Pelancaran Buku GAYA UNTUK BERJAYA dari CuteCarry

Sunday, July 30, 2017

Salam kesayangan,

Bersama penulis Buku Gaya untuk Berjaya iaitu pengasas CuteCarry Sdn Bhd
Baru-baru ini nora berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran buku GAYA UNTUK BERJAYA dan Majlis Hari Raya yang dianjurkan oleh CuteCarry Sdn Bhd di Seri Kembangan. Seronok datang ke majlis ini sebabnya ada makan-makan dan boleh dapat buku yang baru dilancarkan. Maklumlah hujung-hujung syawal hari tu kan, meriah jemputan rumah terbuka.

Majlis Pelancaran Buku Gaya untuk Berjaya



Apa yang menariknya pada majlis ini adalah pelancaran buku PERTAMA di Malaysia berkaitan Imej yang dikendalikan oleh seorang perunding imej yang berjaya dan telah mengendalikan seminar Imej dan Pembangunan kepada beribu peserta dan telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 


Suasana sepanjang Majlis Pelancaran dan Hari Raya
Buku GAYA UNTUK BERJAYA merupakan hasil penulisan seorang pakar perunding imej yang memegang jawatan sebagai Naib Presiden Federation of Image Professionals International (FIPI) Malaysia iaitu Hafiz Mustapha yang juga merupakan pengasas CuteCarry Sdn Bhd. Pada asalnya beliau seorang Blogger dan bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, dek kerana minat dengan penjagaan imej akhirnya beliau menubuhkan syarikat sendiri dan telah bertapak selama 9 tahun. Semenjak itu beliau aktif menjadi perunding imej tentang etika dan protokol. Beliau mengusahakan syarikat bermula dari bawah dan mengembangkan kerjayanya sebagai konsultant imej yang berjaya sehinggalah menghasilkan buku Gaya untuk Berjaya. Nora sifatkan beliau seorang yang peramah dan sangat murah dengan senyuman.


Cover buku Gaya untuk Berjaya
Bila buku yang baru dilancarkan berada di tangan, terus Nora belek satu persatu helaian buku Gaya untuk Berjaya. Menariknya buku ini adalah menerapkan 4 elemen imej ABCD iaitu:

1.     Appearance - Penampilan
2.     Behavior - Protokol dan Etika
3.     Communication - Komunikasi
4.     Developemnt - Pembangunan Diri dan Motivasi.

Dalam buku ini ada menerangkan 9 bab Gaya untuk Berjaya mengubah hidup dengan gaya penulisan yang santai dan mudah untuk difahami. Buku ini dikeluarkan khusus untuk mereka sama ada lelaki atau wanita yang ingin berjaya dan bergaya di dalam hidup iaitu sebuah buku yang boleh dijadikan sebagai panduan motivasi diri. Senang kata sesuai untuk semua yang ingin berubah terutama mereka yang tiada keyakinan diri untuk berjaya.


Nora berada di Pelancaran Buku Gaya untuk Berjaya
Selain itu, buku ini sesuai dijadikan hadiah untuk orang yang tersayang di mana hanya dengan senaskah buku mampu memberi impak positif yang bakal mengubah hidup korang dan orang sekeliling.


Antara perisian kandungan dindalam buku Gaya Untuk Berjaya
Nora minat dengan perisian di dalam buku ini, kerana ia memberi suntikan motivasi tentang penampilan imej yang mana ia menampilkan personaliti seseorang. Kulit buku yang simple berwarna putih sangat kemas dan menarik minat untuk membaca.

Untuk korang yang ingin mencari buku tentang motivasi untuk berjaya dengan keterampilan penuh keyakinan, Nora cadangkan korang baca buku ini. Harga buku ini hanya RM50 sahaja untuk Semenanjung Malaysia dan RM53 untuk Sabah dan Sarawak. Kalau korang dapatkan buku ini sekarang, korang berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa jam tangan daripada Chanel dan Fendi.


Bersama rakan blogger yang hadir
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang buku Gaya untuk Berjaya, korang boleh dapatkan maklumat seperti di bawah ini :

Website :www.cutecarry.com

You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿