Assalamualaikum guess!!!

Dah lama nora tidak kongsi resepi untuk korang. Bila mood ada, idea ada dan masa pun ada ambil peluang untuk coret sedikit resepi.

Tinggal beberapa hari perayaan Chinese New Year akan tiba, pasti meriah dengan suasana kunjung mengunjung bagi mereka kaum Cina. Korang plan ke mana sempena cuti CNY ni? Bagi Nora dan keluarga kami santai di rumah menanti tetamu.

Lagi pun sekarang dah musim cuti sekolah kan. Pasti berbagai perancangan ibu ayah dah plan untuk anak-anak.

Ok, menu ni mungkin biasa tapi saja Nora nak share dengan korang. Mana tau boleh dihidangkan semasa cuti CNY ni.



Resepi Sup Ekor Ala Thai

Bahan-bahan :

Ekor lembu
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kayu manis
Bunga cengkih
Batang saderi
Batang daun sup
Batang daung bawang
Batang daun ketumbar
Tomato
Cili padi
Sup bunjut tulang
Pes sup siam Adabi
Sos ikan
Perasa/garam



Cara-cara :

1. Rebus ekor terlebih dahulu sehingga empuk.
2. Kisar bawang merah dan putih
3. Tumis bawang yang dikisar bersama kayu manis dan bunga cengkih sehingga kekuningan
4. Masukkan pes sup siam Adabi kacau dan masukkn sedikit air.
5. Masukkan halia dan batang daun sup, daun bawang dan ketumbar. Kacau sehingga naik bau.
6. Masukkan ekor lembu dan air rebusan.
7. Masukkan hirisan batang saderi, tomato dan hirisan bawang besar. Kacau dan masukkan hirisan cili padi, daun sup, daun bawang dan daun ketumbar.
8. Masukkan garam, perasa, sos ikan dan air limau. Kacau sehingga cukup rasa boleh dihidangkan.

Ngam sangat rasa macam makan di kedai tomyam. Rasa pedas-pedas masam tu hirup panas-panas nikmat sangat. Boleh hidangkan dengan ulaman timun dan sambal belacan.

Jom tonton video Resepi Sup Ekor Ala Thai :


@ummizarra7731 Sempena perayaan Chinese New Year yang akan tiba kita jamu family dengan Sup Ekor Ala Thai. Resepi ada di πŸ‘‰ www ummizarra.com #ummizarradotcom #silangbudaya #perpaduansilangbudaya #CNY #chinesenewyears #cooking #resepisimple #resepitiktok ♬ LESTI zapin melayu - ꧁ 𝑹.π’Œπ’‚π’š_π‘Άπ’‡π’‡π’Šπ’„π’Šπ’‚π’ ꧂

0 Comments