Minuman Baharu Coolblog Cheesy Pinky Berry Strawberry Kini Menghangatkan Deria Rasa anda di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara

Hye you alls,
Berita istimewa buat peminat strawberry dan juga peminat minuman cool blog. Dengan tagline Let Coolblog Pink Your World memberikan kenikmatan sebenar dunia rasa strawberry premium yang diadun dengan 3 perasa. Kempen terbaru ini telah berada di seluruh cawangan Cool Blog. Macam Nora, dah sememangnya minat dengan rasa masam-masam strawberry bergabung dengan minat anak dara yang suka warna pink, makanya bila Cool Blog tawarkan perisa minuman baru, pantas kami anak beranak cari di cawangan terdekat.



Perasmian CoolBlog Cheesy Pinky Berry Di Radio Suria FM

Untuk makluman korang, Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog Cik Win Zakaria, hadir di konti radio SURIA FM hari ini untuk secara rasmi memperkenalkan siri minuman terbaharu Coolblog yang diberi nama Cheesy Pinky Berry. Majlis perasmian ini mencipta sejarah kerana buat julung kalinya, perasmian minuman terbaharu Coolblog diadakan secara langsung didalam konti radio yang dihadiri oleh barisan utama penyampai radio SURIA FM seperti Issey, Fizi, Tyzo, Rara dan Suraya. Kemunculan pelakon yang popular dengan watak Lailer didalam drama bersiri ‘Kampung People’ iaitu Riena Diana semasa majlis pelancaran turut menambahkan lagi hangatnya aura merah jambu yang dibawakan oleh Coolblog. 

Mengangkat keenakkan dan keistimewaan buah strawberi, Cheesy Pinky Berry oleh Coolblog ini didatangkan dalam 3 perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo menandakan kempen pertama oleh Coolblog bagi tahun 2020. A

Dengan taktik komunikasi – Let Coolblog Pink Your World, mesej utama kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara. Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat tunas rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies. Cheesy Pinky Berry dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia.

Muzik Video Cheesy Pinky Berry



Bagi menyemarakkan kan lagi dunia merah jambu bagi peminat setia Coolblog dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana. Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea, muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memuat turun muzik video Cheesy Pinky Berry ke dalam peranti mereka. 


Cheese Pinky Berry Strawberry Cheese

Cheese Pinky Berry Strawberry Milky

Cheese Pinky Berry Strawberry Oreo

Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry
Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut cabaran tarian TikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog.

Kenyataan Media
"Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan Cheesy Pinky Berry sebagai taruhan pertama oleh Coolblog pada tahun ini dan saya yakin siri dan perisa baharu Cheesy Pinky Berry ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat berbanding siri kempen sebelum ini. 

Apa yang menarik pada kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang trendy dan terkini bagi tahun 2020. Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky.



Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, kami di Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan stawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia. Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim. Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo dan akhir sekali Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, campuran strawberi dan susu segar. Kami percaya ketiga-tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog.”


Untuk maklumat lanjut

Instagram :

17 Comments

  1. Panas-panas ni kalau dapat secawan nikmatnyaa kann...Sis geram nengok cawan love dia tu, kemain lawaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa kan Sis Lin. Rasa lemak manis masam sume ade. Cuaca panas sedap minum

      Delete
  2. Alahai nampak menyelerakan la warna2 pink ni. Dgn Musim panas ni. Confirm laku

    ReplyDelete
  3. Geramm kitaa...dari haritu nak beli tapi tak dapat lagi ni..harap sempatlah nak beli, sebenarnya geramkan cawan love dia tu haaa hehehe

    ReplyDelete
  4. Cheese Pinky Berry Strawberry Oreo mcm menarik je..blh la cuba nty :)

    ReplyDelete
  5. wahhh coolblog buat perisa baru lah... cheesy strawberry tu menarik sgt bunyi nya...boleh la cuba nnt.. slmt ada coolblog berdekatan rumah..hihi

    ReplyDelete
  6. Wow! Meriahnya ingredient dia - ada oreo dan strawberry plak tu.

    Ada cabaran tarian Tik Tok? Ok. Rawlins nak join la

    ReplyDelete
  7. Ada nampak ni kat coolblog on Monday. Menarik tapi awal sangat time tu coolblog belum buka lagi.

    ReplyDelete
  8. This new flavour by cool blog must be a favourite amongst those who loves the cheesy taste.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi cuba cool blog ni..tengok gambor ni..aduhhh terlioq le pulak. Nanti dah reda wabak covid 19 ni..leh le gi cari

    ReplyDelete
  10. cunnya kaler dia pink. mesti menambat selera ni. nanti bolehlah dapatkannya

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing! If I am not mistaken, the last time I took Cool blog was like 5 years ago! Because It's too sweet. Hopefully now not so sweet~

    ReplyDelete
  12. Ya ampun nampak sedap sangat minuman ni. Nanti bolehnlah cuba sendiri hehe

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak minum coolblog. Walaupun saya tak minat warna pink, tapi bolehlah nanti saya cuba.

    ReplyDelete
  14. Kena tunggu keadaan betul2 dah pulih baru cari coolblog rasa perisa baru ni. Dah la kaler pink lepasntu ada cheese pulak... Tak tahan godaan laaaa

    ReplyDelete
  15. strawberry milky dengan strawberry cheese tu memang mengundang rasa haus tekak ni. memang nak kena cuba ni.

    ReplyDelete
  16. boleh bayang dah bauuu dia tuuhhh… coolblog dekat opis jee.. tapi sekarang nak serang tak leh lagii

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿