Salam kesayangan,

Majlis Pelancaran Riuh Raya 2017
Baru-baru ini nora berkesempatan ke majlis berbuka puasa dan sidang media yang di anjurkan oleh IJM Land di Ice Gallery, Pantai Sentral Park. Turut hadir dan bersama-sama berbuka puasa adalah selebriti terkenal iaitu Akim & MajistretStacy serta Adam Ao.

Untuk pengetahuan korang, Sidang media diadakan untuk mengumumkan sambutan Riuh Raya 2017 pada 15 Julai 2017 akan datang. Lokasinya adalah di tapak galeri jualan IJM Land di Seremban 2 pada pukul 3.00 pm hingga 6.00pm.

Salah satu konsep interior design dari IJM Land
Seperti sedia maklum, setiap tahun IJM Land akan mengadakan rumah terbuka dan kali ini "Riuh Raya 2017" yang akan di adakan di Seremban 2 dengan pelbagai aktiviti menarik serta persembahan secara langsung daripada selebriti terkenal Malaysia.

IJM Land akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk para pengunjung yang hadir ke rumah terbuka tersebut seperti Jamuan Hari Raya dengan pelbagai juadah hari raya secara buffet dan paling menarik IJM Land menyediakan Photobooth istimewa untuk pengunjung mengabadikan detik indah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara Hidangan Semasa Majlis Pelancaran Riuh Raya 2017
Selain daripada itu, pengunjung juga disediakan aktiviti "Spin The Wheel" di mana pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik sekiranya bertuah yang telah disediakan oleh pihak IJM Land. Pada sambutan rumah terbuka tersebut, pihak IJM Land Seremban 2 turut memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut.

Riuh Raya 2017, IJM Land Di Meriahkan Dengan Persembahan Akim & Majistret Dan Stacy

Kehadiran Selebriti ke Majlis Riuh Raya 2017 nanti

Pengunjung yang hadir pada majlis tersebut akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada selebriti tempatan seperti Akim & The Majistret, Stacy di samping kehadiran Adam AO dan Zulin Aziz sebagai amcees majlis itu nanti. Sudah pasti dengan persembahan daripada selebriti ini akan menjadikan majlis sambutan hari raya pada hari tersebut akan lebih meriah dan menggembirakan pegunjung yang hadir.

Ini merupakan salah satu usaha pihak IJM Land membina hubungan yang lebih rapat dengan komutini di Seremban 2 khususnya. Melalui program sebegini, ia akan menjadikan platform bagi IJM Land dalam mendekati masyarakat di sini dengan berkongsi kegembiraan meraihkan sambutan hari raya tanpa mengira bangsa dan kaum.


IJM Land merupakan sebuah syarikat hartanah yang terkenal dan mempunyai nama di dalam sektor itu selain mendekati komuniti dengan mengadakan pelbagai program. Ini merupakan usaha IJM Land untuk menyatukan masyarakat di sini dengan mengadakan pelbagai aktiviti sihat yang melibatkan mereka yang telah berkeluarga mahupun belum untuk sama-sama membina hubungan baik antara satu sama lain. Secara tidak langsung, usaha ini dapat mengembalikan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Bersama Stacy
Korang yang berdekatan di kawasan Seremban jangan lupa untuk hadir pada majlis ini bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya 2017.

Maklumat lanjut tentang IJM Land’s Riuh Raya 2017 :

Hubungi IJM Land Seremban 2 Sales Office di talian 1800 222 456.

2 Comments

  1. Seronok dpt jumpe stacy + akim.. ummi, lea singgah sahur sini n follow terus.. tak follow lagi rupenye kat sini..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿