Buffet Ramadhan Berkonsepkan Bazaar di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Tuesday, May 02, 2017

Salam kesayangan,

Bersama Rakan Blogger di Preview Buffet Ramadhan 2017
Puasa tidak lama lagi, korang dah tahu ke tempat-tempat menarik yang korang boleh cuba untuk berbuka puasa nanti?

Registration Media & Bloggers
Buffet Ramadhan Berkonsepkan Bazaar merupakan tema bagi tahun 2017 yang diperkenalkan Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Korang boleh nikmati lebih 200 hidangan berbuka puasa bersama-sama orang tersayang.


Buffet bazaar ramadhan ini berada di The Big Apple Restaurant yang berada di tingkat 14 dalam Hotel Berjaya Times Square. Konsep yang diperkenalkan ini adalah untuk korang merasai keunikan bulan ramadhan dengan menikmati juadah seperti berada di bazaar ramadhan yang berada di luar sana. Haaaaa, mesti seronok walaupun berbuka puasa dalam hotel, tetap boleh merasai kemeriahan seperti berada di bazaar ramadhan di luar sana.


Apa yang menarik ada di buffet bazaar ramadhan kali ini adalah Claypot Kari Kepala Ikan yang di masak secara live oleh Chef Yusof, Hotel's Sous Chef. Ini merupakan resepi turun temurun keluarga Chef Yusof yang berasal dari Kedah dan di bawa ke buffet bazaar ramadhan di hotel ini. Claypot Kari Kepala Ikan di masak dengan ramuan rempah ratus dan menggunakan ikan merah yang segar sebagai sajian yang patut korang cuba. Nora dah rasa Claypot Kari Kepala Ikan ni memang superb woww sedap sebab kuahnya pekat dan aroma kari menyusuk di hati.











  



 




Selain daripada itu, terdapat stall-stall yang menyajikan pelbagai jenis menu di ruang legar restoran ini. Korang patut cuba menu-menu masakan melayu yang ada di sini antarnya seperti Lamb Briani, Ikan Keli/Cencaru Bakar, Pucuk Manis Ubi Keledek, Otak-Otak Muar, Murtabak Istimewa, Ayam Goreng Uncle Bakri dan banyak lagi. Terdapat juga ulam-ulaman dan salad untuk korang nikmati.









Ini, baru cerita menu yang berada di ruang legar restoran sahaja, belum nora ceritakan lagi menu yang berada di dalam restoran. Di dalam restoran juga terdapat makanan barat-Asia seperti Pasta, Pizza, Thai Beef Noodles, Salmon Roll Filled With Seafood Mousse On Creamed Spinach, Shwarma, Fried Mussel With Chilli & Hot Bean Sauce, Stir Fried Crab With Basil Leaf Mini Beef Steak With Mushroom Ragout, Stir Fried Tiger Prawn With Salted Egg Yorks & Oats, dan bermacam-macam lagi hidangan yang korang boleh nikmati sebagai juada berbuka puasa nanti.













Kalau korang datang berbuka puasa di sini, memang puas hati memandangkan terdapat lebih dari 200 hidangan disediakan oleh Hotel Berjaya Times Square. Korang juga boleh menikmati alunan muzik angklung daripada Angklung Balle Balle Band  disepanjang buka puasa korang nanti. Sangat klasik dan sangat menenangkan.




Kalau korang nak tahu, Berjaya Times Square Hotel akan mengadakan Buffet Ramadhan Bazaar bermula pada 29 Mei 2017 sehingga 27 Jun 2017, dari 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari.


Berikut adalah rujukan untuk korang, mana tahu korang boleh masukkan buffet buka puasa di hotel ni ke dalam listing untuk korang berbuka sepanjang bulan Ramadhan nanti. Korang boleh rujuk seperti di bawah :



Harga Buffet Bazaar Ramadhan 2017

Minggu Pertama & Keempat
Dewasa : RM128 nett | Kanak-kanak : RM58 nett

Minggu Kedua & Ketiga
Dewasa : RM138 nett | Kanak-kanak : RM68 nett


Baucer RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak bagi early bird RSVP.

You Might Also Like

2 ♥sweetcream♥

  1. mana2 buffet ramadhan menu kambing bakar, kambing golek wajib ada kn...lapar plak tgk menu2 tu

    ReplyDelete
  2. pergh... menyelerakan menu2 hidangan dia. serius terliur ni

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿