Untuk peringkat awal perkembangan anak-anak sudah semestinya sebagai ibu bapa ingin memberikan pendidikan yang terbaik seiring dengan perkembangan mereka. Oleh itu, di sini Nora ingin kongsikan sedikit tentang Pendidikan prasekolah iaitu pendidikan asas yang penting dan telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat, kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterima dirumah.

Di Malaysia, program pendidikan awal kanak kanak adalah untuk golongan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di tahun satu sekolah rendah. APC Readiness Global Sdn Bhd menjadi medium pilihan ibu bapa untuk peringkat awal memberi pendidikan kepada anak-anak.

APC Readiness Global Sdn Bhd

APC Readiness Global Sdn Bhd ini adalah sebuah syarikat Muslim bumiputera dari Melaka. Syarikat ini telah berada dalam bidang jualan produk kesihatan dan pendidikan awal kanak-kanak selama 18 tahun. Wah, memang lama dah APC berada di Malaysia. Antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat APC Readiness Global Sdn Bhd adalah Jus Anasera.

Untuk makluman korang, APC Readiness Global Sdn Bhd diusahakan oleh Mohd Redzuan Hasan @ Awang Redzuan bersama isteri Nor RaĆ­dah Bt Jalil. Beliau juga menjalankan perniagaan cenderamata, pakaian, uniform, baju sukan sekolah serta percetakan banner, bunting dan fliers. Perniagaan ini diusahakan secara serius memandangkan permintaan tinggi di kalangan pelanggan selain menjadi pembekal utama kepada syarikat APC- Anak Pintar Centre syarikat.

Selain itu juga, syarikat APC Readiness Global Sdn Bhd ini juga menjalankan perniagaan Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak sekitar Melaka, Seremban dan Selangor yang mempunyai 12 cawangan keseluruhannya. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah meluluskan lesen operasi seluruh cawangan Taska Anak Pintar  yang ada.

Taska Anak Pintar di bawah kelolaan APC Readiness Global Sdn Bhd juga diberi kepercayaan oleh beberapa agensi kerajaan bagi mengendalikan Taska ditempat kerja. Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah, MITC-PKNM, JAIM-MASJID AL-AZIM & Pusat Jagaan Anak Pintar Taman Tasek Ayer Keroh, Taska USIM- USIM NILAI, TASKA LHDN Melaka Pejabat Tanah & Galian Alor Gajah-Taska Anak Pintar, Hospital Alor Gajah-Taska Anak Pintar, Majlis Perbandaran Kajang-Taska Anak Pintar. Oleh itu adalah diyakini bahawa Taska Anak Pintar mampu dan berupaya didalam mengendalikan Taman Asuhan Kanak-Kanak dengan baik.



Objektif Organisasi

APC Readiness Global Sdn Bhd telah menyusun objektif syarikat agar ia mencapai visi dan misi syarikat dalam menjalankan perniagaan Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak antaranya adalah :

1. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
2. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
3. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.
4. Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil
5. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

Modul Pendidikan - APC

APC Readiness Global Sdn Bhd telah merancang dan mengadaptasikan modul pendidikan yang dikenali sebagai pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak di Taska Anak Pintar. Modul pendidikan ini bukan hanya tertumpu kepada bahagian asuhan, tetapi juga terhadap pertumbuhan kanak-kanak.

Modul terperinci yang menjadi bahan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak yang menggunakan konsep bermain sambil belajar, yang boleh diketegorikan dalam 6 aspek penting seperti berikut:

1. Perkembangan fizikal
2. Perkembangan Kognitif/mental
3. Perkembangan Bahasa
4. Perkembangan Sosio Emosi
5. Program Penerapan Fardhu Ain
6. Penerapan Jasmani & Rohani Berasaskan Islam

Haaaa, korang yang mempunyai anak berumur 4 hingga 6 tahun boleh membuat servey dalam memilih pusat asuhan dan prasekolah untuk anak-anak korang. Pastinya kita sebagai ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Jadi sekiranya korang berminat untuk menghantar anak ke taska di bawah kelolaan APC Readiness Global Sdn Bhd boleh hubungi atau hadir terus ke alamat seperti berikut :

HQ 5476-A Kompleks MITC,
Jalan Konvensyen Ayer Keroh
75350 Melaka

H/P : 017-663 2373
Office: 06-2339944 / 06-2892344 / 06-7986035

Atau

Email di info@taskaanakpintar.com

4 Comments

  1. Pendidikan anak-anak dari awal memang sangat oenting, kaji dan buat pilihan yg terbaik untuk anak anda..medium pembelajaran yang bagus juga harus dititik beratkan..

    ReplyDelete
  2. Lama dah ye APC Readlines ni ye rupanya. Bila baca modul2 yang diajar tu memang bagus sgt utk pembelajaran anak2.

    ReplyDelete
  3. Tq sharing kak. Anak kite tahun depan boleh masuk prasekolah dah.

    ReplyDelete
  4. Modul modul yang ada memang bagus untuk pembelajaran anak anak

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿