Percutian Menarik Menginap Di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor

Wednesday, November 15, 2017

Salam kesayangan…


Seringkali kita pergi bercuti tanpa di rancang atau senang kata percutian main terjah sahaja. Kebiasaan percutian singkat kita lakukan hanya sekitar Malaysia tanpa memerlukan perancangan yang lama. Orang kata, terjah sahaja destinasi yang ingin dituju.


Kali ini, percutian menarik di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor yang membawa konsep penginapan “Back to Nature”. Sampai di sini kehadiran kami disambut baik oleh pekerja dan kakitangan De Palma Eco Resort.


De Palma Eco Resort menawarkan penginapan Chalet & Villa buat pengunjung yang ingin menginap di sini sebagai tanda menikmati suasana yang lebih privacy. Secara tidak langsung, para pengunjung turut merasai sendiri pengalaman melihat keindahan alam semulajadi di sekitar resort ini. Nora sangat recommended tempat ini untuk korang yang ingin lari dari kesibukan tanpa perlu pergi jauh untuk bercuti.


Untuk pengetahuan korang, De Palma Eco Resort, KualaSelangor terletak di kawasan perkampungan Kuala Selangor yang berhampiran dengan sungai Selangor. Persekitaran yang tenang dan nyaman jauh dari kesesakan kota pasti membuatkan percutian korang berbeza tanpa perlu memandu jauh dengan kos yang tinggi.


Seronok bercuti di sini habiskan hujung minggu bersama keluarga. Untuk lari dari kesibukkan, tempat ini sesuai berbeza dengan hotel 4 atau 5 bintang di tengah kota kerana De Palma Eco Resort, Kuala Selangor menawarkan bilik penginapan yang selesa bersama keluarga dengan 48 chalet dan 12 villa antaranya :

Chalet 
  • Superior (Single / Twin) – Harga Promo RM175.00++
  • Deluxe (Triple Sharing) – Harga Promo RM165.00++
  • Junior Suite (Family Room) – Harga Promo RM195.00++
  • Dara Suite – Harga Promo RM260.00++
  • Anjung Suite – Harga Promo RM280.00++
  • Malawati Suite – Harga Promo RM205.00++
  • Superior Villa – Harga Promo RM185.00++
Pada percutian 3 hari 2 malam kali ini, Nora menginap di Superior Villa dengan ruang yang cukup selesa dengan katil Queen + Twin yang memuatkan seramai 4 orang. Pertama kali melangkahkan kaki masuk ke dalam chalet ni, Nora tertarik dengan decoration yang simple dan selesa serta di atas katil telah tersedia sejadah. Ye la kan kebanyakkan chalet atau hotel tidak disediakan sejadah ataupun kita terpaksa mencari di dalam almari. Itupu kalau ada disediakan.



Apa yang diterapkan De Palma Eco Resort, Kuala Selangor adalah kerana resort ini sedang dalam proses untuk mendapatkan Syariah Compliance. Selain kemudahan sejadah dan kiblat di dalam bilik penginapan, De Palma juga menyediakan kemudahan seperti surau dan imam tetap yang dilantik khas untuk melaungkan azan setiap kali masuknya waktu solat fardhu.


Kemudahan dan Service yang Ada di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor 
  • Surau
  • Imam tetap
  • Kolam Renang
  • Kemudahan Dobi
  • Internet (WiFi)
  • Shuttle Service
  • City Tour(atas permintaan)
  • Penerimaan Penggunaan Kad Kredit

Sepanjang Nora menginap di De Palma Eco Resort ni, terdapat banyak aktiviti yang ada disediakan di sini. Senang kata, kalau korang ada plan nak buat team building atau riadah bersama family gathering sangat recommended untuk buat di sini dengan pilihan package yang disediakan.

Selain itu, korang juga boleh menikmati suasana seperti backpackers kerana De Palma Eco Resort turut menyediakan tapak perkhemahan sesuai untuk aktiviti sekolah dan pengakap dengan tempat yang menarik. Jadi, sekiranya tidak dapat tempat untuk menginap di chalet, korang boleh memilih untuk aktiviti adventure dengan camping bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Baru syok.!!!




Aktiviti-Aktiviti Riadah 
  • Horse Riding                       
  • Zumba
  • Berbasikal(Cycling)             
  • Team Building
  • Badminton                           
  • Jungle Tracking @ Night Walk
  • Volley Ball
  • Tele-match
  • Ice-Breaking
Rumbia Coffee House


Untuk pengetahuan korang, De Palma Eco Resort mempunyai restaurant yang diberi nama Rumbia Coffee House boleh memuatkan sekurang-kurangnya 150 orang dalam satu masa. Rumbia Restaurant dibuka bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 malam dengan menawarkan hudangan masakan tempatan dan hidangan barat. Suasana di dalam Rumbia Coffee House selesa, cantik dengan hiasan interior yang menenangkan.



Pihak De Palma juga menerima tempahan majlis makan malam mengikut konsep yang dikehendaki pelanggan seperti tema Bollywood, tema Cowboy, tema Lanun dan bermacam lagi bergantung kepada permitaan. Dinasihatkan untuk majlis sebegini harusnya memaklumkan lebih awal kepada pihak resort.




Destinasi Menarik Di Sekitar De Palma Eco Resort, Kuala Selangor

Sekiranya korang menginap di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor, korang boleh menikmati pemandangan cantik dan tempat-tempat menarik di sekitar resort dalam kawasan Kuala Selangor. Wowwww seronok sangat percutian singkat lari dari kesebokan boleh nikmati keindahan alam yang mendamaikan. Kalau datang ke Kuala Selangor jangan lupa untuk singgah di beberapa destinasi menarik antaranya :

Bukit Malawati



Ini kali kedua Nora datang ke Bukit Malawati yang merupakan destinasi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara. Bukit Malawati merupakan tempat bersejarah di zaman Pemerintahan Kesultanan Selangor yang pertama sehingga ketiga. Di sini terdapat  peninggalan sejarah seperti Batu Hampar, Meriam 3 sederet, Tangga Seratus, Busut Malawati, Pemandangan Selat Melaka dan paling best datang sini adalah dapat bermain dengan monyet yang berkeliaran di kawasan Bukit Malawati.



Pemandangan di sini sangat menarik maklumlah tempat bersejarah so, Nora tidak lepaskan peluang mengabadikan beberapa gambar di sini bersama monyet-monyet yang jinak. Dengan syarat korang pelu membawa makanan ataupun sekiranya tak berani boleh je selfie bersama monyet. Hehehehe



Untuk naik ke Bukit Malawati ni, ada disediakan TRAM atau keretapi sebagai kemudahan pengangkutan kepada pengunjung. Tak rugi bawa anak-anak dan keluarga datang sini sebab view yang menarik.

Keli-Kelip Kampung Kuantan


Merupakan destinasi pelancongan di Kuala Selagor. Ini kali kedua juga Nora datang ke sini. Kali pertama zaman anak dara datang bersama kawan-kawan study. Seronok datang sini sebab boleh tengok lebih dekat kelip-kelip even masa kecik memang suka tangkap kelip-kelip. Kelip-kelip merupakan khazanah yang semakin pupus di mana habitat ini tinggal di kawasan lembap seperti kawasan paya bakau.




Sky Mirror



Tarikan terbaru di Kuala Selangor adalah Sky Mirror iaitu pantai yang mempunyai perairan yang cetek terletak di “Pulau Misteri” yang dijumpai oleh penduduk tempatan. Siapa sangka tempat ini menjadi tarikan baru pelancong yang datang ke Kuala Selangor untuk abadikan gambar yang cantik.


Perairan yang cetek dan berpasir menjadikan kawasan ini kawasan yang lapang berada di tengah-tengah laut. Tarikan pelancong di sini adalah pantai yang memberi pantulan cahaya atau senang kata pantai yang mencerminkan langit sepanjang masa. Sky Mirror di beri nama kerana memberikan pantulan imej seperti refleksi dari cermin yang hanya berlaku pada waktunya.



Perjalanan dari jeti ke Sky Mirror ini mengambil masa selama 45 minit dan hanya satu trip perjalanan sahaja setiap hari. Perjalanan bermula lebih kurang jam 8-9 pagi dan hanya boleh berada di sana sehingga tengahari. Ini kerana kawasan ini hanya ada pada waktu-waktu tertentu sahaja maklumlah perairan cetek di tengah-tengah laut.


Setiap satu bot boleh memuatkan lebih kuran 10 orang dan harga pakej ke Sky Mirror adalah RM80/seorang.


Taman Alam Kuala Selangor


Taman Alam Kuala Selangor terletak berhampiran Bukit Malawati. Taman Alam ini merupakan kawasan peliharaan flora dan fauna dengan keluasan 200 hektar tanah yang sebahagiannya adalah paya bakau. Taman Alam ini mempunyai habitat yang tinggal di kawasan hutan skunder, muara sungai berlumpur, tasik payau yang mana dihuni oleh haiwan spesis lembap.

Kawasan ini menempatkan lebih daripada 150 spesis burung dan 100,000 burung terdiri daripada 30 spesis yang berhijrah ke sini pada aktiviti penghijrahan tahunan mereka. Oleh itu, melihat dan mengenali lebih dekat spesis burung merupakan salah satu aktiviti menarik di Taman Alam Kuala Selangor.


Terdapat empat jejak untuk melihat hidupan liar iaitu Egret Trail (550 meter), Pangolin Trail (1km), Bund Pantai (1.7km) dan Langur Trail (1.1km) masing-masing mengambil masa selama kira-kira 30 minit, 50 minit, 2 jam dan 2.5 jam.




Selain itu, terdapat juga Menara permehati untuk pelawat yang datang di sini. Juga dinasihatkan untuk membawa sendiri teropong dan kamera untuk pemandangan burung dan habitat haiwan lain. Di sini juga ada disediakan chalet untuk mereka yang berminat rasai pengalaman bermalam di hutan. Aktiviti di sini boleh disertai oleh murid sekolah sebagai pembelajaran mereka.



Waktu Operasi Taman Alam Kuala Selangor :
Harian: 9.00 pagi - 6.00 malam
Tambang / Kadar: Seperti di gambar

Kadar Bayaran :
RM4 untuk Dewasa,
RM1 untuk Kanak-kanak (di bawah umur 17 tahun)
RM 2 untuk Warga Emas (melebihi 60 tahun)

Sebenarnya seronok datang ke Kuala Selangor memandangkan banyak tempat menarik sebagai tarikan pelancong. Bagi korang yang inginkan percutian singkat bersama keluarga untuk lari dari kesibukan kota, boleh datang ke Kuala Selangor dan menginap di De Palma Eco Resort. Ini merupakan pegalaman yang menarik bagi Nora sepanjang berada di sini.


Trip kali ini sangat menyeronokkan. Sambil bercuti sambal tu kita boleh explore tentang keindahan alam yang ada di negara kita. Selain dari destinasi yang menarik Nora kongsikan di atas, di Kuala Selangor juga mempunyai pekan yang membangun dan tempat menarik yang lain tarikan pelancong adalah seperti Pasar Penambang, Makam Anak Dara, Muzium Bersejarah dan banyak lagi.

Banyak gambar-gambar yang Nora ambil sebagai kenangan. Walaupun dekat tetapi rasa tidak puas berada di sini. Untuk korang yang cuba lari dari hiruk pikuk kota boleh merancang percutian menarik di sini dan menginap di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor.

Kalau datang ke Kuala Selangor, Nora sangat recommended korang untuk menginap di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor kerana dapat merasai keindahan alam semulajadi.



Untuk keterangan lanjut sila hubungi:




Tel : 03-3289 7070

You Might Also Like

8 ♥sweetcream♥

  1. Wow menarik tempatnya. Teringat zaman cari kerang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh akubiomed ade kenangan di Kuala Selangor ye.. Best kan sini banyak tempat menarik yang belum habis di explore

      Delete
  2. First time pi sini...lepas ni nak bawak family pi sini gak...nak diorang experience jugak...seronok kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak SA. Saya pun nanti nak bawa zarra. sebab dia xpernah pergi tempat2 mcm ni..

      Delete
  3. pernah stay sini masa outstation kuala selangor dlu...ada tgk bloggers update p sky mirror tu...cantik

    ReplyDelete
  4. Best giler sebenarnya walaupun penat.. xpuas nya kt Sky Mirror tu

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿