Pika Pika Sparkling Bright Tea Party

Tuesday, July 25, 2017

Hye Girls,


Baru-baru ini Nora berkesempatan untuk sertai tea party yang dipilih oleh The Butterfly Project bertempat di Forent Blanc dengan anjuran Watsons Malaysia.

Ini merupakan pertama kali Nora sertai event beauty bloggers bersama Butterflly. Seronok sebab boleh berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan baru selain dapat ilmu tentang penjagaan muka dengan menggunakan produk penjagaan wajah/skincare dari Jepun iaitu PIKA PIKA hanya dijual di Watsons.

Produk Pika Pika hanya di Watsons
Pada permulaan tea party, Nora diperkenalkan dengan produk PIKA PIKA iaitu skincare dari Jepun yang berasaskan ekstrak buah-buahan semulajadi, AHA dan BHA untuk membantu membuang sel kulit mati serta kotoran yang tersumbat dalam liang pori. Selain itu PIKA PIKA diformulasikan dengan mineral dan whitening complex untuk membersihkan kulit mati dan menyerap lebihan minyak. Penerangan berkenaan produk PIKA PIKA ini diterangkan oleh wakil dari Watsons dengan jelas dan cukup terperinci berkenaan produk kecantikan dari Jepun ini.

Bagaimana cara bersihkan muka secara terperinci? Adakah menggunakan pencuci makeup terlebih dahulu kemudian menggunakan pencuci muka?

Ok, sekarang Nora dah cuba rangkaian produk skincare dari Jepun iaitu PIKA PIKA. Haaaaa, kalau korang nak tahu apa yang Nora perolehi dari hasil penggunaan rangkain produk Pika Pika semasa sesi tersebut, jom teruskan pembacaan korang.

Rangkaian Produk Pika Pika
Terdapat tiga produk Pika Pika yang digunakan secara bersama sebagai rutin pembersihan wajah tanpa perlu melakukan pembersihan dua kali ganda.

  • Pika Pika Sparkling Bright Cleansing Liquid
  • Pika Pika Sparkling Bright Peel Off Mask
  • Pika Pika Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel
Sepanjang berlangsungnya Pika Pika Sparkling Bright Tea Party yang paling seronoknya adalah No Mirror Makeup Challenge. First time join event beauty macam ni, teruja okay sebab makeup tanpa cermin. Haaaaaa kan ke susah namanya tu. Hehehehhe.

Antara Barang Makeup Nora Masa No Mirror Makeup Challenge

1. PIKA PIKA SPARKLING BRIGHT FRUITY CLEANSING LIQUID 

Pika Pika Sparkling Bright Deep Cleansing
Ini merupakan produk pembersih muka yang bertindak sebagai makeup remover dan membesih secara mendalam. Hanya perlu 1-2 pam sahaja dah boleh apply di muka dengan cecair yang sangat wangi dari Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid ni. Boleh apply secara lembut dan rata di keseluruhan muka kemudian bilas. Kalau nak tahu, gunakan pencuci muka ni, ia sangat mudah menanggalkan makeup terutama lipstick waterproof, mascara dan lain-lain. Apa yang best bila dah siap bilas muka akan terasa segar, lembut dan tidak tegang. Love it okay.

Maklumat Produk :
Harga : RM79 / 190ml
Penggunaan : Basahkan muka, pam 1-2 titis kemudian perlahan-lahan urut pada muka untuk menanggalkan makeup.

2. PIKA PIKA SPARKLING BRIGHT HOT & COOL CLEANSING GEL

Apply Pika Pika Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel
Selepas mencuci muka, apply pula Pika Pika Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel pada muka. Gel ini mempunyai menthol yang mana akan rasa sejuk pada kulit muka selapas menggunakannya. Selepas apply pada kulit muka, akan rasa nyaman, tenang, berangin je tau. Gel ini hanya apply di bahagian T-Zone sahaja terutama untuk wajah yang berminyak. Boleh apply 1 2 kali setiap minggu untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Maklumat Produk :
Harga : RM39/35gm
Penggunaan : Sapu di bahagian T Zone kemudian bilas.

3. PIKA PIKA SPARKLING BRIGHT PEEL OF MASK 

Pika Pika Sparkling Bright Peel off Mask
Untuk produk ketiga rangkaian produk kecantikan PIKA PIKA adalag Pika Pika Sparkling Bright Peel off Mask. Haaaaa dah cuci muka, dah hilangkan minyak pada muka sekarang time untuk manjakan kulit muka dengan memakai mask. Untuk mask dari Pika Pika ia berfungsi sama seperti pencuci muka yang mana dapat membantu mencerahkan kulit muka. Pika Pika Sparkling Bright Peel off Mask ini mengandungi Arbutin and clay white yang berfungsi merawat whitehead dan blackhead selain membantu mengatasi masalah kulit kusam. Texture yang berat namun menghasilkan kelembutan pada kulit. So bila apply pada muka akan mengambil masa untuk tunggu kering, oleh itu make sure apply dengan nipis sahaja. Haaaa menarikkan produk Pika Pika ni.

Maklumat Produk :
Harga : RM49/80gm
Penggunaan : Sapukan lapisan nipis pada muka, tunggu kering kemudian kupas.

So, Nora dah mencuba produk kecantikan dari Jepun ini dan mempunyai koleksi sendiri untuk miliki kulit muka yang sihat, segar dan lembut dengan ekstrak dari buah-buahan. Semua produk PIKA PIKA boleh di dapati di rangkaian Watsons di Malaysia. Jom pergi Watsons untuk miliki rangkaian produk Pika Pika. Nak cantik macam gadis Jepun, gunalah produk ini.

Sepanjang challenge berlangsung, banyak ilmu yang boleh digunakan untuk penjagaan kulit muka. 

Unicorn Ice Cream
Thank you Forent Blanc kerana menyediakan tempat yang cantik dan menyajikan kami hidangan pencuci mulut yang sedap dan menarik terutama Mini Unicorn Macarons dan Unicorn Ice Cream.

Dessert di Forent Blanc
So, di kesempatan ini Nora ucapkan terima kasih kepada Butterfly Project (Tammy) dan Watsons serta Forent Blanc untuk tea party yang superb ini. Sangat teruja dan seronok sangat. Hope next time dapat lagi sertai event seperti ini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari seperti berikut :

Watsons Malaysia

The Butterfly Project


You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿