Setiap bait aksara yang akan tertulis di sini, mempunyai makna tersendiri, cubalah memaknainya dengan hati. Ceritera persoalan tentang misteri dalam episod kehidupan tidak perlu dijawab lagi...

Aku sudah terlalu lelah untuk mengejarnya. Namun masih ada lagi yang bertanya tentang harapan yang aku sandarkan pada seseorang itu tentang "apakah aku akan menunggu. Menunggu?!
Akan aku simpan jawapan itu untuk aku dan insan kecil yang turut sama sandarkan harapan pada seseorang itu.

Berhenti Berharap?

I did't it...

Seringkali waktu berkesempatan untuk menjawab semuanya, menjadi jawapan sebuah teka-teki yang bertahun lamanya... Sayangnya luka ada ragamnya sendiri, pernahkan kamu mendengar tentang luka yang tak pernah mengenal waktu? Luka yang mengering, seiring dengan bertambah perih.

Kamu tahu, berapa lama aku menunggu?

Yaa... terlalu lama bertahan kerana ada hati yang perlu aku jaga, aku kuat kerana insan kecil yang mengharap. Untuk aku, biar sahaja Allah yang tahu, percaturan itu dari aku, namun Allah jua tempat aku panjatkan DOA.

Moga-moga episod ceritera ini berakhir dengan sebuah kebahagiaan, harapan dari dua hati yang tidak pernah seseorang itu endah dan ketahui.