Dairy Tooth Ice House Cafe, Sunway Pyramid

Monday, August 21, 2017

Hye uolsss!!!



Korang caya tak dekat Malaysia ni banyak makanan yang best-best malahan makanan dari luar juga banyak di jual di Malaysia. Banyak cafe-cafe mengambil peluang untuk mensasarkan menu pilihan mereka berdesarkan kecenderungan minat pemakanan rakyat Malaysia.


Egg Puff
Dairy Tooth terkenal dengan snack jalanan Hong Kong atau dikenali sebagai Nai Cha atau Egg Puff di kenali di sekitar Kuala Lumpur dan Klang Valley. Kini, Dairy Tooth telah membuka cawangan baharu yang ke-3 di Sunway Pyramid Mall selepas dua cawangan di Berjaya Time Square dan Jaya One, Petaling Jaya. Dengan adanya tambahan cawangan baharu, dapat memberi pengalaman berada di Hong Kong. So, Tidak perlu untuk terbang sampai ke Hong Kong, dah boleh menikmati Milk Tea yang super sedap dengan set authentic Hong Kong hanya perlu pergi ke Dairy Tooth Ice House Cafe di Sunway Pyramid.


Dairy Tooth Signature Milk Tea



Beverage at Dairy Tooth ; Manggo, Milk Tea, Passion Fruit, Salted Lemon
Untuk pengetahuan korang, Dairy Tooth Ice House berasal dari Hong Kong sejak tahun 2015. Tempat-tempat ini dipenuhi dengan budaya tempatan dan suasana mesra orang ramai menikmati hidangan ringan bersama segelas minuman sejuk. Suasana ini memberikan kenikmatan kepada pengunjung untuk merasai seperti di Hong Kong dengan makanan dan minuman ringan Egg Puff (Ram8.90) dan Hong Kong Milk Tea dengan harga RM2.00 selama 2 minggu mulai 14-27 Ogos 2017.


Yummy Milk Tea with Seaweed Egg Puff

Cawangan Dairy Tooth di Sunway Pyramid merupakan cawangan yang mempunyai konsep seperti kios selain daripada tempat yang strategi kerana mempunyai jumlah pengunjung yang ramai serta sebaris dengan kios makanan yang terkenal. Hidangan yang di tawarkan di Dairy Tooth Ice House adalah pilihan makanan untuk semua peringkat umur masyarakat seperti Milk Tea, Waffle, Roti Bakar dan Egg Puff.


Polo Bun


Wafle
Makanan dan minuman ringan di sini adalah Egg Puff dan Milk Tea yang mana Egg Puff di Dairy Tooth mempunyai pelbagai perisa seperti Wasabi, Seaweed, Sesame, Cheese dan Chocolate. Wowwww delicious because this is a traditional snacks which has the fragrance of eggs. So yummy okay bila Nora dah menikmatinya. Terasa kegebuan Egg Puff di sini.


Making Egg Puff with Cheese
Korang yang suka dengan makanan dari Hong Kong boleh cuba makanan di sini kerana lebih dari 1,000 kedai di Hong Kong, dan tiga berada di Malaysia menjadikan Dairy Tooth Ice House makin di kenali dan mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia.


Egg Puff and Chocolate Egg Puff


Outlets :
Berjaya Times Square
Level 3

Jaya One, The School

Sunway Pyramid
First Floor, Orange Zon


Info Lanjut :












You Might Also Like

4 ♥sweetcream♥

  1. menggoda sangat ni kak nora. ishhh sedap betul egg puff tu.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  2. baru rasa kak . saya suka. makan panas panas sedap :D

    ReplyDelete
  3. rasa dia mcm mana.. alaaa dah nampak ritu tp takut tak sedap hahahhaha

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿