Thymos Anti Sinus Allergies Spray Membantu Mengatasi Radang Sinus Dan Allergy

Wednesday, February 14, 2018



Thymos Anti Sinus Allergies Spray Membantu Mengatasi Radang Sinus Dan Allergy |
Untuk korang yang mempunyai masalah allergy ataupun resdung meh baca apa yang ingin Nora kongsikan pada korang. Kebiasaannya kita ambil mudah akan perkara sebegini kerana ia berlaku pada keadaan-keadaan tertentu sahaja. Kali ini Nora akan kongsikan cara untuk mengatasi masalah radang sinus ataupun allergy. Sebelum itu, apa kata kita kenali dulu apa itu Sinus.

Sinus adalah penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ramai antara kita yang kaitkan sinus dengan penyakit resdung walaupun sebenarnya ia tiada kaitan dengan resdung. 



Nora sering mengalami gatal-gatal hidung, hidung berair, hidung tersumbat dan kerap bersin setiap pagi mahupun bila terkena habuk. Selain itu, Nora juga akan alami gatal pada muka, dan mata. Ini merupakan tanda-tanda allergy ataupun sinus. Korang yang ada masalah sama seperti Nora pasti tahu akan rasa ketidakselesaan sekiranya allergy atau sinus melanda dekat diri korang.

Simptom yang sering dikaitkan dengan pesakit Sinus adalah :

  • Selesema
  • Demam
  • Rasa Letih
  • Sakit di bahagian muka apabila ditekan
  • Rasa sakit apabila menundukkan kepala
  • Sakit kepala / migrane

Penyakit ini kadang-kadang boleh terjadi disebabkan oleh debu, perubahan cuaca dan juga makanan. Macam Nora seringkali alami bersin, selesema, gatal muka dan mata apabila berlaku perubahan cuaca dan juga debu. Memang alah sangat-sangat dengan debu, kalau mengemas rumah habis naik merah-merah dan gatal-gatal pada muka.


Bila perubahan cuaca terutama cuaca sejuk, Nora kerap akan alami tersumbat hidung, hingus yang jernih (rhinorrhea), bersin dan sakit kepala. Terus terang bila ini terjadi memang susah nak tidur. Hingus yang keluar tu dah macam air dan susah nak hembus sebab automatik tunduk kepala boleh keluar sendiri. Haaa gitulah seksanya rasa apabila allergy tu melanda Nora.

Simptom yang Nora alami lebih kepada allergy iaitu alahan rhinitis. Bagi korang yang mempunyai penyakit sinus pasti akan mengalami hingus berwarna hijau, kuning atau bercampur darah, sakit kepala yang sangat seperti migrane, akan alami rasa sakit pada hidung, pipi dan juga dahi. Bila alami simptom ni, hidung past tersumbat dan badan seakan rasa nak demam.

Sebagai seorang pesakit yang mengalami simptom-simptom seperti yang dikongsikan di atas, Nora telah menemui satu bahan disinfektan yang mampu melegakan radang sinus dan allergy. Ubat yang Nora maksudkan adalah THYMOS Anti Sinus/ Allergies Spray iaitu produk keluaran THYMOS dari London yang kini ada dijual di Malaysia.




THYMOS Anti Sinus/ Allergies Spray

Baru-baru ini Nora diperkenalkan dengan produk baru untuk mengatasi masalah allergy dan sinus yang Nora alami selama ini. THYMOS Anti Sinus/ Allergies Spray merupakan produk dari luar Negara yang kini berada di pasaran Malaysia.

THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray mempunyai penyelesaian revolusi yang berkesan bagi mengurangkan alahan yang disebabkan oleh bakteria. Dengan menggunakan Spray ini, ia cepat memberi perlindungan dalam jangka masa panjang sehingga 12jam terhadap mereka yang mengalami alahan sepanjang hari.



Semenjak Nora menggunakan spray keluaran THYMOS ni, memang sangat membantu mengurangkan masalah alahan dan sinus Nora. Bangun pagi tidak ada lagi bersin mahupun selesema. Cuma setakat ini apabila debu Nora masih menghadapi alahan seperti gatal muka dan mata cuma tahap keradangan sinus itu sudah berkurangan.

THYMOS Anti Sinus/ Allergies Spray mempunyai kekuatan kuasa melepaskan ion negatif bagi melindungi alahan pada bakteria berbahaya. Dengan menggunakan mineral yang berkualiti tinggi, Thymos mengaktifkan perlindungan secara automatik apabila bersentuhan dengan udara dan cahaya. Dengan ini, tiada lagi pertumbuhan bakteria dan bakteria dapat dihancurkan.

Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan secara utomatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam.


Cara Penggunaan THYMOS Anti Sinus/ Nasal Allergies Spray


1. Sembur di bahagian baju seperti memakai minyak wangi

2. Sembur pada bantal bagi mengurangkan alahan sinus

3. Sembur diudara atau jarak permukaan muka bagi mengurangkan kerangsangan sinus.

Nora cadangkan supaya mengguna dosage seperti yang disarankan oleh THYMOS,  sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada, dan 6 semburan pada bantal atau katil sudah cukup.

Sangat selesa selepas menggunakan THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni tau. Hanya perlu sembur setiap hari untuk mendapatkan keselesaan hidung yang kurang berair dan bangun dalam suasana yang sempurna. Hanya sembur dapat melegakan segera keradangan kerana THYMOS Anti Sinus/ Allergies Spray ni mampu membunuh 99.999% bakteria hanya dengan 60 saat sahaja.





Selain itu, spray ini membantu menguatkan antibodi dalam diri Nora. Ia juga bebas alkohol, bahan kimia toksik, wangi-wangian dan steroid. THYMOS Anti Sinus juga memberi perlindungan selama 12 jam kerana proses pembuatannya menggunakan teknologi paling maju di dunia iaitu teknologi AirShield yang tidak dapat dilihat dan perlindungan teknologi revolusi yang luar biasa dari UK.

Kini tiada lagi allergi dengan Thymos Anti Sinus/ Allergies Spray.

Untuk maklumat lanjut tentang produk keluaran THYMOS boleh layari web seperti berikut :

Facebook : @thymos.uk
Instagram : @thymos.global
Web : https://www.thymosglobal.com/

Produk Thymos juga boleh didapati di Guardian yang berhampiran dengan korang atau boleh layari laman web berikut :

Malaysian Distributor: http://www.enapakmarketing.com/

Atau



You Might Also Like

2 ♥sweetcream♥

  1. Wah sekali spray tahan 12 jam tu. Boleh recommend dkt husband ana ni since dia ada resdung.

    ReplyDelete
  2. Mcm sesuai utk mama be ni.. tersalah nk try puka

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿