.:Pada-Mu Allah:.

Friday, September 05, 2008

TELAH aku lawan nafsuku setiap waktu
Aku cuba berkali-kali, aku kalah lagi
Aku tidak putus asa, aku lawan lagi
Namun aku kalah juga
Tuhan, bantulah aku
mudahkan aku melawan nafsu
Aku tetap melawannya, ia tuntutan fardhu
Agar aku tidak terhalang menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, kasihanilah aku
Kalau Engkau biarkan aku, aku akan berterusan ke lembah dosa
Tuhan, nafsuku selalu mengganggu aku
Dia bekerjasama dengan syaitan terkutuk
Setiap hari ia memusuhi aku
Bila aku ingin mentaati-Mu
Tuhan, bantulah aku
Tuhan, kasihanilah aku
Jangan biarkan aku keseorangan
menghadapi syaitan dan nafsu
Aku ingin mentaati-Mu, aku ingin keredhaan-Mu
Kalau Engkau biarkan aku, aku akan kecewa nanti
Tuhan, aku akan mencuba lagi melawan nafsu
Dengan bantuan-Mu dan rahmat-Mu
Aku tidak akan berputus asa
Aku tetap berjuang dengan mengharapkanbantuan dari-Mu.

AKU penuh debar dan sungguh cemas
menunggu hari kematian
Kerana dia datang tanpa kuketahui
Aku takut di waktu ketibaan kematian
Aku tidak tahu, di dalam taat atau di dalam kederhakaan
Di dalam aku mengingati-Nya atau di dalam kelalaian
Di waktu taat, husnul khatimahlah
Jika di waktu derhaka, su’ul khatimah
Aduh, cemas aku setiap waktu bila mengingati mati
Kerana aku tidak tahu nasibku, husnul khatimah atau su’ul khatimah
Hatiku resah selalu, jiwa aku terganggu tapi orang tidak tahu
Aduh, mati adalah penutup segala-galanya
Apa yang dikerjakan dan yang dirasakan oleh hatiitulah yang dibawa Akhirat
Di sana segala-galanya dinilai
Jika tersilap, di sana tidak boleh hendak dibetulkan lagi
Tuhan!
Hatiku sungguh cemas
Aku harap matikanlah aku di waktu aku mentaati-Mu
Atau di waktu mengingati-Mu
Kalau berlaku sebaliknya, kerana kelemahanku
Kerana aku ini hamba-Mu, tidak dapat elak daripada kelemahan ini
Dengan rahmat-Mu Tuhan, ampunkanlah dosa-dosaku
di waktu ini
Bila dosaku engkau ampunkan
Aku macam tidak membuat dosa
Maka ringanlah bebanku di waktu ke sana
Itulah harapanku pada-Mu Tuhan
Di waktu detik kematianku
Engkau sahajalah
yang boleh menyelamatkanku.

KATAKANLAH apa yang engkau hendak kata tentangku
Aku tidak berkecil hati
Kalau akulah yang benar ia menguatkan aku lagi
Kalau benarlah aku membuat kesalahan
Kawan tegurlah aku dan aku boleh betulkan diri
Aku bersyukur pada-Mu Tuhan
Di samping berterima kasih padamu kawan
Kalau engkau yang bersalah
Aku doakan kamu agar engkau diampunkan-Nya
Aku dapat pahala atau penghapusan dosa
Setiap kata-kata tidak percuma begitu sahaja
Semuanya Tuhan akan kiraAkan diperhitung di Akhirat sana
Bahkan akan dibalas Syurga atau Neraka
Tuhan jagalah lidahkuAku juga boleh mengata
Lidah tidak bertulang
Mudah terluncur dan terlanjur
Lidah tidak ada akal
Dia tidak tahu bahaya atau tidaknya
Tuhan bantulah aku menjaga lidahku
Jangan sampai dia mengata
Macam orang lain mengata sesuka hati
Kejahatan dari lidah terlalu banyak wahai Tuhan
Perpecahan terjadi dari lidah
Badan binasa disebabkannya juga
Orang teraniaya lantaran lidah
Orang tidak percaya kerana lidah
Orang sakit hati kerana lidah
Orang dipenjara kerana lidah
Orang berdendam kerana lidah
Aduh jahatnya lidah
Lebih jahat dari ular yang berbisa

You Might Also Like

0 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿