Rawatan Oxygen Facial Terbaik Dan Murah Di Dr Medispa And Wellness

Sunday, April 29, 2018


Salam kesayangan...

Sebagai seorang wanita sudah semestinya ingin memiliki kulit wajah yang sihat dan bersih. Semakin bertambah usia membuatkan kulit wajah kita memerlukan penjagaan rapi terutama apabila sering terdedah dengan cuaca panas, dan udara kurang bersih.


Rawatan Muka Oksigen (Oxygen Facial)
Selain itu, kemasukan oksigen dan nutrien ke kulit yang semakin berkurang juga boleh menyebabkan kulit hidrat atau kering. Bagi seseorang wanita yang mementingkan penampilan diri, hal ini sudah semestinya menjadi masalah seperti cela hitam, jerawat, kulit kusam dan pigmentasi bukan sekadar menjejaskan penampilan malah menghakis keyakinan diri.

Tanda kulit kekurangan oksigen apabila timbul kedut halus dan kulit tampak kusam yang seharusnya diberi perhatian. Haaa inilah yang Nora alami yang mana kulit Nora kelihatan kusam dan adakala kering.





Baru-baru ini Nora berkesempatan ke Dr Medispa And Wellness untuk menerima rawatan facial bagi masalah kulit kering dan berminyak. Ini pertama kali Nora datang ke spa yang terletak di Jalan Reko, Kajang menawarkan rawatan oksigen pada harga berpatutan iaitu hanya RM150 sahaja. Haaa murah sangat berbanding spa yang lain pernah Nora ketahui.



Lebih menarik lagi, Dr Medispa And Wellness yang dibuka ini menawarkan perkhidmatan profesional oleh doktor perubatan bertauliah yang pastinya menjamin keselamatan dan kebersihan tanpa keraguan terhadap kesan sampingan seperti sesetengah pusat kecantikan yang lain.


Sebelum Rawatan Form Pelanggan untuk Dianalisis

Bagi menjamin kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan, doktor akan dianalisis terlebih dahulu kulit wajah. Haaaa, mula-mula doktor cek kulit muka Nora untuk memastikan rawatan apa yang sesuai. Doktor cadangkan untuk Nora membuat rawatan Oxygen Facial dan Anti Aging memandangkan kulit Nora yang kering, kusam dan mula ada jeragat. 


Apply Mask Rose
Sebenarnya banyak lagi rawatan yang ditawarkan di Dr Medispa And Wellness dan terbukti ia memberi kesan yang positif. Antara rawatan yang ada di sini seperti rawatan Hydradermabrasion, Pigmentasi, dan banyak lagi. Korang juga boleh dapatkan pakage rawatan dengan promosi yang sedia ada.




Apakah Rawatan Muka Oksigen (Oxygen Facial)

Salah satu terapi wajah yang baik untuk meremajakan kulit adalah rawatan muka oksigen. Rawatan muka oksigen adalah satu prosedur bukan perubatan yang tidak memerlukan suntikan atau penggunaan mana-mana bahan kimia.

Sebelum rawatan oksigen dimulakan, doktor akan membersihkan wajah untuk memastikan bahawa ia bebas daripada kotoran dan minyak yang berlebihan. Selepas pembersihan wajah, seterusnya adalah proses merawat akan menggunakan mesin yang akan menyerap masuk oksigen terus ke dalam liang-liang pori pada kulit wajah.


Proses Buang Whitehead
Oksigen yang digunakan biasanya ditambah dengan beberapa suplimen yang baik untuk kulit seperti vitamin bagi membantu kulit kekal anjal dan mengurangkan atau menghilangkan terus garis-garis halus dan kedutan pada wajah. Di Dr Medispa And Wellness, menggunakan serum Rose di mana bau yang wangi dan rasa segar pada kulit wajah.


Proses Rawatan Muka Oksigen
Proses memasukkan oksigen dalam kulit muka ni tidak menyakitkan dan ia membekalkan oksigen ke dalam kulit supaya ia boleh bertindak dengan lebih cepat.
 
Apakah Kebaikan Rawatan Muka Oksigen

1) Melancarkan aliran darah untuk kesegaran kulit
2) Mengecutkan jerawat dan pudarkan parut jerawat
3) Menjadikan kulit lebih lembap, halus dan mulus
4) Mencerahkan kulit serta lingkaran hitam di bawah mata
5) Mengurangkan ‘eye bag’ di bawah mata
6) Meningkatkan keanjalan kulit agar tampak lebih muda



Sepanjang proses rawatan muka oksigen, doktor memberi beberapa tips untuk mengatasi kulit Nora yang kering dan berminyak. Salah satunya Doktor pesan cari sunblock yang mempunyai SPF 50+ sebelum menggunakan foundation dan kerap apply alovera atau hyaluronic acid pada muka sebagai pelembab dan menutup garis-garis halus pada wajah.

Rawatan Oksigen : Memasukkan Serum

Doktor juga menerangkan bahawa rawatan ini juga menjadikan kulit kurang kusam dan lebih bermaya di samping melicin serta menyegarkan kulit. Selain itu, sepanjang proses rawatan muka oksigen ini penggunaan LED Mask  juga membantu untuk meningkatkan peredaran darah di kulit.


Mask LED
Selepas menerima rawatan, kulit muka terasa lebih lembab dan soft serta tampak licin dan berkilat. So, untuk Nora perlu datang lagi menerima rawatan bagi memastikan kulit benar-benar sihat dan pigmentasi dapat dikurangkan... Risau tau umur baru 30++ dah ada jeragat bertepek-tepek.



Untuk menerima rawatan muka yang terbaik, Dr Medispa And Wellness sangat recommended untuk korang cuba di sini dengan pelbagai rawatan yang disediakan selain terdapat beberapa promotion dengan harga yang bagi Nora sangat berbaloi.


Rawatan Oksigen atau Anti Aging yang Nora buat ni hanya RM150 sahaja tau. So, kalau korang rasa murah dan berbaloi apa tunggu lagi, Dr Medispa And Wellness menawarkan rawatan yang "awesome" ini untuk semua para wanita di luar sana yang ingin miliki kulit yang cantik dan sihat.



Nak buat facial murah macam ni? Layari laman web atau terus booking appointment untuk rawatan seperti berikut :

Facebook : Dr Medispa And Wellness | Instagram : @drmedispawellness

No. Telefon : 013-7706708 / 016-9377392 

Alamat :

Dr Medispa And Wellness
No. 6 Jalan Reko Sentral 6
Reko Sentral, 43000 Kajang
Selangor


You Might Also Like

13 ♥sweetcream♥

  1. Wah bestnya Nora.. me time la masa ni

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya Nora, kalau tak sakit teringin juga nak buat nanti.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. best kan buat rawatan muka..akak dpt yg Toscana tu..tgh fikir bila nak redeem

    ReplyDelete
  4. menarik rawatan ni sebab takde suntikan semua tu. harga pun murah je. nak try lah nanti.

    ReplyDelete
  5. besntyaaa dh lama tak buat facial.. muka pun dh kusam ni T_T
    follow sini #1346

    ReplyDelete
  6. bestnya manjakan kulit mukaaa

    ReplyDelete
  7. Wah bestnye dapat belai manja wajah kan.

    ReplyDelete
  8. Uuuu..ploles lah lepas ni dia. Hehehe..rawatan oksigen ni harituh Nany ada pergi gak. Tapi kat Hannan Medispa. Cuma aprt buang whitehead tuh die sedut guna ape ntah. Heheh..anyway, lama juga tak berfacial. Nak kena buat balik ni.

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat buat treatment untuk muka Bonde suka juga tapi tak ada masa... Nanti ada masa yg sesuai nak pergilah

    ReplyDelete
  10. Memang nampaklah lerbezaan kulit muka nora before and after...adter lg nampak glowing dan cerah

    ReplyDelete
  11. Lama tak pi spa.. teringin nak p lg

    ReplyDelete
  12. Wah bestnya kak. Sesekali buat rawatan muka rasa fresh ja kan.

    ReplyDelete
  13. Bestnya sempat lagi ne nak booking untuk muka raya.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿