Streat Thai Restaurant | Authentic Thai Street Food di Jaya One, Petaling Jaya

Salam kesayangan korang,


Korang suka makan masakan Thai tak?
Kalau suka, jom nora share masakan Thailand halal di Restaurant Streat Thai Jaya One, Petaling Jaya.


Sawadikap...


Baru-baru ini nora berkesempatan bersama rakan blogger untuk menikmati makanan yang ada di Streat Thai. Ini pertama kali nora sampai ke Jaya One. Sesat juga lah gamaknya mencari parking. Terima kasih pada kak Hanny Abdullah yang mengajak makan di restoran ini.

Bersama rakan Blogger MrsPuex

Kalau korang memang gemar masakan Thai, korang boleh cuba beberapa menu menarik yang ada di restoran Streat Thai ini. Antara menu yang memang menyelerakan tekak nora adalah Tom Yum Creamy Soup with Seafood, Green Curry Chicken dan Crispy Chicken Wing. Ni tekak nora ok, untuk korang yang suka masakan Thai boleh cuba beberapa menu lain yang ada di sini. 

Green Curry Chicken

Streat Thai Signature Fried Chicken Wings


Tom Yum Creamy Soup with Seafood

Restoran ini menyajikan makanan asli Thailand dengan menggunakan bahan dan rempah ratus dari sana. Chef yang menyediakan makanan di sini diimport dari Bangkok, Hat Yai, Pattaya, Chiang Mai, Chiang Rai, dan yang berasal dari Thailand bagi memastikan keaslian dan kesedapan menu dari Thailand masih kekal di restoran ini.

Steamed Tilapia with Lime and Garlic Sauce
Pelbagai menu yang ada di jual di Streat Thai ni antara yang kami nikmati adalah Tom Yum Clear Soup with Seafood, Steamed Tilapia with Lime and Garlic Sauce, Fried chicken wing, Tom Yum Creamy Soup with Seafood, Porridge with Seafood, Green Curry Chicken, Tom Yum Creamy Porridge with Beef, Streat Thai Tom Yum Noodle Soup, Papaya Salad with Salted Eggs, dan banyak lagi.


Braised Beef  Noodles
Kalau korang nak tahu, Restoran Streat Thai merupakan salah satu restoran pilihan bagi penggemar masakan Thailand. Perghhhh terasa kemasamam, kemanisan dan kelemakan pada makanan-makanan yang ada di sini.


Streat Thai Tom Yum Noodles (Soup)

Porridge with Seafood

Papaya Salad with Salted Eggs

Dessert
Untuk pengetahuan korang, bagi mereka yang bekerja di Jaya One, Petaling Jaya korang boleh dapatkan diskaun makan tengahari. Wahhhh special mereka yang bekerja di sini boleh dapat merasa makanan asli thai.


Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk di sini.



Streat Thai – Authentic Thai Street Eats
100-G.001 The School (Jaya One)
No. 72A, Jalan Universiti,
Petaling Jaya, 46200,
Selangor.

Tel: 03 7496 1297 / 012 907 3581

Waktu perniagaan:
Isnin - Khamis: 11:30 pagi hingga 10 malam
Jumaat dan Sabtu: 11:30 pagi hingga 11 malam
Ahad: 11:30 pagi hingga 10 malam

Bersama Rakan Blogger.
Photo : Credit to Abang Khir



0 comment... add one now

✿Menceceh-menceceh lah u ols kat sini✿
✿Sangat dihargai✿
Muacssssssss!!!✿