar bayaran ini termasuk GST. Pada hari sabtu nora gerak pada pukul 9.30 am dan sampai pada 2.30 pm manakal pada hari ahad nora naik ETS dari Alor Setar pada pukul 8.30 pm dan sampai ke KL Sentral pada pukul 1.30 am

Nora menaiki ETS dari KL Sentral, menunggu masa untuk ketibaan train, sempat jamah sedikit makanan. Masa ke Alor Setar nora dan mr.arrogant dapat Koc C yang mana train ETS Gold mempunya Koc A, B, C, D, E dan F. Untuk pengetahuan korang, nora betul-betul dapat seat berdekatan dengan Bar/Cafe yang berada di Koc C. Selain daripada itu, untuk surau berada di Koc D, so di dalam train ETS mempunyai kelengkapan kemudahan untuk penumpang.


Bar/Cafe yang disediakan di Koc C adalah menyediakan makanan dan minuman untuk para penumpang. Pelbagai pilihan menu yang disediakan seperti nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, meehun goreng, sandwich, bun dan beberapa jenis lagi. Manakali air panas dan sejuk juga disediakan. Di hadapan bar/cafe ada disediakan beberapa meja dan kerusi untuk mereka menikmati makanan tanpa perlu balik ke seat masing-masing.



Sepanjang perjalanan dari KL Sentral ke Alor Setar, nora dapat menikmati pemandangan yang cantik dari dalam ETS, Sangat teruja melihatnya, walaupun keadaan di dalam train sangat sejuk dengan kelajuan mencecah sehingga 140j/km. Haaaa lajukan? Sebab itu KL Sentral ke Alor Setar hanya mengambil masa selama 4 jam sahaja.



Bila masuk ke negeri jelapang padi, nora suka melihat pemandangan sawah padi dan ketika itulah mr.arrogant cerita dan tunjuk tempat dia selama hampir 10 tahun di negeri kedah. Sawah padi yang menghijau mendamaikan hati ini. Terima kasih sangat pada mr.arrogant kerana memberi pengalaman indah buat nora. Tepat jam 2.30 pm nora dan mr.arrogant sampai di station Alor Setar dan kedatangan kami disambut oleh kawan mr.arrogant pasangan suami isteri.


Untuk korang yang risau berkenaan parking, nora suggestkan korang parking di NU Sentral untuk keselamatan kereta korang dan harga parking yang sangat murah untuk 2 hari pada public holiday. Maklumat lanjut korang boleh baca di sini untuk ketahui kadar bayaran parking di NU Sentral.

Dengan itu, nora cadangkan kepada korang yang ingin merasai menaiki keretapi ETS, korang wajib merancang perjalanan korang dengan awal memandangkan tiket ETS selalunya full book.

Jangan lupa baca kisah pertama kali nora jejakkan kaki ke Negeri Kedah Darul Aman.

2 Comments

  1. Assalamualaikum. Macam mna ye saya nak tahu gate mne yg perlu saya masuk utk ke Alor Setar tu? Setiap hentian brapa minit je? ❤

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya first time nak naik ets dgn kwn saya and both of us tak tahu pasal ets. Dh tnya kwn lain tp diorang xnaik ets. So, my ticket xde tulis gate mne yg saya kena masuk so mcm mna ye? Saya sedikit takut kalau salah train because bnyak kes yg saya dgr slah train and xsempat nak masuk train. Sekejap je ke masa yg nak masuk train tu? �� so how i must do sis? Help me. ��

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿