.:Tak Semanis Impian:.


Sinopsis : TAK SEMANIS IMPIAN
NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.
Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-112-6

Komen :
Best sequel ni, kalo dibuatnya gabungkan yg first tu dengan yg ni.. mau tebal novel ni...

2 comments.. read them below or add one

FaNaQiLa FaNaQiLa 23 April, 2008 23:47
Novel yg menarik. Sy da baca. Sedih. Sambungan drpd Tak Seindah Mimpi. Sape2 yg blm baca patut baca.
Salam..
B3rrY B3rrY 09 May, 2008 10:43
yup Qila...
novel nie sedey...
berry ada koleksi novel nie..
hehehehehheheh
mmg sedey sgt2...
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
tp dlm novel nie mengajar erti ksbran...

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿