ISTIMEWA DI HARI JADI

Monday, April 03, 2017


Syukur alhamdulillah kehadrat ilahi.
Selama 33 tahun BERI nafas untuk menjalani kehidupan.
Terima kasih pada mak dan abah yang melahirkan, membesarkan, mendidik dan menjaga diri ni sehingga sekarang.



Syukur sangat ulang tahun kelahiran kali ni, anak nora ada bersama. Kebetulan 22 Mac 2017 adalah musim cuti persekolahan dan zarra ada bersama nora. Terharu bila dalam keadaan mamai dia terpisat-pisat bangun ucap hari jadi peluk dan cium. Tidak terkata saat tu hanya mampu ucap syukur dan menitis air mata.


Cake dari Guru Besar
Adakah tahun ini tahun yang membahagiakan nora?
Moga-moga bibit indah permulaan ini berakhir dengan kebahagiaan untuk nora dan zarra.

Celebrate Birthday di IKEA

So yummy meatball IKEA.
Tahun ini juga pertama kali bos (Guru Besar) celebrate nora. Cukup dengan cake dan belanja nora dan zarra di IKEA. Terima kasih puan, terharu tidak terkata. Hanya kami sahaja sebab cuti sekolah. 


Cake from Mr. Arrogant
Dan,

ISTIMEWA…

Paling istimewa hari jadi kali ini adalah celebrate with someone. Yaaa insan istimewa yang sudah lama bertakhtah di hati ni. Thank you awak untuk ucapan dan spend time kita bersama. Dari awal lagi awak dah tanya nak hadia apa. And inilah kali pertama dalam perkenalan awak tanya soalan sebegini walaupun 2015 dulu jawapan awak untuk pertanyaan adalah “TUNGGU”. Gugup senyum sedih tak terkata, just i said “cukuplah sepotong cake untuk saya dan zarra.” Walau pada asalnya, celebrate birthday ni plan di Bukit Tinggi but last minit terpaksa batalkan disebabkan ada urusan kematian. Ya, tarikh 22 Mac 2017 atok awak pergi menghadap Ilahi. Takziah untuk awak dan keluarga. Al-fatihah

Zarra menangis sebab dia pun nak tiup lilin

Untuk itu, pertemuan seketika kita bertiga cukup membuatkan saya gembira. Bersama dua orang insan yang saya sayang. Ini pertama kali awak celebrate birthday saya, walaupun simple, walaupun keadaan zarra yang meragam saya tetap bersyukur dengan apa adanya. Bagi saya, Dekat dengan kamu dan menghabiskan waktu bersama cukup membuatkan saya bahagia, meski di hati kamu, saya tak memiliki tempat yang istimewa.

Benar,

Antara orang yang ada di sekeliling kita, kita pasti ada seseorang yang selalu ingin kita kongsikan ceritera kita padanya. Sampaikan salam untuknya, tempatnya sungguh istimewa.


Dekat dengan kamu, dan menghabiskan waktu bersama cukup bahagia

Awak adalah awak. Seseorang yang istimewa. Mungkin, awak tak pernah tahu betapa penting erti kehadirannya dalam hidup saya. Mungkin, awak tak pernah menyangka betapa banyak perubahan yang saya alami selama perkenalan kita. Kebaikan sedari zarra setahun tiga bulan, sedari jauh di utara sehingga dekat. Pertemuan kembali mengikat hati dengan kehadiran zarra. 

Ini hanya sebuah ceritera; tanda rasa syukur dan terima kasih kepada dia; yang memiliki kebaikan hanya Allah yang mampu membalasnya. Moga Allah merestui, andai dia milik kami.

You Might Also Like

8 ♥sweetcream♥

  1. Selamat hari lahir kak nora.. makin berseri pula muka tu :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Doakan yang terbaik untuk kami ye. hehehehhe

      Delete
  3. bertambah usia akan menyebabkan bertambah rezeki..aamiin

    dokan yang baik-baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...
      InsyaAllah...
      Terima kasih..

      Delete
  4. Selamat hari lahir walaupun dah lepas...semoga makin murah rezeki lepas ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ezad.
      Amin. InsyaAllah

      Delete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿