Jus Lutox Dnars Membantu Menghilangkan Sakit Kaki Dan Lenguh Badan

Saturday, June 24, 2017


MENANG DUIT RAYA BERNILAI RM1,500

Baru ni nora ada tengok kawan-kawan dok share contest menang duit raya dari DNARS dekat facebook DNARS JUS LUTOX. Rupanya tak susah pun, korang cuma LIKE, KOMEN, SHARE & TAG dan HASTAG #DuitRayaDnars sahaja. InsyaAllah kalau ada rezeki pasti tak kemana. 1 Syawal ni keluar result lepas tu, 2 Syawal terus dapat duit raya untuk pemenang. Kalau korang nak join tu cepat-cepat la sebelum hari raya. Ada rezeki tu ada la kan. InsyaAllah. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi Duit Raya Bernilai RM1,500.


Sebenarnya pernah dengar tentang Jus Lutox Dnars ni. Tapi tak pernah tau sangat untuk apa, so dah kebetulan join contest Duit Raya ni terus baca mencari info Jus Lutox ni. Not bad juga la produk ni. Tengok testimoni pengguna Lutox ni pun boleh kata positif Saje kesemuanya. Alhamdulillah kan. Testimoni paling dekat rupanya my emak memang mengamalkan Jus Lutox Dnars ni.


Kebetulan dalam bulan puasa ni banyak beraktiviti. Siang kerja, habis kerja pergi event, pergi majlis buka puasa dan kadang-kadang kemas rumah. Biasalah mood nak raya sangat kan. Dekat-dekat nak raya ni, nora mengalami lenguh badan sebab dok kehulu kehilir pergi kerja, event dan paling syok pergi shopping. Ehhh.. tak banyak shopping pun. Tapi dah memang musim nak raya jalan sure sesak kan. Kereta sesak sampai asyik tekan brek, dalam butik lenguh berdiri test baju. Rasa sengal badan dan sakit kaki ni.


12 KEBAIKAN UTAMA JUS LUTOX DNARS


Nak dijadikan cerita dah kebetulan baca tentang JusLutox Dnars ni, Nora nak kongsikan pada korang 12 kebaikan utama yang ada pada Jus Lutox Dnars ni dengan korang;
  1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melancarkan proses penghadaman.
  6. Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  11. Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
  12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

Tapi kan.. mulanya risau juga la, sebab tak tau apa kandungan Jus Lutox Dnars ni. Terus Tanya contact FB Dnars tu sebab nak cuba tapi risau apa la yang ada dalam Jus Lutox ni. Lepas di terangkan Jus Lutox ni hanya guna bahan semula jadi sahaja, antaranya kandungan utama yang ada macam Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, Bayam, Markisa, Garam Bukit dan Delima. Tengok kandungan pun dah jadi yakin sangat dengan khasiat yang kita boleh dapat. InsyaAllah.


Alhamdulillah yang lebih meyakinkan bila Jus Lutox Dnars ni mempunyai Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM. Tak da la bila minum dengan saudara mara, atok atau adik beradik, depa dok tanya pulak halal ke tidak kan. Nak balik kampung nak juga kongsi dengan dorang.

Mostly bila baca review pengguna yang dah minum Jus Lutox Dnars ni ada yang kongsi seronok sebab dah tak rasa sakit lutut, sakit kaki ataupun lenguh badan lagi. Ada juga yang kongsi dah lama sakit sendi tapi Alhamdulillah lepas minum Jus Lutox Dnars memang membantu memulihkan. Makin tak sabar lak nak amalkan minum jus ni.


Kiranya kalau minum bulan-bulan puasa ni memang lagi bertambah la tenaga dalam badan ni. Hujung nak dekat raya ni tak la rasa lemau sangat badan kan. Jus Lutox Dnars boleh diambil setiap hari dan sesuai untuk seisi keluarga. Jadi balik raya bukan minum sorang tau, tapi boleh minum satu keluarga, emak, abah, adik beradik, atok, opah, saudara, sepupu, dan yang lebih boleh dikongsi dengan tetamu yang datang.

Jadi kalau korang nak info dan nak order Jus Lutox ni boleh terus rujuk seperti berikut  :

Website : www.lutox.com.my

FB : https://www.facebook.com/juslutoxdnars/

Yeayyyy, hilang rasa sakit kaki lenguh badan bila amalkanJus Lutox Dnars ni. So, nak raya ni, nora perlu standby minumJus Lutox sebabnya raya ni akan berkungfu di dapur.Orang perempuan kannnn...Moga tiba hari bahagia nora ada tenaga.. Hehehehe

You Might Also Like

3 ♥sweetcream♥

  1. Huishh bagus jus ni... Elok amalkan setiap hari... badan memerlukan tenaga yang banyak dan sihat

    ReplyDelete
  2. bagusnnya jus ni. nak kena beli ni.

    ReplyDelete
  3. Byknya khasiat jus lutox ni ye. Patut di amalkan setiap hari ni.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿