Pernah dengar tak ayat ni "Eh, jangan makan kicap nanti parut jadi hitam!". Nora percaya mesti pernah dengar kan? Lagipun memang ramai yang cakap macam tu. Tapi persoalannya sekarang, betul ke kalau makan kicap selalu boleh menyebabkan parut luka menjadi hitam pada kulit? Ke kicap buat parut luka jadi gelap dan hitam ni hanyalah sekadar mitos saja semata-mata? Untuk menjawab persoalannya ni, jom kita baca artikel ni. 

Kicap buat parut luka jadi gelap?


Terdapat kepercayaan yang menyatakan jika anda mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap. Ini kerana dikatakan warna gelap daripada kicap tersebut akan menyebabkan kuping parut menjadi gelap dan meninggalkan parut yang tidak dapat dihilangkan. 


Untuk pengetahuan anda, kacang soya mengandungi sejenis asid amino yang dinamakan sebagai tyrosine dan ia boleh menggelapkan warna kulit. Tyrosine akan bertukar menjadi melanin apabila anda terdedah kepada cahaya matahari. Melanin pula adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab terhadap warna kulit yang gelap. Walau bagaimanapun, di sebalik kewujudan tyrosine dalam kacang soya, ia masih bukan menjadi penyebab luka anda gelap. Mengapa? 
Ini kerana kacang soya bukanlah satu-satunya jenis makanan yang mengandungi tyrosine. Terdapat pelbagai lagi jenis makanan lain yang mengandungi tyrosine seperti keju, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam, kekacang dan bijirin penuh. Senang kata, apa yang anda makan setiap hari sebenarnya mengandungi kandungan tyrosine. Anda makan ayam setiap hari, tetapi tyrosine dalam ayam tidak pula menyebabkan tubuh badan anda berwarna merah jambu. 

Tyrosine dan fungsinya terhadap tubuh

Fungsi sebenar tyrosine adalah untuk menghasilkan bahan kimia otak bagi membantu sel saraf berkomunikasi dan mengawal selia mood. Tyrosine juga meningkatkan kewaspadaan, perhatian dan fokus seseorang individu. Tubuh badan anda hanya menggunakan tyrosine apabila diperlukan dan pengambilan banyak makanan yang mengandungi tyrosine tidak akan menjadikan tubuh badan anda lebih gelap. 
Ia juga tidak akan meningkatkan penghasilan melanin dalam tubuh anda kerana anda masih memerlukan sinar matahari untuk menggelapkan warna tubuh. Pokok pangkalnya, tyrosine semata-mata masih tidak akan menggelapkan tubuh anda tanpa pendedahan terhadap sinar UV.

Parut chicken pox bukan sebab kicap?

Ya, kicap bukan penyebab terjadinya parut yang gelap pada chicken pox. Parut akibat chicken pox sebenarnya terbentuk disebabkan oleh aktiviti menggaru yang menjejaskan proses penyembuhannya dan meningkatkan risiko jangkitan bakteria. Sekiranya anda mahu mengelakkan parut gelap akibat chicken pox, jangan sesekali menggarunya. Hilangkan kegatalan yang dialami dengan cara mandian air sejuk atau penggunaan losyen calamine.
Secara logiknya, jika anda menganggap makan kicap boleh buat luka jadi hitam, anda mungkin boleh makan telur untuk jadikan parut anda berwarna putih atau kuning kan? Atau makan sawi hijau untuk menjadikan luka berwarna hijau, baru rare

Tetapi pasti ramai yang tidak mempercayainya. Mengapa? Sebab ramai yang tahu ia tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Begitu juga dalam kes kicap ini. Oleh itu, kongsikan artikel ini untuk bantu kami memecahkan mitos yang telah lama membelenggu masyarakat kita. Seiring kita bergerak menjadi anggota masyarakat yang lebih berilmu.


Sumber : Muhammad Wa’iz/Hello Doktor


12 Comments

  1. Sungguh. Dulu bila kena chicken pox, sampai takut nk makan kicap. Padahal tu bukan penyebabnya.

    ReplyDelete
  2. Uihh.. Kicap la sedap kan kak.. Walaupun tak pernah dengar lagi pasal mitos ni sebenarnya.. Tp zaza pun tgn gelap.. Muka cerah ahaha

    ReplyDelete
  3. Yeke..tak pernh dgr..sellau dgr pasl kuning anak je..ahhaa..kita dh la suka makan kicap

    ReplyDelete
  4. My doctor also said memang kicap tak de kena mengena dengan parut hitam la

    ReplyDelete
  5. Tapi tu yang selalu kita dengar kan? Kalau chicken pox orang tua tak bagi makan kicap takut parut jadi gelap. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Xpernah dgr pun... Mitos semata2.. Hehehe..

    ReplyDelete
  7. Mitos je kan Nora. Akak ni penggemar kicap. Nasib baik parut chicken pox tak hitam

    ReplyDelete
  8. Mitos semata, mungkin ada le sebab musabab org2 tua bagi petua cam tu..mayb diorg time tu tak ada duit nak beli kicap ke..org tak bagi kita habiskan kicap ke..hehehe

    ReplyDelete
  9. Tak pernah dengar mitos ini......

    ReplyDelete
  10. thanks share info.
    nak makan tak nak makan terpulang lah korang, kalau kak pip main redah ja lah makan kicap. hehe.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿