Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) MADANI Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka pada 6 hingga 8 Oktober 2023.



Sebanyak 14 pavilion negeri dan wilayah persekutuan dibuka dengan penyertaan seramai 146 usahawan SDSI dari seluruh negara bagi  pameran Jualan Usahawan SDSI daripada empat kluster SDSI iaitu produk Makanan & Minuman (F&B), inap desa (homestay), produk kraf dan produk / perkhidmatan kesihatan. Turut diadakan adalah Jualan Anekarasa MADANI melibatkan 43 usahawan bagi mempromosi dan memperkenalkan pelbagai menu yang unik dan terkenal dari seluruh negara. 





Program ini bertujuan untuk menyediakan medium pemasaran produk/ perkhidmatan SDSI yang berkualiti, meningkatkan imej produk/ perkhidmatan SDSI, memberi pendedahan kepada umum bahawa keluaran SDSI adalah berpotensi dan berkualiti serta memperluaskan rantaian perniagaan (networking). Menerusi platform ini, ia turut memberi peluang kepada KUSKOP dan Kerajaan Negeri Melaka serta agensi-agensi kerajaan untuk menyampaikan maklumat berhubung perkhidmatan keusahawanan dan koperasi melalui sesi taklimat, pameran kepada usahawan, koperasi dan komuniti setempat. 


Selain itu, bagi mengimbangi peningkatan kos sara hidup Rakyat, KUSKOP melalui agensinya iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengadakan Jualan MADANI Koperasi (JMK) yang menawarkan barang keperluan asas seperti beras, telur dan minyak masak dengan kadar yang berpatutan dan lebih murah daripada pasaran tempatan. KUSKOP turut bekerjasama dengan kementerian lain melalui penganjuran Jualan RAHMAH oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jualan Agro MADANI oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan  (KPKM). Program-program ini akan memanfaatkan rakyat, usahawan dan anggota koperasi dalam mendapatkan barang keperluan asas pada kadar harga yang berpatutan. 



Program Padanan Perniagaan (PADANIAGA) turut diadakan bagi membantu usahawan dan koperasi terutamanya usahawan SDSI untuk meningkatkan peluang dalam memperluaskan akses pasaran. Matlamat program ini ialah untuk mewujudkan hubungan antara PMKS dan koperasi dengan pasar raya besar, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyediakan peluang rantaian perniagaan.



1 Comments

  1. Daerah saya industri makan2. Nak makan patin, kena gi temerloh la hehe

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿