Ayam Gepuk Pedas Berapi

Sunday, November 10, 2019

Assalamualaikum...

Ayam Gepuk Pedas Berapi | Salam kembali bersiaran. Macam chipsmore dah blog ummizarradotcom ni kan. Kekangan masa dan ketandusan idea.

Ayam Gepuk Wak Lamat

Ok, kembali pada entri kali ni, Nora nak share dengan korang tentang kesedapan Ayam Gepuk Pedas Berapi yang semakin mendapat perhatian. Actually yang Nora tahu, Ayam Gepuk terkenal dengan tahap kepedasannya. Ayam Gepuk yang selalu mendapat liputan adalah Ayam Gepuk Pak Gembus.

AYAM GEPUK WAK LAMAT

Tapi, kali ni Nora nak share dengan korang Ayam Gepuk Wak Lamat. Semenjak duduk kawasan pendalaman, pilihan tempat makan kira terhad juga. Satu hari ni, Nora dan suami jalan-jalan area Bandar Baru Serting dan ternampak gerai makan Ayam Gepuk. Decide dengan suami nak cuba makan dekat gerai ni.

Ayam Gepuk Pedas Berapi

Ayam Gepuk Wak Lamat menyediakan menu pilihan Ayam Gepuk pedas berapi bersama sambal yang mempunyai tiga pilihan tahap kepedasannya. Tahap kepedasan sambal Ayam Gepuk Wak Lamat terdiri daripada Normal, Spicy, dan Extra Spicy.

Ayam Gepuk Pedas Berapi
Foto - Google

Terdapat empat pilihan set menu iaitu Set A, Set B, Set C dan Set D dengan harga serendah RM7.80. Haaaa, dalam setiap set menu tu berbeza dari segi tambahan tempe goreng, tauhu goreng, pedal ayam, hati ayam. Apa yang pasti kobis dan timun ada disetiap hidangan menu tersebut.

Ayam Gepuk Wak Lamat
Foto - Google

Apa yang Nora boleh kata, set A yang Nora dan suami ambil dengan tahap kepedasan Normal, itupun telah buatkan kami rasa berapi. Dalam rasa pedas tu tapi sedap nak makan lagi. Kurangkan pedas dengan tambah kicap yang tersedia atas meja. Hehhehee...

Ayam Gepuk Pedas Berapi

Nora suka makan dekat Ayam Gepuk Wak Lamat ni, sebab ayam dia besar, rasa sambal dia tu sedap pedas berapi. Even kedai ini hanya sebuah gerai tapi ada masanya ia mendapat sambutan pelanggan yang ramai. Ada yang order untuk di bawa balik. Part seronoknya bila tengok yang tenyeh cili tu. Perghhhhh tengok cili merah-merah tu rasa wowww berapi.

Nora boleh beri 7/10 Ayam Gepuk Wak Lamat, recommended untuk korang di kawasan sekitar cuba menu Ayam Gepuk Pedas Berapi yang viral masa kini.

Untuk maklumat lanjut :

Contact : +60 13275 2127


Penafian : Entri ini dinilai mengikut citarasa admin.




You Might Also Like

11 ♥sweetcream♥

  1. Suka makan peeas tapi x berani lagi dh since ada ada radang usus...serik nak makan pedas tp tgok ayam tu nampak sedap betul laaaa

    ReplyDelete
  2. Uihh so yummyyy la tgk.. Dulu pernah gi serting ni..lain kali blh la merasa kalau singgah lagi serting..

    ReplyDelete
  3. uit sedap ni Nora.dulu tak ada pun ayam gepuk pedas ni. nampak sedap pulak.bab bab pedas ni memang dak mimi suka

    ReplyDelete
  4. Pedas mmg best cuma esok paginya tu mmg ke tandas jwabnya hehe...done follow 1385

    ReplyDelete
  5. Wah pertama kali tahu pasal makanan ni. Berapi betoi tengok gambaq nya 😅

    ReplyDelete
  6. tengok cili dia rasa sebu perut hahahah

    ReplyDelete
  7. Depan office ni ada restoran Ayam Gepuk Pak Gembus resepi dari Yogyakarta..
    Resepi ayam gepuk mesti dengan sambal pedas berapi kann cuma nama berbeza..

    ReplyDelete
  8. Selalu yang pedas tu yang sedap kan. Aishh terliur pulak tgk ayam gepuk ni. Kalau dekat lama ku terjah.

    ReplyDelete
  9. nmpk cm sedap tu.. adeh.. terus lapar..

    ReplyDelete
  10. ni menangis ni kalau berapi.. perut akak selalu x tahan dgn cili mcm ni

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿