Sembang Santai Bersama Duta Raya Jakel
Bagi merancakkan musim perayaan tahun ini, Jakel turut sama mewarnai hari raya dengan menampilkan koleksi-koleksi menarik Jakel. Barulah Raya! yang petama sesi 2017 di JAKEL MALL, Kuala Lumpur menampilkan selebriti duta raya JAKEL bagi mempromosikan koleksi pakaian raya di JAKEL.

Untuk edisi Barulah Raya! 2017, dijangkakan akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelaggan memandangkan ianya adalah koleksi terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh JAKEL. Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Setiap design-design yang bakal dikeluarkan telah dibeli dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini.

Nabil Ahmad Mempromosikan Koleksi Baju Melayu

Selain bertemu pelanggan JAKEL, sesi LELONGAN jualan untuk koleksi pakain raya dimeriahkan dengan kehadiran Duta Raya tahun ini antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen bertemu pelanggan/ peminat pada kali ini adalah wajah baru seperti Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan Harith Iskander.

Setiap Duta Raya JAKEL mempromosikan dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan di JAKEL Mall, Kuala Lumpur. Bagi menghangatkan lagi kempen jualan hari raya di mana JAKEL memberikan baucer membeli-belah secara PERCUMA bernilai lebih daripada RM70,000 kepada 1,000 pelanggan yang terawal.



JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA

Sempena menanti kehadiran Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, JAKEL menawarkan tawaran istimewa kepada para pelanggan dengan menikmati HARGA RUNTUH. Bersempena dengan ulangtahun ke-10 JAKEL bertapak di Kuala Lumpur, JAKEL memberi POTONGAN harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Haaaaaa lagi menguntungkan pada korang di mana koleksi pakaian readymade baru untuk hari raya direka khas daripada pereka-pereka yang berpengalaman Jakel sendiri.

Jualan Hebat Sempena Hari Raya berlangsung sehingga malam raya dan memberikan promosi harga cukup hebat dan boleh menjimatkan pelanggan dengan miliki koleki pakaian raya terbaik. Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi pelanggan diberikan samping PERCUMA beserta butang baju melayu dengan setiap pembelian baju melayu.

Manakala koleksi kurta untuk raya kali ini JAKEL menampilkan kurta ringkas sesuai untuk mereka yang suka gaya bersahaja dan simple. Para pelanggan boleh membeli Kurta dengan harga murah serendah RM100 untuk 2 helai. Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM79 sepasang.

Untuk kanak-kanak pula, sebelum ini JAKEL hanya mengeluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana sahaja namun edisi kali ini JAKEL melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki di bawah jenama Yusuf Iskandar dengan tawaran harga bermula RM39.

KOLEKSI BAJU MELAYU

Seperti saban tahun, Jakel memperkenalkan koleksi Baju Melayu Aaron Aziz yang direka khas dan khusus dengan megetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan yang ada pada koleksi ini adalah berbeza dari pemilihan fabrik dan warna. Rekaan terbaru khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna pastel atau lembut selain warna kegemaran antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja.

Lelongan Koleksi Aaron Aziz
Manakala koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kotemporari yang menenkankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini adalah kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan koleksi Nabil Ahmad sebagai koleksi mampu milik.

Lelongan Koleksi Baju Melayu Awal Asyaari
Selain itu, terdapat juga Baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen untuk memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Kemeriahan ini ditambah dengan promosi raya dengan memperkenalkan koleksi baju melayu "Plus Size" dan merupakan kali pertama Jakel mensasarkan produk tersebut untuk bersaiz comel. Oleh itu, Jakel mengambil peluang untuk berkolaborasi bersama selebriti yang telah mendapat pengiktirafan sebagai "Funniest Person in the World" iaitu Harith Iskandar.

Lelongan Koleksi Baju Melayu Harith Iskandar

KOLEKSI KURTA

Koleksi kurta di bawah label Hairul Azreen dan Awal Ashaari ini adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel di mana ianya adalah untuk mmenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket.

Lelongan Koleksi Baju Kurta Hairul Azreen
Keluaran koleksi kurta ini berkonsepkan mesra wuduk di mana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel juga mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk menggayakanya di musim lebaran ini.

BAJU KURUNG

JAKEL mengeluarkan koleksi baju jurung di bawah label Ayda Jebat, Hanis Zalikha dan Scha Al-Yahya yang mana masing-masing mempunyai design dan konsep tersendiri. Koleksi yang dikeluarkan mensasarkan golongan wanita daripada peringkat remaja sehingga dewasa. Koleksi Ayda Jebat berkonsepkan "simple but nice" sesuai untuk mereka yang suka akan gaya ringkas dan masih mengikuti trend terkini.

KOLEKSI KANAK-KANAK

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pemebelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan, bagi lebaran tahun ini Jakel menapilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar selain daripada Lara Alana.

Dengan slogan, “Ingat Kain, Ingat Jakel”,  dan "Jakel, Barulah Raya 2017"

JAKEL Mall Kuala Lumpur menawarkan kesemuanya di bawah satu bumbung, daripada pakaian tradisional untuk seluruh keluarga, busana pengantin, langsir, aksesori renda, kemasan rumah, koleksi tudung Ariani hinggalah kepada rekaan corak tertentu serta perkhidmatan tempahan jahitan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel,
sila layari www.jakel.my

Untuk pertanyaan sila hubungi,

Azlan Hj Abu Bakar
Jabatan Promosi dan Pengiklanan
JAKEL MALL Kuala Lumpur
Lot 159, Jakel Square Persiaran Capsquare,
Off Jln Munshi Abdullah
50100 Kuala Lumpur

Tel : 03-2615 0777 samb 7726
Emel : azlanab@jakel.my H/P : 017-3595658  




5 Comments

  1. Akak belikan mak abah jer baju kat Jakel, akak punya ngan Dania beli kat SACC Mall.Tak beli kat Jakel sebab sure ramai beli..confirm ramai yang sama nanti..kan?

    ReplyDelete
  2. Mak oi.. Ada potongan sehingga 85 peratus.

    Bagus info nie..

    ReplyDelete
  3. promosi jakel ni antara yang bagus.

    seronok tengok iklan diorang.

    ReplyDelete
  4. Kerana Jakel lah kita telah beli 4 pasang baju Melayu kat sana waaaaaa...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿