Bersama hari-hari semalam yang penuh luka, kulalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara. Ya, hari semalam telah mengenalkanku akan erti sebuah derita percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga.
Bukan kupinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan kurayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku? Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatiku.
Kutahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan. Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua.Benarlah kata-kata orang tua, cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenang-wenangnya membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku tetapi mengapa hatiku dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang engkau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu.
Jika dihatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati perempuan seperti aku, padamkanlah ia kerana kelak ia akan membakar dirimu jua. Siramilah api dendammu dengan kesejukan cinta seorang wanita. Mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian. Tetapi mengapa kau melakukannya pada sebuah hati suci yang amat mencintaimu? Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai buat kali kedua kerana kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk engkau menanggungnya. Cukuplah sekali hati dilukai kerana luka untuk kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta.
Cinta dicipta dan dianugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja. Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang. Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. Kelukaan yang engkau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku.
Terima kasih atas kelukaan itu, akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya. Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki. Walaupun kelak gadis itu bukannya aku..

**story ni buat insan yg penah mencintai aku - Ary, Hairol & Shafik..

**story ni lebih kepada kisah aku dgn shafik..

**wasalam**




4 Comments

  1. Assalammualaikum,tak nak komen apa-apa pun.TAKUT...ni ceta dia.bkn ceta aku dan dia.Jd,kita tak usah la pikir2 kan nya.Biar la ia jd 1 kenangan ku kepadamu...Eh melarat pulak,Maaf...biar dia pikir2 la sendiri.Wasalam...Peace.

    ReplyDelete
  2. hye a.k.a buzz.. baru jengah ker?
    heheheheh thanks a lot..
    alar ni luahan hati berry bab cinta.
    mmg citer berry sekadar bercerita bukan mintak simpati pun.. dekat siapa lagi nak di luahkan... hahahahahaha...

    lain kali tambah2 lagi lah komen tu yer...

    ReplyDelete
  3. Hai kak Long,dah makan belum semasa baca komen ni?makan dulu,baru baca k...Pesanan info ringkas dr Bro.Dah lama jengah,tp time 2 tak boleh nak komen pon,sbb blm digelar Super hero lg.wawawaa...Nty kena jotos.Akak luahkan je la pada yg Esa.ttu lg baik kan?Kita minta pada NYA,Dari siapa lagi kita nak minta...klau bkn pada NYA.Sllu Bro ckp lu pikir la sendiri...tukar k,kita pikir la sama-sama.Sbb yg tukang komen ni pun sama dengan jeee.
    PEACE...

    ReplyDelete
  4. uikkk bukan kak long lah...
    m3 angah ler...
    ermmmm loh itu sudah tentu mohon pada yang Esa, hanya padanya kita mohon petunjuk n pertolongan.. heheheheehe..
    tp nie luahan kata2 hati akak jer...
    owhh... so now dah jadi super hero ker????
    knaper akak tak jadi lagi super heroin bro erk..
    bro senyap jer lah..
    wokey bebeh kiter pikir sama2..
    ape yg =?

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿