Glow Gelenggang Penawar Gatal Gatal Kulit Sensitif Dan Alahan

Thursday, March 22, 2018

Salam kesayangan...

Sejak akhir-akhir ni keadaan cuaca di luar sana tidak menentu dengan cuaca sangat panas dan adakala hujan. Bila keadaan cuaca tak menentu kesihatan kita juga kerap terganggu kan nak-nak cuaca panas lit lit memang berpeluh sepanjang hari. Buka kipas paling maksimum pun rasa tak mampu hilangkan haba panas.


Set Glow Gelenggang
Maka, bila keadaan cuaca begini pasti buat mereka yang mempunyai alahan kulit rasa tidak selesa. Anak Nora si Zarra memang ada alahan kulit since dia bayi lagi. Masalah yang Zarra hadapi apabila cuaca terlalu panas dia akan mudah naik kemerahan atau gatal-gatal pada tengkuk, pelipat dan siku. Namun, sejak dia dah berumur 6-7 tahun ni, Zarra kerap rasa gatal pada tengkuk dan sometime naik kulit kering di bahagian tangan apabila berpeluh mahupun tersalah makan terutama di bahagian siku.

Kalau dulu Nora sering gunakan krim atau mandian brand Buds, tapi sekarang Nora dah jarang menggunakannya kerana nora lihat Zarra dah boleh handle rasa gatal pada bahagian tangan dan leher. Kadang-kadang kesian juga tengok dia, ye lah diakan perempuan tapi tidak miliki tangan dan siku yang licin sebaliknya kesan kulit kering dan ada masa kelihatan seperti tompok2 putih di bahagian siku seperti panau.

Zarra dengan Set Glow Gelenggang
Bila dah besar ni Zarra selalu tanya kenapa dengan siku dia tangan dia sebab tak cantik. Slowly Nora terangkan sebab kulit kering. Dulu-dulu masa Zarra di bawah jagaan nenek dia, memang mak Nora akan gunakan daun gelenggang. Ye lah duduk kampung senang nak dapat kita yang di bandar ni kenal pun tidak daun tu macam mana kan. Mak kata, daun gelenggang sangat baik dari segi perubatan tradisional dan sekarang susah nak dapatkan pokok gelenggang dan inisiatif lain untuk dapatkan daun gelenggang hanya dengan alternatif lain untuk dapatkan khasiat daun ini yang kini banyak di pasaran yang jual produk berasaskan daun gelenggang.


Daun Gelenggang ; Sumber Google
Untuk pengetahuan korang, Glow Gelenggang merupakan produk organik & bebas bahan kimia yang membantu melegakan rasa gatal pada kulit yang disebabkan oleh eczema, panau, kurap, psoriasis, kudis buta, resdung & lain-lain masalah kulit. Glow Gelenggang ni boleh digunakan di keseluruhan badan dan jugak muka kerana boleh dijadikan sebagai pencuci muka. Senang kata, sambil merawat sambil mencantikkan kulit.

Bahan yang ada di dalam Glow Gelenggang antaranya Herbal Oil Habatus Sauda. Terus terang Nora kata, sabun Glow Gelenggang memang wangi dan bau seakan bau coklat dan ada seakan bau vanila sampai rasa nak makan pula tapi awas jangan makan okeh. Fungsi minyak herba ini untuk merawat bahagian kulit yang terkena kurap, panau, kudis, gatal-gatal dan jangkitan lain pada kulit.  Caranya cukup senang cuma perlu sapu sampai mesra di kulit dan jangan risau untuk sapukan pada wajah juga. Bau yang harum bau herba cukup rasa menenangkan.
Sabun dan Minyak Herba Glow Gelenggang
Terdapat dua jenis Glow Gelenggang iaitu sabun dan minyak herba. Glow Gelenggang diformulasi dengan bahan semulajadi dan bebas bahan kimia serta bebas steroid. Based on organic memang sesuai untuk yang menghadapi masalah gatal-gatal kulit sebabnya kalau sapu ubat yang ada steroid kulit jadi baik tapi meninggalkan kesan seperti panau. Jadinya bahan-bahan yang terkandung di dalam produk Glow Gelenggang adalah :

1. Herba Gelenggang
2. Argan Oil
3. Olive Oil
4. Habbatus Sauda
5. Crystal Menthol
6. Susu Kambing

Terus terang Nora kata, yang Nora memang tidak mengenali pokok Gelenggang. Korang kenal tak pokok ni? Nama saintifik bagi pokok gelenggang adalah Cassia Alata. Orang dulu-dulu cukup sinonim dengan daun gelenggang yang banyak khasiat teruatama untuk rawatan kulit akibat daripada gatal-gatal. Pada masa kini, dilihat daun gelenggang sukar untuk diperolehi, jadi dengan adanya produk Glow Gelenggang sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk mengatasi masalah kulit gatal-gatal.

Bau minyak Glow Gelenggang bau vanila dan coklat
Untuk dapatkan set produk Gloe Gelenggang mudah sahaja hanya melalui whatsapp ke no. 014-5445951 dengan promo code NORA10 untuk dapatkan diskaun sebanyak RM10.

Selain itu, berikut adalah info berkenaan Glow Gelenggang



Instagram : @GLOWGELENGGANG



You Might Also Like

1 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿